Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 17 May 2013 07:23 PM PDT Nama Yuka Kharisma masih belum dikenali ramai di kalangan rakyat Malaysia, namun melihat kemampuan vokalnya, peserta program realiti Indonesia Idol musim kelima itu mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan penyanyi Indonesia yang popular. Suara serak basahnya ada ketika kedengaran seperti Anggun C Sasmi, dalam sisi lain pula seperti Bunga Citra Lestari (BCL). Bagaimanapun, anak kelahiran Lhokseumawe, Acheh Utara itu tidak sesekali meniru identiti Anggun mahupun BCL untuk cepat menempa nama dalam industri hiburan. Sebaliknya, ia hanya secara kebetulan.
Yuka yang kini di bawah pengurusan Mentari Management Sdn Bhd berkata, Anggun dan BCL adalah nama besar dalam industri hiburan, manakala dirinya pula baru mengatur langkah bergelar penyanyi. Ton suara agak serupa "Saya tidak meniru sesiapa, ia hanyalah persepsi peminat apabila mendengar suara saya. Ada yang mengatakan suara saya lebih mirip Anggun, ada pula yang beranggapan kedengaran seperti BCL. Antara kami banyak perbezaannya. Mungkin ton suara kami agak serupa tapi, saya lebih cenderung menyampaikan lagu pop. Bagaimanapun, terpulang pada pendengaran masing-masing.
Selain itu, Yuka berada di Kuala Lumpur selama dua minggu untuk rakaman lagu terbarunya, Tiada Luka ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Shah Shamsiri. Akui Yuka, dia tetap menyimpan impian bergelar penyayi biarpun hanya sempat berada dalam Top 14 dalam Indonesia Idol pada 2008. "Impian ini terlaksana apabila saya bertemu wakil Mentari Management Sdn Bhd. Secara kebetulan, saya menerima undangan menyanyi di majlis resepsi seorang teman di Kuala Lumpur. "Saya tambah gembira apabila keinginan bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Pay Burman terlaksana. Bukan mudah, Pay Burman ada penilaian sendiri sebelum memberikan lagu. Sebelum ini, mereka pernah menghasilkan lagu buat Rossa, Agnes Monica, Kris Dayanti, Kotak dan Datuk Siti Nurhaliza. "Jujurnya, saya sudah mula menyanyi sejak berusia tiga tahun. Selalunya saya akan menyanyi dalam acara keluarga atau kenduri kahwin. Saya juga menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di sekolah, selalunya akan bergelar juara," katanya anak ketiga daripada empat adik beradik itu.
|
Erti Persahabatan Kirk & Spock Posted: 17 May 2013 05:27 PM PDT Perkenalan awal mereka boleh digambarkan sebagai tegang. Seperti yang dilihat di dalam filem 'Star Trek' (2009), Spock telah tampil membuat pendakwaan terhadap James T. Kirk kepada Starfleet Academy, di mana dia menuduhnya menipu ketika menjalani ujian simulasi Kobayashi Maru. Tuduhan berkenaan menyebabkan Kirk digantung tugasnya buat sementara waktu. Keadaan bertambah buruk apabila Kapten Christopher Pike melantik Kirk sebagai pegawai kanan Spock, memaksa mereka untuk bekerjasama. Zachary Quinto yang sekali lagi diberi tanggungjawab menggalas watak ikonik Spock, memberitahu filem 'Star Trek Into Darkness' melihat Spock bergelut dengan persoalan emosi dan apa maknanya menjadi seorang sahabat. "Di permulaan filem, Kirk telah membuat beberapa keputusan yang akhirnya memakan diri sendiri, malah turut membahayakan nyawa Spock. Spock, benar kepada jati dirinya, sanggup mengorbankan nyawanya demi menegakkan undang-undang. "Tetapi Kirk tidak akan membiarkan kawannya mati disebabkan hanya beberapa peraturan. Percanggahan pendapat di antara mereka menjadi tema sepanjang filem. Namun ada satu ketika di mana Spock akhirnya memahami apa erti persahabatan, bila dia sendiri mengakui memiliki kemampuan menaruh emosi terhadap orang lain." Berlainan pula Kirk. Kapten kapal Enterprise itu mempamerkan sifat-sifat idealistik manusia dan lebih cenderung membuat keputusan berdasarkan naluri. Bak kata Chris Pine yang membawa watak Kirk, "DNA mereka cukup berbeza tetapi akhirnya, mereka menemui sintesis sebagai sahabat." 'Star Trek Into Darkness' 3D & 3D IMAX akan menemui peminat di pawagam bermula 15 Mei ini manakala tayangan rasmi pada 16 Mei. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |