{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Anasir baru murtadkan umat Islam

Posted: 10 Jun 2013 03:52 PM PDT

JAKIM kesan gelombang kedua digerakkan guna media sosial

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mendedahkan anasir luar dan dalam menggunakan laman sosial bagi menggerakkan gelombang kedua untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Kelantan hantar qariah selepas 23 tahun

Posted: 10 Jun 2013 03:49 PM PDT

Kota Bharu: Selepas 23 tahun qariah dari Kelantan dilarang menyertai tilawah al-Quran, negeri itu menghantar peserta wanitanya menyertai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 yang bermula di sini, malam tadi.

Guru al-Quran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari Bachok, Radziah Ibrahim (gambar), 50, akan menyertai tilawah kali pertama dalam tempoh itu selepas muncul johan al-Quran peringkat negeri Kelantan, Mei lalu.

"Sudah tiba masanya, zaman kegemilangan qariah Kelantan dibangkitkan kembali setelah ia 'dikuburkan' hampir 23 tahun disebabkan peraturan kerajaan PAS Kelantan.
Syukur kerana qariah negeri ini kini dibenarkan menyertai semula tilawah al-Quran dan saya berharap wanita Kelantan bangkit semula untuk membuktikan kemampuan mereka dalam membaca al-Quran selepas peluang ditutup begitu lama," Radziah Ibrahim

"Insya-Allah, jika saya menjadi johan pada peringkat kebangsaan nanti, ia bakal mencipta satu sejarah baru kepada wanita negeri ini selepas 23 tahun dilarang menyertai sebarang tilawah al-Quran," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Radziah berkata, rugi besar jika disekat pembabitan qariah dari negeri ini daripada menyertai majlis tilawah al-Quran kerana wanita juga harus dianggap sebagai penyumbang bersama ke arah menyemarakkan syiar Islam di negara ini.

Galakkan buat wanita

Beliau yang pernah mewakili Pahang pada majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada 2003 berkata, sejak kerajaan PAS Kelantan melarang wanita menyertai tilawah al-Quran, ramai wanita yang mempunyai bakat membaca al-Quran yang baik, terpaksa memendamkan kebolehan itu.
"Saya pernah bertanding mewakili daerah dua kali pada peringkat negeri sebelum larangan dan selepas itu keadaan menjadi suram menyebabkan ramai qariah tidak lagi bersemangat belajar taranum.

"Syukur kerana qariah negeri ini kini dibenarkan menyertai semula tilawah al-Quran dan saya berharap wanita Kelantan bangkit semula untuk membuktikan kemampuan mereka dalam membaca al-Quran selepas peluang ditutup begitu lama," katanya.

Sejak 1990, iaitu selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan, qariah dari negeri ini tidak dibenarkan menyertai tilawah al-Quran kerana mendakwa suara wanita adalah aurat dan haram diperdengarkan.

Bagaimanapun, Nik Aziz menarik balik larangan itu tahun lalu dengan alasan banyak hasrat disampaikan menerusi pertemuan dan surat supaya membenarkan qariah untuk menyertai tilawah al-Quran.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat