{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Nafi putus tunang

Posted: 24 May 2013 04:06 AM PDT

FEBRUARI 2012 menjadi detik manis buat bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Farhan Azizan, 29, apabila menjadi tunangan kepada Ahmad Rashdan Suhaimi, 30, selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

Mengundang rakan media meraikan majlis indah itu, Farhan dan tunangannya ketika itu turut memaklumkan tempoh pertunangan mereka cuma setahun.

Namun sehingga sekarang belum ada bayangan menandakan Farhan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya itu sehingga timbul desas-desus kononnya penyanyi berbakat besar itu putus tunang.

Kesempatan bertemu dengannya pada Selasa lalu dalam satu sesi foto, wanita berwajah manis itu diajukan soalan sejauh mana kebenaran gosip yang sedang bertebaran dan dengan tenang dia menafikan hal itu.

Foto

FARHAN harap lebih menyinar di bawah syarikat pengurusan baru.

Foto

LEGA tunang memahami situasi kerjaya.


"Alhamdulillah, sampai ke hari ini kami masih menjadi tunangan. Insya-Allah kami akan berkahwin selewat-lewatnya awal tahun depan," katanya.


Melanjutkan perbualan, keputusan menangguhkan majlis perkahwinan terpaksa dilakukannya kerana peluang kerjaya yang datang ketika ini membuatkan dia ingin mengumpul rezeki sebelum berumahtangga.

Akui Farhan keputusan itu dibuat dengan berat hati namun bersyukur kerana tunangannya seorang yang sangat memahami, penyabar serta menghormati keputusannya.

"Rasa ingin naik pelamin memang meluap-luap. Sebelum bertunang pun kami pernah susah namun masih bertahan sampai ke tahap ini. Ketika merancang untuk berkahwin banyak ruang rezeki yang datang yang membabitkan karier saya.

"Tidak pula kita ini hendak melewatkan jodoh tetapi saya syukur tunang saya memahami situasi saya itu selain dia juga ada fokus ke atas kariernya sendiri. Jadi kita sepakat tunggu masa yang paling sesuai untuk berkahwin.

"Tahun ini, tahun ketujuh perkenalan kami dan saya pernah susah senang bersama dia dulu. Namun Alhamdulillah kami berjaya mengekalkan perhubungan ini," katanya.

Pelbagai cerita menarik ingin dikongsi Farhan. Terbaru dia akan muncul dalam sebuah persembahan bertemakan 'Glamorous Nite with Farhan' di MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang, malam ini.

Persembahan diilhamkan oleh syarikat pengurusan Farhan sendiri iaitu Mezzoforte Records Sdn Bhd dengan kerjasama dibantu syarikat pengurusan acara, CNS Management di Kuantan.

Di samping itu juga, sebuah syarikat pemaju hartanah yang menjadi penaja utama bagi acara ini adalah Nilaitek Sdn Bhd yang juga pemaju hartanah utama di Kuantan.

Satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan, kerana menerusi persembahan itu Farhan akan memperdengarkan 20 seleksi lagu pelbagai genre, selain turut memperkenalkan Haziq sebagai artis jemputan serta Angah Raja Lawak sebagai pengacara.

"Saya akan menyampaikan lebih kurang 20 lagu dengan iringan lima pemuzik. Rangkaian lagu-lagu yang disampaikan, sebahagiannya pernah saya nyanyikan dalam AF4 sendiri seperti She Got The Blues medley Allahyarham Tan Sri P Ramlee, medley swing, lagu Mandarin dan banyak lagi, bersesuaian kehendak orang Kuantan.

"Untuk persembahan itu, Haziq akan ditampilkan sebagai penyanyi undangan kerana ke mana-mana saya pergi pasti orang bertanyakan Haziq dan begitulah sebaliknya. Pendek kata Haziq sinonim sebagai pasangan duet saya.

"Menghangatkan lagi acara ini, Angah Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara majlis. Saya kira kehadirannya akan menyuntik sedikit elemen komedi sekali gus mencuit tetamu yang hadir nanti.

"Sebenarnya ramai yang bertanya kenapa saya memilih Kuantan. Pada perkiraan saya penonton Kuantan mungkin mahukan kelainan daripada artis. Mungkin sebelum ini banyak majlis menampilkan artis yang sama dan lagu yang sama.

"Alhamdulillah, saya dikhabarkan jualan tiket berharga RM150 untuk Bronze dan RM400 untuk VIP termasuk meja sangat memberangsangkan," katanya yang bakal menggayakan beberapa persalinan rekaan Fitri AF2 malam ini.

Farhan dijaga bekas pengurus Anuar Zain

Selepas tujuh tahun menguruskan diri sendiri, kini Farhan tidak lagi sendiri sebaliknya diuruskan Rohila Tahir juga bekas pengurus kepada penyanyi handalan Anuar Zain.

Selain Farhan, turut Aneka Teknik Talent Agency, syarikat pengurusan di bawah kendalian Rohila adalah bintang utama filem Hikayat Meroeng Mahawangsa, Stephen Rahman yang kini sedang mengintai peluang untuk pasaran Hollywood.

"Tujuh tahun menguruskan diri sendiri, satu pengalaman yang cukup berguna buat saya. Sedikit sebanyak selok-belok industri kita sudah tahu jadi tidaklah begitu naif.

"Dengan adanya pihak pengurusan, lebih memudahkan kerja saya sebelum ini. Untuk urusan mesyuarat misalnya, selepas ini ada wakil pihak pengurusan yang akan mewakili saya. Kalau ikutkan inilah sebenarnya cara yang betul jadi mana yang baik, kita ikut.

"Bagi saya, penting untuk seseorang artis ambil tahu cara-cara berurusniaga dengan banyak pihak untuk kebaikan kerjaya seni mereka dan dalam masa yang sama penting bagi seseorang artis mempunyai pihak pengurusan untuk menguruskan kerjaya mereka.

"Lebih kurang sebelum berada di bawah pengurusan Aneka Teknik Talent Agency ini, banyak perancangan diatur. Selain persembahan dan perancangan mengeluarkan single, 're-fresh' semula nama dan penampilan saya, Insya-Allah juga idea 'Glamorous Nite with Farhan' itu akan dibawakan ke Kuala Lumpur selepas ini," kata­nya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat