{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Saiful Bukhari bakal kahwini personaliti TV3?

Posted: 16 May 2013 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Mei - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menamatkan zaman bujangnya pada 25 Mei ini.

Menurut sumber, perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman itu akan dilangsungkan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Pada 2008, Mohd. Saiful Bukhari telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Dia kemudian mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini.

Manakala Nik Suryani pula adalah wartawan TV3 yang pernah diherdik oleh Anwar dalam satu sidang akhbar pada April 2011 gara-gara bertanyakan soalan berhubung jam Omega milik pemimpin pembangkang itu.

Laporan mengenai perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dan Nik Suryani itu disiarkan di laman blog Empayar Pemuda petang ini.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi oleh Mohd. Bukhari mahupun Nik Suryani mengenai perkahwinan mereka. - UTUSAN ONLINE

Satu daripada empat penduduk Kelantan obesiti - Pakar

Posted: 16 May 2013 01:50 AM PDT

KOTA BHARU 16 Mei - Satu daripada empat orang penduduk negeri Kelantan mengalami masalah obesiti kesan daripada mengambil makanan dalam kadar berlebihan dan ia diburukkan lagi dengan kecenderungan mereka kepada makanan manis.

Konsultan Kanan Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, keadaan itu semakin kronik dengan jumlah peningkatan individu obes yang mendadak terutamanya kalangan penduduk di kawasan bandar.

Beliau berkata, budaya masyarakat makan dalam jumlah yang banyak bermula sarapan dengan hidangan berat seperti nasi berlauk dan sebagainya, memberi kesan negatif kepada mereka lebih-lebih lagi apabila tidak bersenam.

Katanya, seseorang dianggap menghadapi masalah obesiti apabila ukuran indeks jisim badan (BMI) berada pada paras 30 ke atas yang akan membuatkannya tiga kali ganda lebih berisiko menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, masalah kolesterol dan angin ahmar.

"Tahap BMI boleh dihitung dengan membahagikan jumlah berat badan dalam kilogram (kg) dengan ketinggian dalam meter (m) kuasa dua atau kg/m2 di mana tahap BMI yang normal adalah antara 18 hingga 25 manakala seseorang individu dikira mengalami masalah kegemukan apabila mempunyai kadar BMI melebihi 25 sehingga menghampiri paras 30.

"Setiap individu obes yang datang membuat pemeriksaan dengan doktor boleh dijangka akan 'tersangkut' dengan mana-mana penyakit, malah obesiti juga meningkatkan kebarangkalian kanser terutama barah payu dara kepada wanita selain kitaran haid yang tidak betul dan masalah senggugut.

"Kita amat berharap golongan muda terutamanya mengambil berat tentang pemakanan mereka dari sekarang dan bukan menunggu sehingga sudah masuk ke usia 40 atau bila sudah sakit baru hendak mula bimbangkan kesihatan diri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pertandingan Jom Kurus 2013 anjuran bersama Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Unit Sains Sukan USM, Persatuan Kecergasan Kelantan, Lembaga Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan dan Amanah Iktiar Malaysia (AIM) di Dewan Pusat Mahasiswa di Kampus Kesihatan USM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sultan Pahang seru hormati orang lain, tidak menghasut

Posted: 16 May 2013 12:27 AM PDT

PEKAN 16 Mei - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyeru agar semua pihak menghormati hak orang lain, tidak menghasut dan tidak menimbulkan kekacauan yang boleh merosakkan keamanan dan ketenteraman negeri.

Titah baginda, semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Malaysia, Undang-Undang Tubuh Negeri dan segala undang-undang, peraturan serta aturan yang sedia ada.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang di Istana Abu Bakar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat