{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Seni pertukangan kasut

Posted: 28 May 2013 04:47 PM PDT

Pembuatan kasut berkualiti perlukan ketekunan, kemahiran dan kesabaran

Tampak selesa, bergaya dan cantik kaki melangkah bersama sepasang kasut tinggi rona merah dengan rekaan yang begitu unik dan eksklusif. Tambah yakin dan menyerlahkan elegan si pemakai apabila kasut itu pula dari jenama terbaik, paling elegan dan mahal seperti Gucci, Versace dan Fendi serta Salvatore Ferragamo.

Itu adalah antara empat jenama mewah dari Itali menjadi pilihan yang wanita mementingkan status, prestij dan kualiti. Itali antara kota fesyen terkemuka dunia sentiasa mengutamakan simbol statusnya dalam kelas yang tersendiri.

Kasut umpamanya, menjadi kegilaan wanita dalam menyempurnakan gaya dan penampilannya. Pernahkah anda terfikir bagaimana kasut itu dihasilkan yang mampu memenuhi cita rasa dan bermutu tinggi meliputi pelbagai aspek.

Hasil pertukangan kasut bukan sebarangan orang boleh melakukannya kerana seni dan keunikannya memerlukan daya kreativiti, komitmen, ketelitian supaya mampu menakluk penggemar fesyen.

Melihat demonstrasi pembuatan kasut jenama mewah dari Itali, Salvatore Ferragamo, tidak hairanlah kasut berkenaan mencecah harga ribuan ringgit sepasang. Kerja ketukangan ternyata perlu dibuat begitu berhati-hati, malah ada kala tampak begitu rumit untuk mencantumkan bahagian tertentu. Namun, ketekunan, kemahiran dan kesabaran tinggi oleh tukang kasut mengatasi segala-galanya.

Demonstrasi hampir tiga jam itu berlangsung di pusat beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ia diadakan khas untuk tontonan media bagi menunjukkan beberapa kaedah penghasilan kasut jenama dari negara latin itu.

Antara tujuan demonstrasi itu ialah menjelas dan memperlihatkan lebih dekat, bagaimana jenama mewah berkenaan menghasilkan rekaan kasut bermutu tinggi sekali gus memenuhi cita rasa penggemar fesyen, khususnya yang mengutamakan kualiti. Ia turut menonjolkan kebanggaan jenama itu yang mempunyai tukang kasut profesional dan berkemahiran tinggi tiada tolok bandingan.
Cukup teliti

Hasil kerja tukang kasut profesional dari Itali itu begitu mengagumkan apabila cukup teliti mencantum tapak, memaku, menukul dan mencantum fabrik supaya sepasang kasut bercita rasa tinggi dilahirkan setanding dengan nilai kualitinya.

Walaupun sesi demonstrasi berkenaan tidak menyiapkan kasut tumit tinggi secara sepenuhnya tetapi pendekatan ditunjukkan memperlihatkan jenama berkenaan cukup istimewa dari segi seni pertukangan.

Sememangnya, tidak pernah membayangkan kasut dari jenama terkemuka berkenaan perlu ditukul ratusan kali semata-mata menjadikannya kasut bermutu tinggi.

Ketelitian penghasilannya selain sentuhan jari-jemari tukang kasut menjadikan kasut Salvatore Ferragamo unik, berkualiti, cantik dan paling utama selesa digayakan ke mana saja apatah lagi ia lambang kemewahan si pakai.

Pembuatan cara tradisional

Dimulakan dengan membuat acuan kasut secara tradisi dengan pembentukan tapak ia diikuti dengan proses memotong bahan fabrik terpilih sehinggalah kepada proses melekat menggunakan gam khas dan mengeringkan kasut, dilihat antara proses yang begitu rumit dan memakan masa.

Alatan seperti gunting, berus gam, penukul dan paku antara bahan penting untuk menyiapkan kasut dari jenama ini dan teknik yang digunakan begitu tradisional apabila kesan gam dilap dengan begitu teliti menggunakan sehelai kain khas.

Ketika sesi menukul bahagian luar kasut bagi mencantumkan tapak dan fabrik pula, didapati dibuat dengan begitu teliti dan perlahan bagi memastikan ia tidak terkena kepada bahagian lain.

Sesi demonstrasi itu turut memberi jawapan, betapa masa kesabaran, ketelitian diperlukan untuk mencipta kasut yang cantik, selesa digayakan dan memenuhi piawaian ditetapkan seiring dengan nama gah jenama berkenaan. Terbukti, jenama mewah itu begitu menghargai pelanggan setianya sejak 1920 lagi.

Di sebalik demonstrasi yang turut membuka peluang kepada peminat jenama terbabit untuk melihat secara dekat kaedah pembuatan kasut berkenaan, pastinya jenama itu terus menjadi impian dan rebutan wanita bercita rasa tinggi dan mahu tampil mewah dalam bergaya.

INFO: Kerja pembuatan kasut

  • Langkah pertama, membuat acuan kasut untuk membentuk tapak.
  • Diikuti proses memotong bahan fabrik mengikuti rekaan.
  • Proses menukul, mencantum dan melekat.
  • Antara peralatan diperlukan, fabrik, penukul, gunting. paku dan gam.

Laman web pereka muda

Posted: 28 May 2013 04:44 PM PDT

Mengangkat martabat, mendekatkan diri dengan penggemar fesyen

Selepas hampir lima tahun, Young Designers Arena atau YODA yang direalisasikan di Malaysia sejak 2009 dan sudah berjaya menghasilkan sejumlah besar bakat baru seni reka, kini terus mengatur langkah bagi memantapkan penubuhannya.

Terkini, persatuan fesyen yang bertanggungjawab memperkenalkan barisan pereka muda negara, bertapak ke hadapan lagi meluaskan empayarnya dengan produk terkini, www.klfashiongeek.com iaitu butik dalam talian pertama, menampilkan kehebatan pereka muda untuk memperagakan rekaan.

Pengasas YODA, Baizura Tazri, berkata web itu diperkenalkan pada November tahun lalu bertujuan mendekatkan pereka dengan masyarakat.

Katanya, ia bagi meneruskan perjuangan membantu memberi kegemilangan kepada barisan pereka muda. Seramai 36 pereka muda yang menganggotai YODA menggegarkan KL Fashion Geek.Com dengan rekaan indah mereka.

Mendekatkan penggemar fesyen

Baizura berkata, selain koleksi pakaian, Klafshiongeek turut memperkenalkan koleksi tudung, beg dan tas tangan wanita, aksesori, kasut, barang perhiasan rumah, produk kecantikan dan peralatan alat tulis.

"Kewujudan web secara online itu dilihat membuka peluang kepada orang ramai melihat keunikan hasil rekaan pereka Malaysia dan membeli rekaan dengan harga berpatutan bermula dari RM10 ke atas. Menariknya, pelbagai rekaan yang dihasilkan dari koleksi pakaian kasual, formal, baju kurung, kebaya dan pakaian lelaki adalah cukup ekslusif," katanya.
Baizura menambah, dengan kewujudan butik dalam talian itu YODA berharap pendedahan yang diberikan mampu mendekatkan penggemar fesyen di luar sana dengan rekaan dari pereka fesyen Malaysia. Selain memperkenalkan kepada orang ramai berkenaan bakat tempatan, sekali gus mengangkat martabat pereka fesyen di dalam persada seni fesyen tanah air.

Katanya, antara kelainan ditampilkan oleh Klfashiongeek itu apabila ia boleh didapati dengan saiz yang berbeza dan juga boleh ditempah mengikut saiz badan pembeli bagi tempoh dua minggu tempahan.

"Sejak penubuhan laman web ini, sambutan amat menggalakkan dari penggemar fesyen tempatan dan saya amat teruja kerana ada juga permintaan dari Brunei, Singapura dan Dubai walaupun umur web ini masih lagi setahun jagung," katanya.

Kerjasama negara Asia

Kini, YODA mempunyai ahli aktif seramai 289 dan sebilangannya adalah pereka fesyen dari 15 institusi awam dan swasta serta pereka fesyen yang sudah berjaya memiliki butik sendiri.

Kewujudan YODA berjaya mengetengahkan bakat pereka muda seperti Rico Rinaldi, Merlee Sharif, Khalik Mustafa, Kashfi Zulkufli dan Saleh Hamid dalam mewarnai dunia fesyen tanah air.

YODA juga mempunyai hubungan baik dengan semua 15 institusi awam dan swasta yang mempunyai jurusan fesyen kerana kerap kali menjadi jemputan untuk sesi taklimat dan ceramah berkenaan fesyen bagi memberi pendedahan pada pelajar jurusan fesyen.

Organisasi yang ditubuhkan ini bukanlah bersifat untuk mencari keuntungan semata-mata, sebaliknya objektif utama adalah untuk memperkenalkan pereka muda tempatan kepada pencinta fesyen. Pada masa yang sama, berusaha mencari ruang dan peluang buat pereka yang berdaftar di bawah naungan Yoda menunjukkan koleksi produk mereka.

Persatuan ini juga berfungsi membantu mengangkat barisan pereka muda yang bersemangat waja memajukan diri, jenama dan rekaan fesyen dalam industri fesyen tanah air.

YODA juga sudah memperluaskan namanya dengan bekerjasama dengan pereka fesyen di negara Asia seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina. Hasilnya, sebelum ini beberapa pereka muda Malaysia diberi peluang untuk memperagakan rekaan mereka di negara Asia lain seperti Jakarta dan Bangkok.

Persatuan ini juga amat menitikberatkan promosi dan pengenalan kepada pereka fesyen di bawahnya. Seiring dengan itu, beberapa peragaan fesyen kerap diadakan di Malaysia seperti Malaysia International Fashion Week, Islamic Fashion Festival, Hari Belia Putrajaya, HalFest di PWTC dan juga di Asia seperti di Jakarta Food and Fashion Festival serta Bangkok Fashion and Leather Fair di Bangkok.

INFO: Aktiviti YODA

  • Peragaan fesyen 12 pereka muda bersama enam institusi swasta, YODA Urban Chique 2009.
  • YODA Fashion Rock sempena Hari Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya 2010.
  • Pertunjukan pentas lima pereka fesyen, YODA Harajuku 2010 semepena Youth'10 anjuran Youth Asia.
  • Pertunjukan fesyen 15 pereka muda YODA, Stylo Fashion Grand Prix 2010
  • Peragaan fesyen 20 pereka muda, Islamic Fashion Festival 2011.
  • Peragaan fesyen 50 pereka muda YODA @ Ecolifestyles 2012 Trade and Event Exhibition in Malaysian International Lifestyle & Trade Fair (MILTF)
  • Pertunjukan fesyen, Stylo Fashion Grand Prix 2012.
  • YODA Fashion Exploration 2010.
  • YODA Bangkok Fashion Fair 2011.
  • YODA @ Jakarta Food and Fashion Festival.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat