{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 19 Mei - Pembentukan kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berdasarkan konsep kerjasama dan pemuafakatan antara semua kaum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, dengan berlandaskan dua elemen utama berkenaan, maka tidak timbul soal ada satu pihak tunduk kepada pihak lain terutama dalam isu pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

"Kita bentuk kerajaan negeri melalui konsep kerjasama dan muafakat, bukan soal subservient (tunduk) dan sebagainya. Malah, apa yang MCA lakukan (menerima jawatan exco) adalah patuh dengan titah Tuanku (Sultan Johor) dan bukannya tunduk kepada kehendak UMNO.

"Jadi, di sini jelas tiada isu subservient kerana penerimaan jawatan itu adalah untuk menghormati titah baginda," katanya ketika diminta mengulas kritikan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham terhadap MCA dalam akaun laman sosial, Twitter yang dianggap subservient kepada Sultan Johor.

Mohamed Khaled berkata demikian selepas merasmikan Perayaan Hari Guru peringkat negeri 2013 di Pusat Islam, di sini semalam.

Dalam akaun twitternya, Koo Ham meletak status berbunyi "MCA is subservient to Umno, now subservient to Sultan. MCA can't make any stand on its own? How to represent the people?". (MCA tunduk pada UMNO, sekarang tunduk kepada Sultan. MCA tidak mampu buat pendirian sendiri? Bagaimana mahu mewakili rakyat?)

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong yang menerima pelantikan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dengan memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri baru-baru ini.

Mohamed Khaled berkata, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan diperlekehkan oleh pihak pembangkang, jadi tidak hairan jika terdapat kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh mereka.

Dalam pada itu, beliau yakin bahawa wakil rakyat negeri ini yang dilantik dalam Kabinet baharu tidak akan mempersia-siakan keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin.

"Kepada semua saya ucap tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah beri tanggungjawab dan pengiktirafan kepada wakil rakyat Johor dalam Kabinet kali ini.

"Saya percaya wakil rakyat dari Johor tidak akan mempersia-siakan keyakinan yang diberikan dan mereka akan berusaha menyumbang kepada proses transformasi negara," katanya.

Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

PARA pengunjung diberikan penerangan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat dan agensi yang turut serta dalam Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) di Plaza Angsana, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 19 Mei - Penganjuran Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2013 (Kepak 2013) turut menyediakan tempat untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang mahu mencari kerja menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Penolong Pengarah JTK Johor, Maximillian Wan Gurong berkata, sejak Kepak dianjurkan dua tahun lalu, pihaknya sentiasa menyertai program tersebut dalam usaha memberi bantuan terutama kepada mereka yang baru tamat pengajian.

Selain itu katanya, mereka turut didatangi pekerja yang memerlukan pandangan dan nasihat terutama yang mempunyai masalah dengan majikan seperti tidak diberikan kontrak perkhidmatan dan majikan tidak membayar gaji.

"Kita turut memberikan panduan yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas ditemuduga selain menunjukkan cara yang betul menyediakan resume yang majikan mahukan dan persoalan lain berkaitan yang dilontarkan.

"Kami sentiasa bersedia memberi khidmat diperlukan dan membantu menyediakan kriteria pekerja seperti diminta majikan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di gerai Bimbingan Kerjaya dan Nasihat Perburuhan di Plaza Angsana di sini hari ini.

Kepak 2013 yang dianjurkan kerajaan negeri itu menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan termasuk 345 pekerjaan dalam sektor awam dan selebihnya daripada sektor swasta.

Penganjuran tersebut turut mendapat kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Mara dan Jobs Malaysia Centre.

Bertemakan "Peluang Berjaya Untuk Semua", Kepak 2013 turut menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan lepasan institusi pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan.

Program tersebut juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas.

Penganjuran kali ini turut disertai syarikat besar seperti Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), UEM Land dan Kulim Bhd.

Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

PAGOH 19 Mei - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini mengaplikasi teknologi fertigasi dari Belanda bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman di negara ini.

Pegawai Penyelidik Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Yaseer Suhaimi Mohamad berkata, teknologi baharu itu juga akan mempercepatkan hasil tanaman iaitu 45 hari lebih awal berbanding kaedah biasa.

Menurutnya, teknologi itu sesuai untuk tanaman jenis buah seperti cili, rock melon, tomato, terung dan strawberi.

"Hasil penyelidikan terbaharu Mardi menunjukkan kaedah fertigasi boleh juga digunakan untuk tanaman jenis umbisi seperti halia, kunyit dan keledek.

"Penggunaan teknologi ini semakin meluas terutama dalam kalangan usahawan tani muda berusia di bawah 30 tahun di negara ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Teknologi Tanaman Sistem Fertigasi (Lanjutan) Kali ke-2 Tahun 2013 di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Jamaludin Salim yang kemudiannya menyampaikan sijil kepada 72 peserta.

Yaseer Suhaimi berkata, teknologi berkenaan kini sudah 70 peratus digunakan oleh para petani di Selangor dan kesemuanya membabitkan golongan berusia bawah 30 tahun.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat