Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 15 May 2013 07:37 AM PDT Muhammad Nazim, dulu 180 kg tekad turunkan berat badan hingga 80 kg, selepas hampir ragut nyawa Kitaran rutin kerjanya yang terpaksa menghabiskan hampir sepenuh masanya di atas jalan membuatkan pemandu shuttle TNT Express Malaysia ini sentiasa terasa lapar dan muncullah tabiat gemar mengunyah untuk menghilangkan penat. Pada usia 32 tahun, bapa kepada tiga anak itu juga tidak pernah mengambil berat mengenai diet hidangan yang diambilnya, bahkan dia tidak akan puas tanpa pengambilan nasi sebagai menu setiap kali makan.
Berperwatakan lucu dan jujur, Muhammad Nazim yang sudah pun memiliki tubuh gempal sejak berusia dua tahun dan sehingga itu beliau diberi gelaran Bob kerana susuk tubuhnya yang montel. Malangnya, kecomelan itu tidak memanfaatkannya apabila dewasa memandangkan berat badan bertambah mencecah 180 kilogram (kg) menjadikan dia berhadapan pelbagai masalah kesihatan akibat obesiti. Serangan tragedi Biarpun berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk kelesuan, nafas pendek dan hilang daya tumpuan kerja kerana kerap sakit, Bob masih mengambil mudah, malahan meneruskan rutin makan dan merokok seperti selalu.
Lebih menyedihkan, diagnos mendapati Bob mengalami Apnea Tidur Halangan (OSA) dan Obesiti Morbid (kegemukan berpenyakit) ditambah pula dengan kegagalan jantung serta pernafasan menjadikan peluang hidupnya hanya 50-50. Nasib menyebelahi Bob, keajaiban melepaskannya daripada terus terperangkap dalam mimpi negeri itu. Namun, selama sebulan beliau terpaksa bergantung sepenuhnya kepada penggunaan mesin oksigen untuk bantuan pernafasan. Beliau juga terpaksa mengambil ubat untuk mengawal kandungan air dalam tubuh dan hipertensi. Ubah corak hidup Pengalaman ngeri itu pastinya memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan dan berubah sepenuhnya demi mencapai kesejahteraan hidup berkualiti. Untung dirinya masih ada yang isteri dan rakan kerja yang tidak putus memberikan sokongan. Beliau juga mengawal pengambilan makanan bergula dan makan sepinggan nasi setiap hari dengan berlaukkan sayur segar disediakan isteri. Kini, Bob kian sembuh. "Syukur, saya mampu mengekalkan amalan sihat ini sehingga hari ini dan keadaan saya kian pulih setiap hari," jelasnya. "Sejak peristiwa itu, saya mula mendidik anak mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri kerana tidak mahu sejarah berulang kepada mereka pula. Kami banyak menghabiskan masa beriadah di Taman Tasik Seremban melakukan aktiviti digemari untuk mengeluarkan peluh," jelasnya. Selepas diagnos mengenai obesiti dan ingin memulihkan kualiti hidup, berat badan Bob susut 40 kilogram (kg) mencecah 136 kg. Beliau berazam menurunkan hingga 80 kg dalam tempoh setahun untuk mencapai berat ideal. Memberikan kesan lebih efektif, Bob juga mengamalkan puasa pada setiap Isnin dan Khamis untuk membantu menurunkan berat badan dan kagum ada hasilnya. Jadikan panduan "Saya amat menghargai jasa majikan kerana memberikan saya peluang meneruskan kerjaya biarpun saya terpaksa ambil cuti lama dan meninggalkan kerja kerana kesihatan terganggu," katanya. Pengurus Operasi TNT Express Malaysia, Feizal Mohd Nor, berkata kerja Bob kini semakin memberangsangkan dan menunjukkan kualiti stamina cukup memberi inspirasi. "Tumpuan kerja dan tenaga ditonjolkan cukup kagum. Bob juga mampu memikul lebih banyak tugasan berbanding dulu, malahan lebih berdisiplin. Sepanjang tahun lalu, Bob tidak pernah mengambil cuti sakit," jelasnya. Sehubungan itu, masalah kesihatan Bob turut menjadi panduan untuk majikannya mengamalkan rutin sihat dalam kalangan pekerja dengan mengadakan sesi senaman regangan setiap pagi sebelum menjalankan penghantaran. Tidak kurangnya, TNT Express turut menganjurkan kempen sihat sepanjang tahun digelar "Kesihatan adalah Harta' dengan siri rancangan kesihatan dan program susulan buat pekerja berusia 40 tahun. Jangan panggil Bob Memberikan penghormatan kepada peluang kehidupan baru dinikmatinya, Bob semakin serius menjaga tahap kesihatan turut tidak ingin individu lain mengalami peristiwa sama pernah dilaluinya. "Perlu ingat kita makan untuk hidup bukan sebaliknya hidup untuk makan. Dengan adanya aneka hidangan lazat di negara ini sememangnya ia cukup menggoda, tapi kata kunci terletak pada kawalan nafsu sendiri. "Jika terasa berat tubuh semakin menambah, kawal diet dan mulakan lakukan aktiviti sihat bagi mengawal berat badan dan jika anda perokok adalah baiknya berhenti," katanya. Akhirnya, sebelum menamatkan perkongsian kisah hidupnya, Bob tegas menyatakan beliau ingin dipanggil dengan nama sebenar kerana tidak mahu dikaitkan lagi dengan kegemukan. INFO: Apnea Tidur Halangan (OSA)
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |