{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Permata hidup Rita

Posted: 20 May 2013 03:39 PM PDT

Kelahiran anak sulung, Raees tambah keceriaan hidup pewaris empayar produk kecantikan, Novelle Visages

Kehadiran cahaya mata pertama, Kaisar Raees Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 8 bulan, melengkapkan kehidupan pewaris empayar produk kecantikan Novelle Visages Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan suaminya, Kamarulazlan Mohamad Hanafiah.

Kaisar dalam bahasa Arab bermaksud raja, manakala Raees bererti ketua atau pemimpin. Gabungan nama yang cukup indah dan unik ini sesungguhnya memberi lembaran baru kepada Dekritawati yang lebih mesra dipanggil Rita apabila bergelar ibu.
Kalaulah ibu saya masih ada, mesti dialah yang akan membantu dalam semua keadaan termasuk ketika berpantang dan memberi sepenuh sokongan kepada saya. Tambahan pula, Raess adalah cucu pertama, saya pasti dialah paling 'excited'" Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Pewaris empayar kecantikan, Novelle Vigages.

Rita tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira bercerita mengenai anaknya yang juga cucu sulung kepada Allyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, menjelaskan Raees yang dilahirkan pada 26 September lalu, jam 3.45 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dengan berat 3.5 kilogram, meningkatkan naluri keibuannya.

Beliau begitu teruja dan gembira mahu melihat cahaya matanya membesar dengan sempurna. "Kali pertama memegang anak sendiri, saya rasa saat dan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Saya mengalirkan air mata kerana terlalu gembira. Perasaan bercampur-baur dan ketika itu barulah saya tahu bagaimana perasaan kasih sayang seorang ibu.

"Saya melahirkan anak secara normal. Proses bersalin memang sakit. Tapi kesakitan itu hilang tatkala dapat menatap dan mendengar tangisan zuriat kami," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Penjagaan anak
Sebagai ibu muda, pengalaman menjaga bayi memang agak mencabar dan terasa kekok. Masalah biasa dihadapi seperti ketika memandikan bayi, bagaimana ingin mententeramkannya apabila menangis atas sebab yang tidak pasti.

"Saya akui minggu pertama kelahiran, Raees kerap menangis. Kali pertama bergelar ibu, saya rasa sedikit panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan tambahan pula tanpa ibu di sisi," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak patah semangat untuk terus mempelajari cara mengendalikan bayi dan kerap bertanya doktor serta jururawat di hospital.

"Sepanjang di hospital, jururawat dan doktor banyak membantu dan mengajar saya bagaimana menjaga, menguruskan dan menyusukan bayi. Walaupun saya sudah menyertai kelas ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi ilmu mengurus adalah lebih baik dan praktikal ketika anak di depan mata.


"Kelakarnya, kali pertama Raees menangis dan saya terus memanggil jururawat. Rupa-rupanya tangisan itu disebabkan bayi sejuk dan lapar. Kadang kala saya tergelak sendiri bila mengenangkan peristiwa itu," katanya.

Bagaimanapun, selepas dua bulan, tidak lagi rasa kekok dan sudah biasa berjaga malam untuk menyusu dan menukar lampin bayi.

Bahagi masa

Bagaikan memahami kesibukan, tanggungjawab dan bebanan tugas yang dipikul ibunya, anak Rita juga tidak banyak kerenah kerana mudah mesra dengan semua orang.

Bagi Rita, wanita berkerjaya seharusnya bijak dari segi pengurusan masa, meskipun banyak tugas mahu dilaksanakan.

"Kini, rutin kehidupan saya banyak berubah. Setiap hari saya bangun awal pagi untuk uruskan bayi dulu sebelum uruskan diri sendiri. Sekiranya saya sibuk, saya akan minta pembantu rumah mengurusnya. Ada kalanya saya akan membawa anak saya ke pejabat atau menghadiri majlis yang difikirkan perlu," katanya.

Anak Rita kini sudah pandai meniarap dan pandai mengecam orang. Setiap hari hidupnya tambah ceria dan bahagia melihat anak di depan mata dan dirasakan amat bersyukur dengan pengalaman paling indah bergelar ibu.

"Saya membawa anak saya ke mana saja saya pergi termasuk ke pejabat. Suami juga membantu menjaga anak. Dalam keadaan tertentu, saya bergilir-gilir pada siang atau malam menjaga anak. Sesibuk mana pun, Kami sebaik mungkin meluangkan masa bersama anak untuk memastikan anak mendapat kasih sayang sepenuhnya," katanya.

Teringat Sosilawati

Selepas melahirkan anak, terdetik di hati mahu menjadi seperti ibunya yang sangat menyayangi anak. Ia menambahkan lagi pemahamannya betapa pengorbanan seorang ibu amat tinggi dan begitu berharga. Tidak mustahil sering dinyatakan 'syurga di bawah tapak kaki ibu'.

Bagi beliau, kehadiran ibu tiada tolak bandingnya, lantaran beliau akan mengambil kesempatan ini untuk menumpu perhatian, membesarkan anak dan mendidik dengan sebaiknya.

Malah, ketika melahirkan Raees, wajah ibunya Sosilawati sentiasa terbayang.
"Kalaulah ibu saya masih ada, mesti dialah orangnya yang akan membantu dalam semua keadaan termasuk ketika berpantang dan memberi sepenuh sokongan kepada saya. Tambahan pula ,Raess adalah cucu pertama, saya pasti dialah paling 'excited!'.

"Pernah suatu ketika dulu, arwah emak bercakap 'kalau mak ada cucu nanti, biar mak saja yang menjaga bayi di rumah dan Rita uruskan kerja pejabat'. Masih lagi terbayang raut wajah ibu berkata sedemikian dan kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya.

"Setiap peristiwa dan kenangan yang berlalu bersama ibu, saya tidak akan dapat lupakan kerana 'masa tidak boleh diundur'. Bagi saya, biarlah semuanya tersemat di dada dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila," katanya yang berpantang secara tradisional dengan menerusi perkhidmatan pakar perbidanan bagi menjaganya dan bayi.

Rita juga berterima kasih kepada suami dan seluruh ahli keluarga yang sama-sama banyak membantunya dalam pengurusan bayi dan saya sejak keluar hospital sehingga selesai berpantang.

Marah kerana sayang

Katanya, kasih sayang ibu tiada penghujungnya dan sekiranya ibu marah tidak bererti benci kepada anak, sebaliknya mahu melihat zuriat berada pada tahap terbaik.

"Marah itu kerana sayang. Saya mendalaminya dan merasai keadaan seorang ibu. Azam saya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak dan meluangkan masa lebih banyak bersamanya. Itu sebab ke mana saya pergi, saya akan membawa Raees bersama," katanya yang hanya berserah kepada rezeki Allah tanpa tidak merancang jumlah anak yang diinginkan.

Tambat hati anak

Posted: 20 May 2013 03:25 PM PDT

Mendengar dan komunikasi berkesan kunci hubungan baik

Selalunya ibu bapa terlalu emosi dan gagal mengawal perasaan ketika menegur dan marah mengenai kelakuan anak yang tidak digemari atas pelbagai sebab. Sebagai anak, bukan semua dapat menerima dengan positif, sebaliknya menambah lagi kedengkelan di hati mereka hingga sesetengahnya merajuk. Lebih membimbangkan, sebilangannya merajuk dan melawan sehingga membawa diri.

Selalu juga ingatkan diri untuk bertanya anak apa yang mereka inginkan ketika komunikasi sama ada nasihat, hanya mendengar, menolong selesaikan masalah atau ringankan beban emosi.
Anak juga ada perasaan dan pandangan sendiri. Mereka akan belajar melalui apa yang mereka buat. Selagi perkara dilakukan mereka tidak mendatangkan mudarat, usah masuk campur.

Ingat, anak belajar melalui mengajuk atau dalam bahasa lain, melihat dan meniru. Selalunya, mereka akan mengikut cara anda menangani perasaan marah, menyelesaikan masalah dan berdepan situasi kritikal dalam kehidupan.

Justeru, berkomunikasi adalah kunci. Jangan membebel, mengkritik, mengugut atau bercakap sesuatu yang menyakitkan hati mereka.

Anak juga ada perasaan dan pandangan sendiri. Mereka akan belajar melalui apa yang mereka buat. Selagi perkara dilakukan mereka tidak mendatangkan mudarat, usah masuk campur.

Mendengar dan berkomunikasi adalah kunci membina hubungan baik ibu dan anak.
Ketahuilah, menjadi ibu bapa bererti anda menggalas tugas berat dan mengekalkan hubungan baik dengan remaja lebih mencabar khususnya bagi ibu bapa yang mempunyai tanggungjawab lain.

Panduan ibu bapa menangani isu anak

  • Perhatikan bila waktu mereka gemar memulakan perbualan sama ada sebelum tidur, sebelum makan malam, di dalam kereta atau di mana saja, pastikan anda sedia meladani mereka.
  • Mulakan dulu perbualan, ia membuatkan anak berasa dirinya penting di mata anda.
  • Peruntukkan waktu khas di setiap hujung minggu untuk melakukan aktiviti santai bersama dan elakkan ia berjalan dalam keadaan tergesa-gesa.
  • Ambil tahu minat anak. Jika dia sukakan muzik, tunjukkan anda juga minat perkara sama.
  • Mulakan perbualan dengan apa yang anda sedang fikirkan, bukan pertanyaan yang membebani perasaan mereka.
  • Biarkan anak tahu, anda seorang pendengar yang baik.
  • Bila anak sedang bercakap mengenai kebimbangannya, berikan sepenuh tumpuan.
  • Tunjukkan minat anda terhadap perbualan anak dan tidak mencelah.
  • Dengar apakah kehendak yang cuba anak sampaikan apabila bercakap, walaupun ia sukar untuk diterima minda ibu atau bapa.
  • Biarkan mereka menyudahkan pertanyaan atau permintaan sebelum anda memberi maklum balas.
  • Ulang semula apa yang mereka sebutkan bagi memastikan anda benar-benar memahami apa yang disampaikan.
  • Berikan maklum balas dalam permasalahan dilontarkan, yang akan mereka patuhi.
  • Berkata-kata tegas, namun dalam tutur yang lembut. Anak mudah memberontak jika ibu bapa sering marah dan menyalahkan anak.
  • Berikan pendapat tanpa merendahkan kemampuan anak.
  • Jangan bergaduh, mencari siapa yang betul, siapa yang salah. Tidak mengapa jika anda mengatakan, "Ibu tahu Iman tidak bersetuju dengan pendapat ibu, tapi ia apa yang ibu rasakan perlu Iman buat.
  • Fokus terhadap perasaan anak, bukan hanya perasaan sendiri ketika berbual.

    Panduan ini dikeluarkan hasil kajian antara Pusat Polisi Awam, Virginia Commonwealth University; Pusat Rangkaian Psikologi, California; Pusat Kesihatan Northwestern, Illinois dan Old Dominion University.

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat