Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 09 Jun 2013 10:38 AM PDT Kuala Lumpur: Lapan gerai menjual pelbagai barangan yang terletak bersebelahan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini musnah dijilat api, semalam. Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.19 tengah malam sebelum mengarahkan anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terdiri daripada BBP Titiwangsa, BBP Sentul, BBP Setapak dan BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.
"Seramai 44 anggota terbabit dalam operasi memadam api dan berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 1.45 pagi," katanya. Katanya, kebakaran itu berjaya dikawal dan dipadamkan dalam masa satu jam 25 minit.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran yang memusnahkan kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |