{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Jangan bergantung subsidi

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron (tiga dari kiri) menunjukkan produk minuman Markisa dihasilkan oleh penduduk kampung dalam majlis Pengadilan Unit Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan 2013 di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka, semalam.

MELAKA 21 Mei - Golongan petani dan peladang di negeri ini digesa tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk berjaya dalam bidang tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, golongan itu sebaliknya perlu memiliki ilmu pengetahuan terbaik dalam bidang berkenaan sebelum melakukan sesuatu perkara berkaitan.

Menurutnya, masyarakat Melayu terutamanya perlu menilai diri sendiri dalam melakukan sesuatu kerja pertanian sama ada untuk memajukan diri atau semata-mata mengharapkan subsidi kerajaan.

"Kita mesti bekerja untuk memaksimumkan produktiviti serta meminimumkan pembaziran dan bukan hanya bekerja kerana adanya subsidi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pengadilan Unit Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan 2013 di Dewan Anugerah Desa Cemerlang, Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri, Mohd. Fauzi Baderul dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Melaka Tengah, Norhayati Abu Noor.

Sementara itu, beliau berkata, Kampung Paya Rumput Jaya yang pernah memenangi Anugerah Desa Cemerlang pada 2008 kali ini dipilih sebagai lima finalis Unit Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan 2013.

"Kampung ini juga berjaya memenangi pelbagai anugerah desa di peringkat kebangsaan dan negeri dalam pelbagai bidang dan diharap dapat dijadikan contoh kepada kampung-kampung lain di negeri ini," tambahnya.

RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

Asma Ismail (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Nilai Resources, Tan Sri Dr. Gan Kong Seng selepas menghadiri perbincangan berhubung penubuhan klinik pakar di USIM, dekat Seremban, baru-baru ini.

SEREMBAN 21 Mei - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganggarkan perbelanjakan sebanyak RM4.9 juta bagi tujuan mewujudkan sebuah klinik pakar di Nilai, dekat sini.

Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail, penubuhan klinik pakar berkenaan bertujuan membuka peluang kepada umum khususnya penduduk sekitar mendapatkan rawatan kesihatan berkualiti pada kadar berpatutan.

"USIM telah membeli tanah seluas 25.1 hektar berhampiran kampus induk bagi menempatkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) sekali gus menjadi hospital pengajar universiti kelak.

"Namun sebelum menunggu pembinaan hospital pengajar ini, penubuhan klinik pakar ini adalah medium yang akan dirintis terlebih dahulu oleh universiti untuk dilaksana berasaskan kejayaan penubuhan Klinik Pergigian di Pandan Indah yang diuruskan oleh Fpg," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelas Asma, klinik tersebut bakal menyediakan rawatan perubatan termasuk pergigian di bawah satu bumbung.

"Tenaga pakar adalah daripada kalangan pensyarah bertauliah dan pihak kami berharap kewujudan kemudahan ini secara tidak langsung akan membawa manfaat kepada masyarakat.

"Sebaik sahaja beroperasi, klinik ini akan menjana kewangan kepada universiti dan memberi peluang kepada pensyarah beramal melalui ilmu perubatan mereka," katanya.

Tambahnya, sebagai persediaan awal, USIM telah mengadakan kajian pasaran, penyediaan pelan perniagaan komprehensif serta mengenal pasti lokasi strategik bagi menempatkan klinik.

"Anggaran kos awal bagi merealisasikan penubuhan klinik ini adalah sekitar RM4.9 juta merangkumi kos pembelian premis, penyediaan peralatan rawatan berteknologi tinggi, ubat- ubatan dan kos operasi yang lain.

"Dana ini akan dijana melalui Pembiayaan Kewangan Wakaf dan kerjasama antara pemain industri sekitar Nilai. Siri perbincangan dengan rakan industri yang berpotensi telah dimulakan dan respons awal yang diterima pengurusan universiti amat positif," katanya.

MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Mohamad Hasan (tengah) beramah mesra dengan pelajar ketika menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Permata SMK Agama Sheikh Haji Mohd. Said, dekat Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 21 Mei - Usaha menggalakkan kecemerlangan bidang pendidikan di negeri ini terus dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) apabila 38 pelajar tajaannya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) sejak tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan adalah menjadi hasrat kerajaan negeri bagi memastikan kesemua pelajar cemerlang tajaannya dapat menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi apatah lagi dalam bidang perubatan dan juga pengajian am.

''Kita mahu supaya kecemerlangan mereka dalam bidang pengajian ini tidak hanya terhenti setakat sarjana muda sahaja akan tetapi diteruskan ke tahap sarjana dan PhD.

''Daripada 38 orang pelajar itu, seorang pelajar dari negeri ini menyambung pengajian ke peringkat sarjana di Maghribi manakala tiga pula di Universiti Al Azhar. Tetapi ada juga yang melanjutkan pengajian mereka di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Permata Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd. Said (SHAMS) dekat sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar memberitahu, ilmu yang ada dalam kalangan pelajar ini amat diperlukan dalam menghurai apa juga permasalahan berkaitan isu-isu agama pada masa depan yang lebih kompleks.

''Tahun lalu sahaja ada 17 orang dalam bidang perubatan dan 35 orang bidang pengajian am ini telah ditempatkan di bawah Sekretariat Pelajar Timur Tengah yang mana mereka ini ditempatkan di beberapa buah jabatan kerajaan.

''Mereka juga diberikan elaun sebanyak RM1,000 sebulan kerana kita tidak mahu mereka ini terbiar dan akhirnya menjadi penceramah bebas yang kemudiannya menghentam kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad juga turut menjelaskan, pelajar baru yang bakal meyambung pengajian mereka di beberapa buah negara meliputi Mesir, Jordan dan Maghribi telahpun ditemuduga dan akan menerima surat tawaran tidak lama lagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat