Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 24 May 2013 03:32 PM PDT Duta negara untuk UNICEF Pelantikan watak animasi popular negara, Upin & Ipin sebagai duta negara untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi Malaysia selama dua tahun bermula Mac lalu bukan hanya pencapaian kepada watak berkenaan, sebaliknya mencatat rekod dunia sebagai watak animasi pertama seumpamanya dilantik sebagai duta pertubuhan antarabangsa itu. Dulu masa mula hendak mula buat kartun ini, orang muda dalam pasukan saya mahukan watak 'superhero' tapi saya membantah kerana tahu sukar nak pergi jauh dan diterima ramai. Formula mengetengahkan cerita berbentuk kekeluargaan ini nampaknya menjadi kerana sesiapa saja di dunia ini mempunyai keluarga, adik-beradik, datuk nenek mahu pun kawan-kawan," Burhanuddin, pengasas Upin & Ipin UNICEF pernah bekerjasama dengan beberapa siri animasi lain seperti Pocoyo dari Sepanyol tetapi tidak pernah melantik watak daripada mana-mana animasi untuk menjadi duta mereka. Sebelum ini, hanya selebriti serta tokoh yang hidup dilantik menjadi duta pertubuhan berkenaan. Sebelum Upin & Ipin, duta Malaysia untuk UNICEF adalah hos rancangan 3R - Celina, Kartini dan Rafidah dilantik pada 2005 hingga 2008 dan Datuk Lee Chong Wei (2009 - 2010). Pencapaian watak Upin Ipin sebagai duta itu pada Pengarah Urusan Les Copaque Sdn Bhd (Les Copaque), Burhanuddin Md Radzi yang juga pengeluar siri animasi Upin& Ipin dan kawan-kawan adalah kerana kekuatan karektor budak kembar berkenaan yang dilihat mampu menyampaikan mesej UNICEF kepada rakyat Malaysia. Watak budak kembar botak ini begitu melekat dalam kebanyakan jiwa kanak-kanak di negara ini diterima bukan hanya oleh orang Melayu tetapi juga bangsa lain. Di peringkat global, watak animasi berkenaan diterima kerana jalan ceritanya mengetengahkan realiti kehidupan sebenar serta menampilkan cerita berkaitan kekeluargaan. Tahun lalu, siri animasi itu berada di tangga kelima selepas siri Mr Beans, sebagai satu-satunya laman sosial facebook tempatan paling banyak dilawati serta dikongsi mengalahkan siri animasi antarabangsa seperti Doraemon dan Sponge Bob. Selain pencapaian itu, sebenarnya sejak 2007, watak animasi itu sudah menerima lebih 30 pelbagai anugerah bukan hanya daripada pihak tempatan malah pengiktirafan dunia. Terbaru, selain pelantikan sebagai duta UNICEF, Upin dan Ipin menerima pengiktirafan daripada International Quality ERA Award, Geneva selain menjadi Watak Animasi Tempatan Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Malah, ketika berlakunya bantahan mengenai penderaan pembantu rumah di Indonesia, ramai yang mahukan animasi Upin & Ipin menjadi duta mengeratkan kembali hubungan antara Malaysia Indonesia. Pastinya pengiktirafan animasi Upin & Ipin harus dilihat dari sudut lebih luas lagi, khususnya dalam industri penerbitan animasi. Ini kerana kemunculan dua budak berkepala botak ini pastinya akan menarik minat masyarakat antarabangsa untuk mengetahui dan mengenali lebih dekat cerita dan tema yang dibawa dalam cerita animasi ini, seterusnya dengan aktiviti penerbitan animasi tanah air yang semakin pesat berkembang, membabitkan tenaga kreatif golongan muda. Tolak superhero, utamakan watak tempatan Lewat tahun 90-an dan sekitar awal tahun 2000, bidang animasi masih dianggap baru. Menghasilkan kartun animasi yang digerakkan sepenuhnya menerusi komputer atau CGI memerlukan pengorbanan masa dan kos yang cukup tinggi. Berjuta ringgit dilaburkan untuk membeli perisian berteknologi tinggi. Institusi kewangan masih ragu-ragu untuk memberi pinjaman atau jumlah pembiayaan yang diberikan juga terhad. Namun, itulah permulaan 'pengembaraan' yang dilalui oleh Burhanuddin ketika menghasilkan Upin & Ipin seperti yang dapat dilihat hari ini. Ibarat menggenggam bara api biar sampai jadi arang atau alang-alang seluk pekasam biar sampai ke lengan, Burhanuddin mahu menoleh ke belakang lagi untuk menyiapkan animasi itu. Bukan buat sekadar untuk siap, tetapi menerbitkannya dengan kualiti sebaik yang boleh walaupun menghadapi kekangan ketika itu. Katanya, beliau tidak menyembunyikan cara penerbitan kerana mahu berkongsi kejayaan Upin&Ipin dengan sesiapa saja yang berminat, malah studio bagi penerbitan animasi itu kini dibuka kepada umum. "Tiada rahsia, datanglah ke sini jika mahu belajar dan sasaran Les Copaque kini adalah untuk mewujudkan lebih banyak usahawan yang terbabit dalam penerbitan siri animasi. "Dalam industri kreatif ini kita perlu menghasilkan sesuatu yang menyeronokkan untuk penonton dan mempunyai nilai-nilai untuk membangunkan minda kanak-kanak yang juga boleh dikongsi orang dewasa. Kita tidak boleh menghasilkan karya yang hanya menampilkan apa yang kita mahu saja. "Dulu masa mula hendak mula buat kartun ini, orang muda dalam pasukan saya mahukan watak 'superhero' tapi saya membantah kerana tahu sukar nak pergi jauh dan diterima ramai. Formula mengetengahkan cerita berbentuk kekeluargaan ini nampaknya menjadi kerana sesiapa saja di dunia ini mempunyai keluarga, adik-beradik, datuk nenek mahu pun kawan-kawan," katanya memberitahu rangkaian Disney Channel Asia yang menjemput Upin & Ipin untuk siaran mereka. Idea tidak dirancang Siapa di sebalik kejayaan Upin & Ipin? Tulang belakang dan nadi animasi Upin & Ipin adalah pengasas siri berkenaan, pasangan suami isteri, Burhanuddin dan isterinya, Ainon Ariff. Mengimbas kembali penubuhan Les Copaque yang disebut 'last kopek', yang bermaksud pilihan terakhir, Burhanuddin memberitahu pembabitannya dalam penerbitan siri televisyen dan filem animasi pada awalnya untuk membantu tiga graduan Universiti Multimedia yang mahu menerbitkan filem animasi iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd Safwan Ab Karim dan Muhammad Usamah Zaid Yasin. Ainon yang juga Pengarah Kreatif Les Copaque, berkata semuanya berlaku tidak dirancang selepas suaminya bersara daripada industri minyak dan gas. "Kami buat suka-suka, (tetapi) sekarang sudah kena kerja pula," katanya yang mengakui tidak menjangka syarikat yang ditubuhkan kerana 'suka-suka' itu sangat berjaya kini. Bercerita lanjut, katanya selepas bersara suaminya menghabiskan banyak masa bermain golf manakala anak-anak melanjutkan pelajaran dan tinggal beliau keseorangan di rumah. "Saya kata pada suami tidak boleh jadi begini (main golf) saja, apa kata kita terbitkan filem dan drama. Ironinya, anak saya memperkenalkan rakannya yang mahu menerbitkan filem animasi dan dari situ semuanya bermula," katanya. Ditanya kenapa kartun dan animasi, Burhanuddin berkata, semuanya kerana beliau percaya industri kreatif boleh pergi jauh walaupun penerbitan animasi 3D membabitkan perbelanjaan yang besar. "Melihat kepada hasil kerja tiga pelajar MMU itu saya terus setuju melabur dan hasilnya pada 2005 Les' Copaque ditubuhkan dan lapan bulan selepas itu treler pertama filem berjaya diterbitkan. Selepas itu kami tidak menoleh ke belakang lagi," katanya. Karektor sampingan Bagi menjadikan sesuatu produk itu mudah dikenali, Burhanuddin perlu memikirkan bagaimana hendak memperkenalkan Upin & Ipin pada peringkat awal. Menariknya, Upin & Ipin yang popular hari ini hanyalah watak sampingan daripada filem Geng: Pengembaraan Bermula. Dari filem itu, nama Upin dan Ipin ini 'dilahirkan'. "Dua budak kembar ini hanya watak penunjuk jalan kepada watak utama filem saja tetapi apabila TV9 meminta kami menyediakan program untuk mengisi slot sebelum waktu berbuka puasa saya mencadangkan watak Upin&Ipin dikeluarkan dan dijadikan watak utama," katanya. Kenapa watak budak kembar bukan seorang budak botak saja? Burhanuddin berkata, watak kembar adalah satu kelainan pada siri animasi itu manakala dialog 'betul-betul' adalah idea Ainon yang mahu watak berkenaan nampak lebih 'catchy' dan mudah diingati ramai. Nama Upin & Ipin pula adalah idea Burhanuddin yang mahukan nama watak berkenaan mengekalkan nama tempatan dan mudah disebut oleh orang luar terutama 'orang putih'. Info Filem Geng: Pengembaraan Bermula diterbitkan 2009 berjaya mengutip RM6 juta malah mencetuskan fenomena sehingga barangan berbentuk merchandise juga laris di pasaran. Kos pembikinan filem 90 minit itu mencecah RM4 juta dijana sebahagian besarnya daripada dana dalaman Les' Copaque Production. Daripada jumlah itu, RM1 juta adalah geran e-kandungan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Selepas tujuh tahun bertapak di dalam dunia animasi, siri kartun ini juga ingin melebarkan sayapnya ke negara jiran, Filipina, berikutan jenama terbabit turut menjadi pilihan ramai di sana. Bermula dengan 40 pekerja pada 2008 kini Les Copaque mempunyai lebih 80 pekerja. PROFIL: Burhanuddin Md Radzi Pencapaian dan Pengktirafan |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |