{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Falsafah biar papa asal bergaya

Posted: 17 May 2013 06:34 PM PDT

Berhutang adalah perkara yang cuba dielakkan oleh semua orang. Kalau boleh, semua pembelian dilakukan secara tunai. Bagaimanapun, kemampuan untuk berbelanja setiap individu untuk berbelanja tidak sama. Ada yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan asas dalam hidupnya.

Namun, ada yang berhutang kerana perkara tidak perlu. Mungkin kerana hendak bergaya, memenuhi nafsu beli belah atau tidak mahu dianggap sebagai ketinggalan daripada pihak lain walaupun sedar diri sendiri tidak ada kemampuan untuk berbelanja besar.

Akhirnya, kita terperangkap dengan hutang yang menimbun. Memang pening apabila setiap bulan duit gaji terpaksa diagihkan untuk menyelesaikan hutang ansuran rumah, kereta, kad kredit dan mungkin hutang dengan kawan, malahan lebih parah kalau terpaksa berhutang dengan ah long pula.

Dalam keadaan ini mungkin pendapatan kita tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan tabungan atau pelaburan untuk membayar hutang.

Satu daripada punca utama menyebabkan keadaan hutang berlebihan adalah kerana tamak. Mahatma Gandhi pernah berkata; "Earths provide to satisfy every man's need, but not every man's greed!". Ungkapan membawa maksud, sumber di muka bumi ini memang sudah cukup untuk memenuhi keperluan setiap manusia, tapi tidak cukup untuk memuaskan ketamakan mereka (manusia).

Ada orang yang terlalu tamak sehingga mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya dan akhirnya menanggung kerugian besar. Lebih teruk, ada dikalangan mereka yang sanggup menggunakan pinjaman untuk melabur dalam skim penipuan itu dan terperangkap pula dalam belenggu hutang lebih besar. Inilah yang dikatakan sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula...

Berhutang untuk jaga imej
Ada orang yang nampak hidup mewah dengan membeli barangan mahal, padahal mereka ini sebenarnya tidak berkemampuan. Mereka berasakan penting mengekalkan imej. Orang dalam golongan ini sentiasa menggunakan kad kredit untuk berbelanja dan membuat bayaran minimum (paling rendah) setiap bulan.

Mereka inilah yang dikatakan berhutang secara berlebihan kerana mengamalkan hidup di luar kemampuan sebenar.

Keadaan tidak diduga

Ada orang terpaksa berhutang disebabkan peristiwa yang tidak dielakkan. Mungkin kita sudah mengambil langkah sewajarnya untuk meminjam mengikut had kemampuan tetapi keupayaan membayar balik hutang boleh terjejas kalau berlaku peristiwa di luar kawalan.

Peristiwa tidak diduga ini seperti kehilangan pekerjaan, hilang upaya, menghidap penyakit kritikal atau lain-lain bentuk kecemasan.

Malangnya ada orang masih tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mengalami masalah kewangan tetapi berterusan menafikan dan menjadikan situasi bertambah buruk hari demi hari.

Tanda masalah kewangan

Bacalah senarai perkara di bawah ini. Sekiranya ada antara perkara yang disenarai itu memang kita sedang menghadapinya, bermakna kita kena semak dan melihat semula kedudukan kewangan kita. Mengapa ia menjadi hutang menimbun dan segera mencari jalan untuk mengatasinya.

Kad kredit

  • Hanya mampu membayar baki minimum sahaja setiap bulan
  • Baki tertunggak meningkat setiap bulan
  • Menggunakan kad kredit pada had maksimum
  • Tidak membayar atau selalu lewat buat bayaran
  • Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank.

Pinjaman

  • Kerap kali menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa
  • Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tak bayar hutang
  • Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tak memuaskan
  • Meminjam wang dari keluarga atau kawan untuk bayar hutang
  • Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang

Simpanan

  • Menggunakan simpanan pada kadar membimbangkan
  • Mempunyai sedikit atau tiada langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan

Perbelanjaan

  • Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan
  • Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup
  • Tidak tahu berapa banyak hutang sehingga penyata diterima
  • Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang

Padah akibat gagal bayar hutang

Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah buruk. Apabila kita gagal menjelaskan pinjaman, institusi kewangan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kita.

* Kalau pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan menjualkan kereta kita untuk menampung bayaran hutang kereta tertunggak.

* Kalau pinjaman perumahan, institusi kewangan akan merampas rumah kita dan melelongnya. Kalau hasil lelongan tak cukup untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi kewangan akan mengambil tindakan terhadap kita (dan/atau penjamin, jika ada) untuk menuntut baki hutang.

* Bagi pinjaman cagaran, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakan penghakiman yang diperolehi untuk mendapatkan semula hutang mereka. Ini termasuk perintah rasmi rampasan dan jualan, saman prosiding 'garnishee', saman penghutang penghakiman dan petisyen kebangkrapan ke atas peminjam (dan/atau penjamin, jika ada).

Buat masa ini petisyen kebangkrapan hanya boleh dimulakan kalau hutang terkumpul mencecah lebih RM30,000.

‘CERMIN’ Adibah

Posted: 10 May 2013 05:02 PM PDT

Impiannya tinggi, niatnya murni dan kata-katanya bernas memikat pendengaran umum. Begitulah keperibadian anak kelahiran Jengka, Pahang, merangkap juara wanita tunggal program realiti agama Da'i - Pendakwah Milenia musim pertama, Nor Adibah Rozain.

Da'i bermaksud pendakwah atau orang yang melakukan kegiatan menyebarkan ajaran islam atau agamanya.

Program rancangan realiti memaparkan bagaimana generasi muda belia mengasah bakat dan keupayaan diri untuk berdakwah, menyampaikan ilmu dan agama kepada masyarakat itu disiarkan TV3.

Memang kadang-kadang agak janggal juga kerana program bercorak dakwah ini kebiasaannya dikuasai lelaki. Tetapi gadis lemah lembut ini membuktikan dirinya juga mempunyai bakat dan bersemangat untuk menjadi pendakwah.

Soal jantina dan umur diketepikan oleh Nor Adibah. Dia mempunyai keazaman dan caranya tersendiri untuk melakukan aktiviti berdakwah.

Berhasrat meluaskan dakwah dalam bahasa Inggeris dan mendidik orang muda berfikiran matang, gadis berusia 21 tahun ini nyata bukan calang-calang wanita kerana berjaya menumpaskan saingannya sepanjang 12 minggu program realiti berkenaan dianjurkan.

Mahasiswa tahun dua Sarjana Muda Fakulti Pendidikan Pengajian Bahasa Inggeris Bahasa Kedua (TESL), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini pernah tersingkir pada minggu ke tujuh program berkenaan namun, dimasukkan semula atas tiket ujian khat melawan peserta lelaki mendapat markah terendah.
"Saya tidak menyangka menang kerana sudah tersingkir pada minggu awal. Mungkin sudah rezeki. Saya mahu meneruskan perjalanan dakwah dengan memperuntukkan separuh wang kemenangan kepada tujuan dakwah, membelikan buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada rakan, pensyarah dan penyokong.

"Impian jangka panjang adalah membuka perniagaan makanan Islamik di FELDA Jengka, Pahang sebagai hadiah buat mama," katanya menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi, sijil dan pakej umrah selama 12 hari 10 malam (dua orang) serta beberapa baucar sampingan.

Suka bercakap tabiat sukar dikikis

Peramah dengan senyuman, anak kedua daripada empat beradik iaitu Nur Asiyah (23), Nur Amardah (15), dan Mohd Aiman Syahir@Firdaus (10) amat rapat bahkan, berkongsi minat serupa iaitu bersembang dan membaca.

Selain itu, gurau senda menjadi medium pengerat hubungan antara wanita bercita-cita melanjutkan pelajaran ke negara Timur Tengah ini dan ahli keluarga.

Begitu juga cara dipraktikkan dalam menegur individu ketika berdakwah iaitu membuat baik, tidak memaksa, menjadikan mereka sebagai kawan sekali gus menunjukkan contoh dan teladan baik kepada individu berkenaan.

Jelas Adibah, satu sikap yang sukar dikikis dalam dirinya adalah suka bercakap. Malah, dia terkenal sejak kecil dengan kecelotehan berbicara sehingga menjadi pilihan ke pertandingan bercerita, syarahan agama mahu pun debat.

"Ketika zaman persekolahan ada rakan-rakan melemparkan kata-kata kesat dek sikap saya yang suka menegur secara berterus-terang.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat