{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Pusat sehenti masyarakat di balai bomba

Posted: 21 May 2013 10:29 AM PDT

KANGAR: Bagi memberi perkhidmatan lebih cekap, kerajaan akan mewujudkan sebuah pusat sehenti di setiap balai bomba dan penyelamat di seluruh negara bagi membantu mangsa membuat permohonan mendapatkan semula dokumen penting seperti kad pengenalan yang musnah dalam kebakaran.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penubuhan pusat sehenti itu adalah usaha jabatan dalam tanggungjawab kemasyarakatan dan merapatkan hubungan dengan orang ramai.

"Mereka yang menjadi mangsa kebakaran kebiasaannya akan mengalami trauma dalam tempoh panjang, dan ini menyukarkan mereka sekiranya perlu berurusan di kaunter agensi kerajaan berkaitan yang dipenuhi dengan orang ramai atas pelbagai urusan.

"Justeru, kewujudan pusat sehenti ini berfungsi membantu memudahkan mereka memohon bagi mendapatkan salinan dokumen mereka musnah dalam kebakaran tanpa perlu bersusah-payah kerana urusan itu dilakukan pihak bomba," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis perasmian Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri di sini, semalam.


Perasmian disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat mencemar Duli ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Azlan Man dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Bangunan Ibu Pejabat JBPM negeri itu siap dibina dengan kos RM10.3 juta pada 14 Mac 2010 dan diserahkan kepada JBPM pada penghujung 2010 serta mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2011.

Ia turut menempatkan enam bahagian iaitu Bahagian Operasi Kebombaan; Bahagian Keselamatan Kebakaran; Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan Pendakwaan; Bahagian Latihan; Bahagian Pengurusan dan Bahagian Kejuruteraan.

Selain sebuah Pusat Gerakan Operasi Negeri (PGO) dengan menempatkan 52 pegawai dan anggota JBPM negeri.

Abdul Rahman berkata, selain itu kementerian juga bakal mengadakan perbincangan bagi mewujudkan hubungan kemanusiaan antara JBPM dengan orang ramai selain menjalankan tugas hakiki mereka iaitu memadam kebakaran.

"Pihak kementerian juga akan berbincang agar JBPM dapat mewujudkan suatu hubungan emosi antara kerajaan dengan rakyat supaya dapat turut sama menyelami kesusahan yang dialami mereka terutama apabila ditimpa musibah.

"Ia adalah salah satu saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar anggota bomba mendekati masyarakat seperti membantu meredakan trauma mereka selepas menyelesaikan tugas masing-masing memadam kebakaran," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman turut mempelawa pakatan pembangkang menyumbang idea bagi menangani isu berkaitan kementeriannya.

Beliau berkata, mereka boleh duduk bersamanya tanpa komitmen rasmi untuk bersama-sama mencari jalan mengatasi isu berbangkit, tanpa perlu berbahas di Parlimen.

"Elakkan Parlimen jadi tempat percakaran. Ada isu yang boleh diselesaikan di luar Parlimen atau peringkat kementerian," katanya.

Katanya cara itu juga dapat mengurangkan pembaziran masa ketika persidangan Parlimen kerana pembangkang tidak perlu lagi membangkitkan isu yang sudah selesai.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat