{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Arah henti kerja korek pasir

Posted: 22 May 2013 11:25 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

Runtuhan tanah yang berlaku akibat tebing pecah di kawasan aktiviti mengorek pasir yang menjejaskan hubungan jalan di Kampung Ayer Keroh, Bukit Senggeh, Selandar, Melaka, baru-baru ini..

MELAKA 22 Mei - Kerajaan negeri mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir di Kampung Ayer Keroh, Bukit Senggeh, Selandar di sini diberhentikan serta-merta.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Exco kerajaan negeri hari ini yang melahirkan rasa bimbang keadaan di kampung tersebut akan menjadi lebih buruk selepas berlakunya banjir lumpur serta tanah runtuh di situ Jumaat lalu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati syarikat terbabit tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Mineral dan Geosains Melaka menerusi aktiviti mengorek pasir yang dijalankan di kampung tersebut.

''Kita dapati syarikat terbabit tidak mematuhi peraturan perlombongan yang ditetapkan hingga menyebabkan sebahagian daripada kampung tersebut dilanda tanah runtuh dan banjir lumpur.

''Syarikat terbabit telah dimaklumkan agar kerja perlombongan pasir di kampung tersebut diberhentikan serta-merta," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.

Jumaat lalu, tiga keluarga terselamat dalam kejadian tebing sebuah bukit runtuh di Kampung Ayer Keroh itu.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, tebing sebuah bukit berhampiran tapak projek mengorek pasir tiba-tiba runtuh dan hampir mengenai kediaman tiga keluarga tersebut.

Idris memberitahu, lapan orang daripada mangsa terbabit telah menerima pampasan setiap seorang sebanyak RM700 yang dibayar sebagai ganti rugi daripada syarikat terbabit.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mengarahkan siasatan lanjut dijalankan di beberapa lokasi di kampung tersebut bagi mengenal pasti kawasan itu selamat daripada kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur.

Pada mesyuarat tersebut juga, kerajaan negeri memutuskan tidak akan menerima permohonan baharu bagi pembinaan rumah mewah di negeri ini dan projek yang telah diluluskan boleh diteruskan.

''Kerajaan negeri selepas ini akan memberi fokus projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan sederhana," ujarnya.

Tiada lagi projek rumah mewah di Melaka

Posted: 22 May 2013 11:25 AM PDT

Idris Haron (dua dari kanan) berkata sesuatu kepada Kamarul Rasdan Saleh (kiri) pada majlis pelancaran pejabat cawangan Satelit SPNB di Melaka, kelmarin.

MELAKA 22 Mei - Kerajaan negeri tidak akan lagi membina projek rumah mewah di negeri ini sebaliknya akan memberi tumpuan pada pembinaan rumah mampu milik mulai pertengahan tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, bagi tujuan tersebut kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Perundingan Perumahan Mampu Milik bagi memastikan projek pembinaan rumah berkenaan berjalan lancar.

Melalui penubuhan majlis tersebut katanya, kerajaan negeri akan menentukan lokasi dan harga rumah yang sesuai bagi pembinaan rumah berkenaan.

''Tidak ada lagi projek rumah mewah akan dibina buat sementara waktu sebaliknya kerajaan negeri akan memberi fokus pada pembinaan rumah mampu milik," katanya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan pejabat cawangan Satelit SPNB Melaka di Taman Limbongan Permai di sini semalam.

Yang turut hadir Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Ismail Othman; Exco Komunikasi, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rasdan Saleh.

Mengulas lanjut Idris berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan tidak akan lagi meluluskan sebarang permohonan bagi pembinaan rumah mewah selepas ini.

Bagaimanapun, katanya, bagi projek terbabit yang telah diluluskan sebelum ini, ia boleh diteruskan pembinaannya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, rumah mampu milik yang akan dibina di negeri ini mesti memenuhi syarat dengan keluasan lebih daripada 1,000 kaki persegi selain mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Katanya, jika di Kuala Lumpur, harga rumah mampu milik adalah antara RM150,000 hingga RM250,000 atau lebih daripada itu, tetapi di Melaka harga yang dilihat bersesuaian dengan taraf hidup penduduknya ialah antara RM60,000 hingga RM120,000.

''Harga ini masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan kerana banyak perkara yang perlu dilihat dari segi lokasi, taraf ekonomi penduduk di kawasan terbabit dan kemampuan rakyat untuk membelinya," ujarnya.

Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu

Posted: 22 May 2013 11:25 AM PDT

MELAKA 22 Mei - Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar (gambar) dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang baharu berkuat kuasa 1 Jun ini.

Naim, 55, dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan Datuk Omar Kaseh yang dinaikkan pangkat apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri juga mulai 1 Jun ini.

Pelantikan Omar ke jawatan tersebut adalah bagi menggantikan Datuk Mohamad Zabidi Zainal yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mulai 15 Mac lalu.

Naim ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini melahirkan rasa terkejut atas pelantikan tersebut.

''Saya ucapkan terima kasih atas pelantikan ini dan atas kepercayaan yang diberikan, Insya-Allah saya yakin dapat melaksanakan tanggungjawab terutama di bawah Ketua Menteri, Datuk Idris Haron yang dilantik pada 7 Mei lalu," katanya.

Naim yang mula memegang jawatan Pegawai Kewangan negeri pada 7 April 2008 adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Geografi dari Universiti Malaya (1978 hingga 1981).

Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Aberdeen Scotland dalam jurusan Land Economy (1990 hingga 1991).

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat