Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 15 May 2013 03:58 PM PDT MSN, OCM yakin Menteri Belia dan Sukan ke-17 mampu lonjak industri sukan negara Kuala Lumpur: Gabungan pengalaman dalam bidang sukan, idea baru yang segar serta sikap terbuka dimiliki Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan yang baru mampu melonjakkan industri sukan negara ke tahap lebih tinggi, khasnya mencanang usaha menggapai impian rakyat memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik. Pandangan itu disuarakan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang menganggap seseorang menteri bukan saja terbabit dalam penggubalan dasar tetapi memiliki kelebihan jika aktif dalam sukan dan gerakan belia. "Semua itu membantu melengkapkan pakej sebagai seorang pemimpin. Kami yakin dia membawa sinar lebih cemerlang untuk sukan negara," katanya ketika diminta mengulas pelantikan Khairy dalam kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam. Kok Chi pula mengharapkan KBS dan MOM mampu menjelmakan gabungan idea lebih mantap dan segar untuk memajukan sukan. "KBS dan MOM adalah satu pasukan, kita kerja untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu mencipta kejayaan untuk negara. Saya cukup yakin kita mampu meningkatkan pencapaian sukan negara," katanya. Khairy pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007-2010 dan pengerusi Liga Super Malaysia Sdn Bhd (2007) serta mengasaskan penubuhan pasukan bola sepak MyTeam (2006). Bahkan, beliau juga aktif dalam sukan polo, bola sepak dan futsal sekali gus memberikannya banyak input baru yang segar selaku seorang atlit dan diharap meneruskan kesinambungan kejayaan bekas menteri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Sebelum ini, Ahmad Shabery yang mencipta banyak kejayaan kepada Malaysia termasuk meraih perak dan gangsa di Sukan Olimpik London 2012, muncul juara bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 dan mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2009 dan 2011. INFO
|
Posted: 15 May 2013 03:51 PM PDT Male: Cabaran Malaysia dalam saingan Piala AFC 2013 berakhir selepas Selangor tewas 2-0 kepada kelab Maldives, New Radiant pada aksi pusingan kedua kalah mati yang berlanjutan ke masa tambahan di Stadium Nasional Galolhu, Male, semalam. Kelmarin, satu lagi wakil negara - Kelantan turut menempuh nasib sama apabila tewas kepada kelab Hong Kong, Kitchee 2-0 di laman sendiri.
Pemain lesu Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, keletihan menjadi faktor utama pasukannya hanya dapat menyaingi New Radiant sepanjang 90 minit masa sebenar tetapi gagal bertahan pada masa tambahan. "Tak banyak yang saya boleh katakan. Ternyata kami hanya dapat bersaing untuk 90 minit dan selepas itu keletihan membuatkan kami hilang tumpuan. Pemain lesu akibat perjalanan jauh dan 72 jam lagi kami akan bertemu Kelantan pula di Kota Bharu.
Jurulatih New Radiant, Velizar Popov berkata: "Satu perlawanan cukup hebat buat kami. Inilah lawan paling sukar kami hadapi sepanjang tahun ini. Kami memang patut menang terutama apabila kami beraksi lebih baik bermula dari babak kedua." |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |