{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia kemuka dokumen Konvensyen Senjata contoh ke PBB

Posted: 22 May 2013 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mei - Malaysia telah mengemukakan dokumen mengenai Konvensyen Senjata Nuklear Contoh kepada Kumpulan Kerja Bebas (OEWG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha meneruskan rundingan perlucutan senjata nuklear multilateral untuk dipertimbangkan.

Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, Datuk Mazlan Muhammad berkata, Malaysia dan Costa Rica telah secara bersama meminta Setiausaha Agung PBB mengedarkannya sebagai dokumen rasmi semasa Sesi ke-52 Perhimpunan Agung PBB.

Beliau berkata, dokumen itu mengandungi elemen perundangan, teknikal dan politik bagi pembangunan dan pengekalan dunia bebas nuklear.

"Saya cadangkan cara paling praktikal meneruskan rundingan Perlucutan Nuklear Multilateral ialah dengan mempertimbang pewujudan konvensyen senjata nuklear.

"Sebarang jenis rundingan lain akan hanya mengikuti laluan berliku dan kadang kala menemui kebuntuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mazlan menyebut bahawa contoh atau model berkenaan mempunyai persamaan tertentu dengan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) termasuk susunan pembentukan pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Pihak-pihak berkuasa Nasional.

Menurut Mazlan, kita sudah sekian lama menunggu untuk sebuah dunia yang bebas senjata nuklaer sejak 1945 dan kemajuan yang dicapai dalam tempoh 43 tahun ini terlalu kecil, selepas kewujudan Triti Menyekat Perluasan Senjata, 'Non-Proliferation Treaty' (NPT). - BERNAMA

UniMAP anjur seminar institusi raja 5 Jun

Posted: 22 May 2013 03:09 AM PDT

KANGAR 22 Mei - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menganjurkan Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013 selama dua hari di Kuala Lumpur mulai 5 Jun, bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, seminar yang bermatlamat memartabat dan melestarikan institusi raja itu, bertujuan menghayati peranan raja dalam Sistem Raja Berpelembagaan di samping berkongsi corak pemerintahan beraja di negara jiran.

"Saya percaya dengan pelaksanaan seminar ini, ia akan membantu masyarakat khususnya generasi muda dalam menghayati peranan Institusi raja selari dengan sistem Raja Berperlembagaan serta sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, ia juga akan memperkasakan Institusi Raja dalam memartabatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berdaulat selain menzahirkan ketaatan rakyat kepada Raja melalui perkongsian ilmiah dalam pelbagai sudut kehidupan.

Menurut beliau, UniMAP juga menubuhkan Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia yang diketuai Profesor Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam.

Program yang bertemakan 'Melestarikan Pemerintahan Beraja' bakal menyaksikan dua slot pembentangan titah ucaptama, lapan slot pembentangan utama dan sembilan slot pembentangan kertas kerja.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menyampaikan titah ucap utama pada seminar itu.

Selain itu, Kamarudin berkata, untuk slot pembentangan utama melibatkan jemputan seperti Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria; pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dari Universiti Utara Malaysia (UUM); bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam.

Seminar akan dirasmikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SIRaj di http://siraj.unimap.edu.my. - BERNAMA

Shahiruddin letak jawatan Pengerusi GiatMara

Posted: 22 May 2013 01:58 AM PDT

RAUB 22 Mei - Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab Moin melepaskan jawatannya berkuatkuasa semalam bagi memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri itu berkata di sini hari ini:

"Tugas sebagai ahli Exco amat berat tambahan pula bertanggungjawab kepada tiga bidang utama, koperasi, usahawan dan kepenggunaan."

Shahiruddin yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dong pada Pilihan Raya Umum Ke-13, dilantik semula sebagai Ahli Exco kerajaan negeri baru-baru ini. Beliau pernah menganggotai Exco negeri pada 2004, namun digugurkan pada 2008. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat