Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Tidak timbul isu tunduk kepada mana-mana pihak - MB
- Zambry umum barisan Exco Kerajaan Negeri Perak
- Jumlah kontraktor Kelas F disenarai hitam meningkat
Tidak timbul isu tunduk kepada mana-mana pihak - MB Posted: 18 May 2013 01:29 AM PDT JOHOR BAHARU 18 Mei - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan, tidak timbul isu mana-mana wakil atau kaum yang bersikap tunduk kepada mana-mana pihak dalam soal pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Johor. Ini kerana, kata beliau, pembentukan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) itu adalah berlandaskan konsep kerjasama dan muafakat antara semua kaum. "Konsep kita (kerajaan negeri) ialah berlandaskan konsep kerjasama dan muafakat. Bukan soal subservient (tunduk) dan sebagainya. Apa yang MCA lakukan (menerima jawatan exco) adalah patuh dengan titah tuanku dan bukannya tunduk kepada kehendak UMNO. "Jadi tiada isu di situ kerana jelas penerimaan jawatan itu adalah untuk menghormati titah baginda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kritikan pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham ke atas MCA melalui akaun Twitternya pada 15 Mei. Koo Ham yang turut mengatakan MCA tunduk kepada UMNO membuat kritikan itu berikutan kenyataan MCA berhubung pelantikan wakil MCA iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong sebagai Exco Johor. - BERNAMA |
Zambry umum barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Posted: 18 May 2013 01:21 AM PDT IPOH 18 Mei - Berikut adalah senarai penuh Exco Kerajaan Negeri Perak yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu sidang akhbar sebentar tadi. Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Datuk Saarani Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Datuk Zainol Fadzi Paharuddin - Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Rusnah Kassim - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional Datuk Shamsudin Abu Hassan - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil Mohd. Nizar Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Koperasi Nolee Ashilin Mohammed Radzi - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Dr. Muhammad Amin Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Datuk Shahrul Zaman Yahya - Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Komunikasi dan Multimedia - UTUSAN ONLINE |
Jumlah kontraktor Kelas F disenarai hitam meningkat Posted: 17 May 2013 11:09 PM PDT KOTA BHARU 18 Mei - Jumlah kontraktor kelas F yang disenarai hitam oleh Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) meningkat lebih enam kali ganda atau sebanyak 640 peratus iaitu seramai 888 berbanding hanya 120 orang pada tahun 2011. Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, peningkatan drastik itu agak membimbangkan memandangkan hampir kesemua mereka terdiri daripada kontraktor yang baharu menceburi bidang itu dan dikategorikan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menurut beliau, kesemua kontraktor berkenaan terpaksa disenarai hitam selepas projek yang dijalankan terbengkalai meskipun SPNB memberi banyak kelonggaran termasuk tempoh lanjutan, namun masih gagal dipatuhi. Sehubungan itu katanya, SPNB memperkenalkan beberapa langkah segera untuk mengatasi masalah itu kerana mengambil kira masa depan kontraktor terbabit terutama yang baharu memulakan perniagaan masing-masing. "Daripada 8,914 kontraktor yang ada kira-kira 10 peratus telah disenarai hitam. Pada 2011 saya pernah nyatakan 120 disenarai hitam tetapi hari ini meningkat kepada 888 jadi kita tidak merasa gembira dengan angka ini kerana kebanyakan mereka adalah kontraktor muda yang baharu mula dan terlibat dalam PKS. "Kemungkinan besar masalah dihadapi disebabkan kurang pengalaman dan kurang tenaga kerja jadi macam mana kita mahu lahirkan usahawan baharu kalau baru mula sudah terjejas," katanya dalam sidang akhbar selepas berucap pada program Siri Ceramah Pengerusi-Pengerusi Global 2013 bertemakan Keusahawanan dan Pengurusan Risiko di sini. - UTUSAN ONLINE. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |