{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Tiada kenaikan harga barangan di Kelantan

Posted: 22 May 2013 02:57 AM PDT

KOTA BHARU: Tidak berlaku kenaikan harga barangan terkawal di Kelantan seperti digembar-gemburkan di laman sosial, demikian menurut Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan.

Pengarahnya, Sharuddin Jali, berkata dakwaan mengenai kenaikan harga barangan oleh pihak tertentu sama sekali tidak berasas.

"Pihak kami sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa dan setakat ini tiada sebarang kenaikan harga barangan dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sharuddin berkata, kerjasama daripada pengguna amat penting untuk sama-sama memantau dan membuat aduan kepada pihaknya berhubung sebarang isu kenaikan harga.

"Kami minta supaya pihak di luar sana tidak sewenang-wenangnya menyebarkan mengenai kenaikan harga dan sekiranya ada kenaikan harga, pengguna boleh membuat aduan," katanya.

Menurutnya, aduan kepada KPDNKK boleh dibuat melalui talian hotline 1-800-886-800 atau melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip KPDNKK ADUAN dan hantar ke 15888.

- BERNAMA

Malaysia kemuka dokumen Konvensyen Senjata Nuklear Contoh ke PBB

Posted: 22 May 2013 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mengemukakan dokumen mengenai Konvensyen Senjata Nuklear Contoh kepada Kumpulan Kerja Bebas (OEWG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha meneruskan rundingan perlucutan senjata nuklear multilateral untuk dipertimbangkan.

Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, Datuk Mazlan Muhammad, berkata Malaysia dan Costa Rica secara bersama meminta Setiausaha Agung PBB mengedarkannya sebagai dokumen rasmi semasa Sesi ke-52 Perhimpunan Agung PBB.

Beliau berkata, dokumen itu mengandungi elemen perundangan, teknikal dan politik bagi pembangunan dan pengekalan dunia bebas nuklear.

"Saya cadangkan cara paling praktikal meneruskan rundingan Perlucutan Nuklear Multilateral ialah dengan mempertimbang pewujudan konvensyen senjata nuklear.

"Sebarang jenis rundingan lain akan hanya mengikuti laluan berliku dan kadang kala menemui kebuntuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan menyebut bahawa contoh atau model berkenaan mempunyai persamaan tertentu dengan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) termasuk susunan pembentukan pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Pihak-pihak berkuasa Nasional.

Menurut Mazlan, kita sudah sekian lama menunggu untuk sebuah dunia yang bebas senjata nuklaer sejak 1945 dan kemajuan yang dicapai dalam tempoh 43 tahun ini terlalu kecil, selepas kewujudan Triti Menyekat Perluasan Senjata, "Non-Proliferation Treaty" (NPT).
- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat