Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 27 May 2013 04:29 PM PDT
Kuala Lumpur: Enam lagi pemimpin pembangkang didakwa di Mahkamah Sesyen di lima negeri, semalam, mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kerana menganjurkan perhimpunan haram sepanjang bulan ini. Dua daripada mereka didakwa di Perak, manakala masing-masing seorang di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan Pahang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) APA 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000. Di IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Thomas Su Keong Siong, 47, dan Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria, 46, didakwa menganjurkan dua perhimpunan haram pada 9 dan 12 Mei lalu. Keong Siong didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Wisma Chin Woo, No 36 Jalan Hussein, di sini jam 7.30 malam, pada 9 Mei lalu, manakala Anuar didakwa melakukan kesalahan di hadapan Pejabat PKR negeri di Jalan Medan Istana di sini, 12 Mei lalu. Julie Lack menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula, manakala kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,000 masing-masing dengan seorang penjamin. Di SEREMBAN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus didakwa kerana menganjurkan Ceramah Umum Pasca PRU-13 di Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini, jam 8.30 malam, 17 Mei lalu. Mohd Nazree, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di depan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh. Jagjit menetapkan sebutan semula kes pada 25 Jun ini dan membenarkan Mohd Nazree diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Di BUTTERWORTH: Setiausaha Eksekutif Pakatan Pembangkang Pulau Pinang, Ong Eu Leong, 44, didakwa kerana menganjurkan perhimpunan haram di Stadium Negeri Batu Kawan, jam 8.30 malam, 11 Mei lalu. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan membebaskan tertuduh tanpa dikenakan sebarang jaminan. Di JOHOR BAHRU: Setiausaha Kerja PKR Johor, R Yuneswaran, 27, didakwa menganjurkan Program Himpunan Black 505 Bantahan Terhadap SPR, jam 8.30 malam, 15 Mei lalu di hadapan Pejabat PKR di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram. Hakim Muhammad Jamil Husin menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes dan membebaskan tertuduh tanpa sebarang jaminan. Di KUANTAN: Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menganjurkan program Datuk Seri Anwar Ibrahim Bertemu Rakyat di Pejabat PKR negeri, Lot 1051, Jalan Beserah, jam 8.30 malam, pada 14 Mei lalu. Hakim Fathiyah Idris membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun depan untuk sebutan semula kes. INFO: Anjur perhimpunan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012: Seseorang penganjur perhimpunan hendaklah, 10 hari sebelum tarikh perhimpunan, memberitahu Ketua Polis Daerah tempat perhimpunan diadakan. |
Pembelajaran maya guna telefon pintar Posted: 27 May 2013 03:41 PM PDT Kementerian Pendidikan sedia kemudahan 4G akhir tahun Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan pembelajaran secara maya menggunakan telefon pintar seperti iPhone dan telefon Windows, pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kemudahan 1BestariNet "Dalam pelan tindakan pendidikan negara, kita akan menyediakan kemudahan 4G melalui 1BestariNet dan persekitaran pembelajaran maya (VLE) membabitkan lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Kita juga menyasarkan semua guru terlatih dan cekap dalam VLE menjelang 2015. "Pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran dan pembelajaran di mana-mana atau u-pembelajaran adalah dua trend untuk mengukuhkan inisiatif e-pembelajaran kita," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan 'Digital Education Show Asia' 2013 di sini, semalam. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching. 3 gelombang pembangunan Katanya, pembabitan guru dan integrasi ICT dalam P&P adalah faktor utama bagi menjayakan matlamat itu dan ia juga sejajar matlamat Wawasan 2020 menerusi inisiatif dalam teleperubatan, e-kerajaan, pendidikan dan industri. Beliau yakin peningkatan integrasi ICT dalam P&P akan merubah sistem hafalan tradisional kepada pendekatan konstruktivis yang melahirkan pelajar berfikiran kreatif, kritikal dan berinovasi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |