{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Tatu Tentera Darat gamit pengunjung

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULLAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Para penonton dihiburkan dengan persembahan menggunakan motosikal oleh pasukan Red Warrior di Pusat Latihan Tentera Darat, Port Dickson sempena sambutan Ulang Tahun Ke-80 Tentera Darat.

TELOK KEMANG 13 Jun - Terbaik dan cukup menghiburkan! Itu yang dapat diperkatakan mengenai persembahan Tatu Tentera Darat Malaysia (TDM) yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, di sini baru-baru ini.

Pertunjukan hebat yang berlangsung selama dua jam itu merupakan kali kedua diadakan di Bandar Tentera Darat itu melibatkan beberapa pasukan keselamatan lain tempatan, juga dari Brunei dan Thailand.

Proram yang diadakan bersempena Ulang Tahun Ke-80 Tentera Darat ini turut melibatkan persembahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Diraja Brunei dan Tentera Diraja Thailand.

Persembahan yang melibatkan lebih 550 pegawai dan anggota kesemua pasukan keselamatan itu bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan ketangkasan mereka dalam mengendalikan apa jua situasi.

Ketua Staf Markas Latihan Tentera Darat, Kolonel Amirudin Datuk Sulaiman berkata, acara yang diadakan selama tiga hari itu berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung bermula Jumaat lalu.

''Ini merupakan kali kedua kita adakan program tatu bersempena Hari Tentera Darat Ke-80 ini di Port Dickson dan apa yang dapat kita lihat sambutan dari orang ramai cukup menggalakkan apatah lagi ia diadakan pada musim cuti sekolah.

''Pelbagai persembahan disajikan kepada para penonton yang pastinya menghiburkan mereka yang menyaksikan program dua jam ini selama tiga hari," katanya ketika di temui pemberita di sini baru-baru ini.

Amirudin berkata, persembahan lain yang turut disajikan kepada penonton termasuklah, kawad tanpa perintah, pancaragam, akrobatik motosikal, payung terjun, pasukan Red Warrior turut tampil bagi mempersembahkan aksi berbahaya dengan menggunakan motosikal.

''Pasukan yang mahir dalam mengendalikan motosikal ini melakukan pelbagai aksi yang menarik dan membuat pelbagai gaya serta melakukan gaya akrobatik lompatan yang terdiri daripada anggota lelaki dan juga perempuan.

Tambahnya, penganjuran acara yang dilakukan setiap dua tahun sekali ini juga sebagai salah satu aktiviti yang dilaksanakan Tentera Darat selepas Port Dickson telah diumumkan oleh kerajaan sebagai Bandar Tentera Darat.

''Kita merancang akan menarik lebih ramai lagi anggota tentera luar bagi membuat persembahan dan memikat lebih ramai pengunjung untuk menyaksikan persembahan ini nanti.

''Menerusi program ini juga ia secara secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi minat orang ramai terhadap pasukan keselamatan selain mengeratkan hubungan masyarakat bersama anggota tentera," katanya.

Program rapatkan tentera dengan masyarakat

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

SALAH satu aksi lakonan anak muda yang ingin memasuki tentera di Pusat Latihan Tentera Darat, Port Dickson.

TELOK KEMANG 13 Jun - Orang ramai yang menyaksikan pertunjukan Tatu Tentera Darat Malaysia (TD) di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, nyata terhibur dengan persembahan yang dipamerkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan keselamatan lain.

Malah mereka yang ditemui Utusan Malaysia berkata, program itu merupakan pendekatan yang baik untuk pasukan keselamatan mendekati masyarakat selain menjalankan tugas hakiki untuk menjaga keselamatan awam

Seorang pengunjung, Hafizal Ibrahim, 23, berkata, ini merupakan kali pertama dia menyaksikan pertunjukan tatu tentera yang hebat.

Malah katanya, persembahan itu sepatutnya diadakan setiap tahun di negeri ini kerana ia mendapat sambutan daripada orang ramai.

''Pada awalnya saya hanya melihat pasukan tentera ini hanyalah satu pasukan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara selain mengetahui mereka mempunyai pasukan pancaragam hebat yang kebiasaannya hanya dipertontonkan pada majlis tertentu.

''Pada saya memang berbaloi membawa keluarga untuk datang ke sini kerana persembahan yang dipertontonkan ternyata menghiburkan," kata pengunjung dari Pulau Pinang itu ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang pengunjung, Hartini Ridzuan, 45, berkata, ini persembahan tatu kali kedua yang disaksikannya.

Malah katanya, pertunjukan kali ini merupakan salah satu cara untuk kedua-dua pasukan keselamatan itu mempamerkan kehebatan pasukan masing-masing.

''Ini bukan sekadar pertunjukan, tetapi lebih memperlihatkan kecekapan semua peserta yang mengambil bahagian. Tahniah kepada mereka kerana dapat mempamerkan persembahan yang cukup menghiburkan," katanya.

''Lihatlah sendiri sambutan orang ramai, boleh dikatakan stadium penuh dan sudah pasti ia memberi gambaran bahawa pertunjukan seperti ini wajar diadakan di sini pada setiap tahun," katanya.

38 premis ternak ayam ditutup

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 13 Jun - Kerajaan negeri memutuskan sebanyak 38 pengusaha penternakan ayam pedaging dan telor berkategori D dan E di Alor Gajah dan Jasin diarah tutup bagi tempoh yang akan dimaklumkan.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, keputusan itu diambil selepas mendapati penternakan pengusaha terbabit yang menggunakan kaedah reban terbuka telah menjejaskan kualiti hidup masyarakat berhampiran.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak lagi boleh bertolak ansur dengan banyak aduan yang diterima akibat kegagalan penternak mengawal kebersihan hingga menimbulkan bau busuk dan kehadiran lalat akibat najis haiwan tidak dibersihkan dengan sempurna.

Sehubungan itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah diarahkan untuk memberikan notis kepada pengusaha terbabit dengan tempoh masa sehingga September bagi menutup operasi mereka.

"Bagaimanapun, sebanyak 36 pengusaha kategori B dan C pula telah diarahkan untuk menaik taraf penternakan ayam daging dan telur menggunakan reban terbuka ditukar kepada kaedah reban ayam tertutup.

"Keadaan reban kategori D dan E lebih teruk berbanding kategori B dan C sehingga mereka diberi peluang untuk menaik taraf reban terbuka kepada tertutup dengan garis panduan yang ditetapkan.

"Mereka juga diberi tempoh sehingga September untuk berbuat demikian dan jika gagal, pengusaha terbabit akan diarahkan untuk menutup operasi," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Idris berkata, pengusaha kategori B dan C perlu mencontohi 21 pengusaha penternakan ayam pedaging kategori A yang menggunakan kaedah reban tertutup yang dilihat lebih baik bagi menjaga kualiti kehidupan penduduk sekitar.

"Kerajaan negeri banyak menerima aduan terutamanya di sekitar kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan penghuni Hotel Philea & Spa Resort," katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri telah menetapkan penternakan ayam daging dan telur di negeri ini mesti menggunakan kaedah reban tertutup dan bukan lagi reban terbuka.

Sementara itu ujar Idris lagi, pusat penyembelihan haiwan ternakan termasuk khinzir yang terletak bersebelahan ibu pejabat JPV di Ayer Keroh dipindahkan ke lokasi baharu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat