Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 28 May 2013 11:26 AM PDT Belaga: "Saya terdengar bunyi kuat dan bot yang dinaiki bergegar. Ketika itu saya terdengar jeritan penumpang yang mengarahkan supaya terjun menyelamatkan diri," kata Jok Ngau, 30, mangsa bot ekspres Kawan Mas karam berhampiran Tanjong Giam Bungan, di Sungai Belaga sini, semalam. Menurutnya, bot ekspres yang dinaiki itu baru sejam berlepas dari jeti Belaga dan terbalik sebaik tiba di satu selekoh. "Bot berlepas dari Bakun jam 7 pagi dan ketika itu, semua penumpang berebut untuk menaiki bot berkenaan kerana tidak mahu menunggu perkhidmatan seterusnya. "Walaupun tempat dalam bot sudah penuh, penumpang berdegil dan sanggup duduk di tepi serta atas bot. Kami berhenti untuk menurunkan penumpang di Belaga dan meneruskan perjalanan ke Kapit," katanya. SUASANA di tempat kejadian bot ekspres yang karam di Belaga. MANGSA yang selamat berenang ke tebing sungai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29 |
Posted: 28 May 2013 11:26 AM PDT Kuala Lumpur: "Ketika ditahan, saya bukan berdua-duaan, tetapi sebenarnya kami berlima. Saya sifatkan penahanan itu perangkap yang dikenakan ke atas saya," kata pelakon, Shahrizal Jaszle, 25 atau Shah Jaszle. Beliau berkata demikian mengulas isu penahanan khalwat ke atas dirinya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 16 Mei lalu. Hampir dua minggu pelakon itu mengunci mulut selepas didakwa berkhalwat di Apartment Taman Sri Subang jam 3.30 pagi, akhirnya Shah Jaszle semalam tampil memberi penjelasan. Katanya, beliau menganggap dirinya tidak bersalah kerana ketika kejadian, dia dan empat rakan lain turut ditahan. Shahrizal Jaszle
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |