Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Polis Marin Sandakan rampas 8,000 biji telur penyu seludup Posted: 27 Jun 2013 02:36 AM PDT SANDAKAN: Polis Marin merampas 8,000 biji telur penyu yang cuba diseludup ke daerah ini dari negara jiran di kawasan laut Kuala Batu 2 dekat sini hari ini. Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Sandakan ASP Amran Che Mat Noor berkata pasukan marin yang melakukan rondaan di kawasan itu mengesan sebuah bot pam dipandu laju pada kira-kira 4.45 pagi.
Katanya ketika menghampiri bot itu, juragannya bertindak terjun dari bot dan melarikan diri di kawasan hutan bakau berhampiran. Pemeriksaan di dalam bot itu menemui 16 karung mengandungi 8,000 biji telur penyu yang dipercayai diseludup untuk pasaran di daerah ini, katanya di sini hari ini.
|
Malaysia hantar sembilan atlet ke Kejohanan Olahraga Asia Ke-20 Posted: 27 Jun 2013 02:31 AM PDT NEW DELHI: Sembilan atlet termasuk dua wanita akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Asia ke-20 di Pune, India, mulai 3 hingga 7 Julai ini. Atlet lelaki berkenaan ialah Kwong Kar Jun, 18 dan Aron Anchols, 20, dalam acara 200m, Wan Sofian Rayzam Shah, 35 (110m lari berpagar), Lee Hup Wei, 26, A. Kavee Alagan, 21 dan S.Navinraj, 20, kesemua dalam acara lompat tinggi serta Iskandar Alwi, 19, dalam acara lompat bergalah.
Dua wanita tersebut ialah Zaidatul Husniah Zulkifli, 20, dalam acara 100m dan S. Komalam Shally, 25, dalam acara 200m. Menurut kenyataan Persatuan Olahraga Asia (AAA) hari ini, sejumlah 580 atlet dari 43 negara telah mengesahkan penyertaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |