{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Perlawanan Pahang, Johor DT ditunda

Posted: 28 May 2013 04:11 PM PDT

7,000 penyokong penuhi trek Stadium Darul Makmur

Kuantan: Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (DT) malam tadi terpaksa dibatalkan selepas berlaku kekecohan penonton yang menyaksikan lebih 7,000 penyokong membanjiri trek Stadium Darul Makmur, dan beberapa orang tercedera akibat balingan objek keras.

Limpahan penonton berlaku selepas stadium berkapasiti 35,000 itu dibanjiri lebih 42,000 penyokong dari kedua-dua pasukan mengakibatkan pihak keselamatan terpaksa menangguhkan sepak mula bagi meleraikan penonton berhampiran padang.

Sultan Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turun mencemar duli untuk bertanyakan situasi sebenar kepada pegawai perlawanan selain turut bertemu beberapa penyokong Tok Gajah yang duduk di atas trek.

Terlalu hampir dengan padang

Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), setiap perlawanan tidak boleh dilangsungkan andai ada penonton yang duduk terlalu hampir dengan padang kerana dibimbangi bakal mencetuskan keadaan tidak selesa pemain terutama membabitkan keselamatan masing-masing.

Penyokong Johor DT, Salehan Sakiran, 39, yang datang bersama rakannya dari Muar, Johor kesal dengan apa yang berlaku dan menyifatkan ia berpunca daripada kesilapan PBNP kerana menjual tiket melebihi kapasiti stadium.

"Kalau ditanya mengenai perasaan saya sekarang, memang takut kerana kami berada dalam kelompok kecil dan ia pasti mengundang masalah besar buat kami.
"Saya harap perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa depan dan memohon supaya kawalan keselamatan di stadium diperketatkan lagi. Saya lihat tadi sudah ada penyokong Pahang yang cedera dan jika keadaan sebegini berterusan, tidak mustahil lebih ramai lagi yang akan mengalami nasib malang," katanya.

Seorang lagi penyokong Johor DT, Rosli Shariff, 43, berkata, penganjur perlawanan perlu lebih peka soal keselamatan berbanding hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

"Keadaan ini akan membahayakan penyokong terutamanya wanita dan kanak-kanak. Kalau itu berlaku, bukankah ia sesuatu yang sangat merugikan. Memang sejak petang tadi, penyokong tuan rumah sudah ramai tetapi saya sama sekali tidak menjangka mereka akan memenuhi tempat duduk hingga ada di antara mereka yang terpaksa duduk di atas trek," katanya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk gambar dan berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Dua penyokong cedera kena baling

Posted: 28 May 2013 04:07 PM PDT

Kuantan: Sekurang-kurangnya dua penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim DT cedera dibaling objek keras sebelum aksi separuh akhir kedua Piala FA antara kedua-dua pasukan dibatalkan di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Seorang wanita dipercayai penyokong Pahang, dibawa keluar oleh anggota polis selepas mata kanannya cedera terkena objek yang dibaling penonton ketika bersama lebih 7,000 penyokong tuan rumah terpaksa duduk di trek selepas stadium skuad Tok Gajah penuh sesak.

Seorang penyokong DT turut cedera di kepala selepas terkena objek yang dibaling sekali gus mendedahkan risiko buat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pertemuan antara Johor DT dan Pahang yang sepatutnya bermula jam 8.45 malam gagal dimulakan mengikut jadual selepas lebih 7,000 penyokong kedua-dua pasukan memenuhi trek stadium sekali gus memaksa polis, PBNP, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan FAM mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian.

Selepas lebih dua jam tanpa kepastian, akhirnya pengumuman dibuat untuk menunda perlawanan itu apabila penyokong Johor DT di dalam stadium dilempar batu oleh penyokong Pahang yang berada di luar stadium.

Penyokong Pahang turut memasuki padang dan menyebabkan ada di antara mereka ditahan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Johor DT mendahului Pahang 1-0 selepas pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Larkin, Sabtu lalu.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat