{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


NS tidak rancang naik cukai hartanah

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 9 Jun - Kerajaan negeri akan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung menaikkan cukai kepada warga asing yang mempunyai pegangan atau memiliki hartanah di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, pemilikan hartanah warga asing di negeri itu tidak begitu ketara berbanding Johor yang bersempadan dengan Singapura.

''Cadangan berkenaan memang baik tetapi kerajaan negeri perlu mengkajinya terlebih dahulu kerana pemilikan hartanah oleh warga asing di negeri ini tidak begitu ketara.

''Tetapi kalau kita berbuat demikian ia akan menjadikan negeri ini bukan sebagai destinasi pelaburan terbaik di negara ini sebab ada beberapa syarikat yang sedang kita rundingkan untuk membawa pelaburan berjumlah RM500 juta ke negeri ini," katanya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 warga asing yang mempunyai pegangan atau memiliki hartanah.

Mohamad berkata, sektor perindustrian masih lagi menjadi teras kepada penyumbang besar sektor ekonomi di negeri itu dan jika dilaksanakan sudah pastinya pelabur akan memilih destinasi lain untuk meluaskan pasaran mereka di rantau ini.

Jelasnya, daripada aspek pemilikan rumah pula, polisi sedia ada dengan menetapkan warga negara luar dibenarkan membeli hartanah pada harga minimum RM500,000 dengan kuota tertentu sudah memadai dan menyeluruh.

''Polisi yang ada ini tidak sesekali meminggirkan orang ramai, sebaliknya ia lebih berbentuk perlindungan kepada orang ramai yang ingin membeli rumah kediaman mereka. Dasar ini hanya melibatkan warga asing sahaja," katanya.

MATTA Fair NS sasar jualan RM10 juta

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

Mohd. Khalid Harun (kiri) dan Tun Hairudin Abu Bakar (tengah) melawat MATTA Fair Negeri Sembilan 2013 di Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 9 Jun - Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Negeri Sembilan 2013 menyasarkan jualan pakej pelancongan negeri ini sebanyak RM10 juta dengan pengunjungnya melebihi 30,000 orang.

Pengerusi MATTA Fair Negeri Sembilan 2013, Datuk Mohd. Khalid Harun berkata, kutipan yang memberangsangkan itu boleh diperoleh menerusi penjualan produk pakej pelancongan yang ditawarkan di MATTA Fair Negeri Sembilan 2013 selama tiga hari sejak kelmarin.

"Kita mengumpulkan 24 pempamer yang terlibat dalam MATTA Fair Negeri Sembilan tahun ini yang terdiri daripada agensi pelancongan, hotel, resort, syarikat telekomunikasi dan syarikat kewangan.

"Objektif sebenar ialah untuk menggalakkan semua agensi pelancongan yang terlibat menumpukan tiga hari pameran mempromosikan produk pelancongan mereka dalam dan luar negara," katanya pada majlis perasmian MATTA Fair Negeri Sembilan 2013 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan, Daing Muhamad Rahimi Abdul Hamid.

Mohd. Khalid menambah, Negeri Sembilan mendapat tempat kedua dalam kategori destinasi pelancongan domestik manakala Malaysia memenangi tempat pertama dalam senarai negara yang paling ramai dikunjungi pelancong luar negara.

Sementara itu, Tun Hairudin berkata, keunikan Negeri Sembilan adalah terletak pada elemen adatnya yang masih dipegang teguh penduduk di negeri ini sejak 600 tahun lalu.

"Negeri Sembilan adalah lokasi yang paling strategik sekali untuk pelancong kerana kedudukannya yang hampir dengan lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Bukan sahaja elemen sejarah dan adat, malah negeri kita ini mempunyai pantai peranginan yang terkenal dan menjadi tumpuan orang ramai setiap masa iaitu di Port Dickson. Sebagai rakyat Negeri Sembilan, kita harus berbangga," katanya.

BiotechCorp rancang wujudkan Taman Farmaseutikal di Melaka

Posted: 09 Jun 2013 12:55 PM PDT

MOHD. Nazlee Kamal (kanan) memberikan penerangan kepada Abu Bakar Mohamad Diah mengenai kemudahan makmal yang terdapat di Melaka Biotechnology Corporation di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 9 Jun - Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) merancang membangunkan taman farmaseutikal di Pegoh, Alor Gajah, di sini tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal berkata, taman yang akan dibina di kawasan seluas 80.9 hektar itu bakal menjadikan negeri ini sebagai pusat bio bagi wilayah selatan.

Menurutnya, taman itu akan dibangunkan di atas tanah milik DRB-Hicom dan kerja-kerja ujian tanah sudah dimulakan ketika ini.

"Projek tersebut adalah hasil kerjasama antara BiotechCorp, DRB-Hicom, Melaka Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (MBC).

"Ujian tanah sedang dijalankan untuk pelanggan pertama melibatkan sebahagian kecil kawasan itu yang merupakan fasa pertama projek berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja bersama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah ke Melaka Biotechnology Corporation (MBC) Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Katanya, memandangkan Melaka tidak terikat dengan mana-mana koridor, pihaknya bercadang menjadikan negeri ini sebagai pusat bio melibatkan tiga buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Tambah Nazlee, Melaka menjadi lokasi pilihan pusat bio itu kerana terletak berdekatan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kemudahan pengangkutan sedia ada sangat membantu untuk memasarkan produk yang dihasilkan ke luar negara," katanya.

Beliau berkata, melihat kepada kemudahan makmal dan kesungguhan kerajaan negeri dalam bidang bioteknologi, pihaknya akan menyalurkan bantuan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk melakukan penyelidikan dalam sektor agrokultur dan kosmetik.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat