{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Dewan Negeri Sarawak pilih Dayang Madinah sebagai senator untuk satu penggal

Posted: 21 May 2013 02:38 AM PDT

KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini memilih Dayang Madinah Tun Abang Openg sebagai senator untuk satu penggal lagi bermula 19 Julai tahun ini.

Nama beliau dicadangkan Datuk Fatimah Abdullah (BN-Dalat) dan disokong Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (BN-Bukit Sari).

Dayang Madinah menewaskan calon yang dicadangkan pembangkang, Andrew Lo Kian Nyan dengan majoriti 36 undi.

Beliau mendapat 53 undi manakala Lo, yang dicadangkan Baru Bian (PKR-Ba'kelalan) dan disokong Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek), hanya mendapat 17 undi.

Dayang Madinah yang juga naib ketua wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pertama kali dipilih sebagai senator pada 19 Julai, 2010.

- BERNAMA

13 maut, 20 hilang kilang bahan letupan meletup di China

Posted: 21 May 2013 02:17 AM PDT

BEIJING: Sekurang-kurangnya 13 maut manakala 20 hilang apabila sebuah kilang bahan letupan meletup di timur China, lapor media tempatan hari ini.

Manakala 19 lagi cedera dalam letupan yang berlaku semalam di kilang tiga tingkat milik Poly Explosives (Jinan), sebuah syarikat milik kerajaan negeri di wilayah timur Shandong, lapor agensi berita Xinhua.

Pasukan menyelamat masih lagi mencari baki mangsa yang hilang, sementara usaha pembersihan masih lagi berjalan. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat