Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Sarawak catat sejarah terima 7 menteri penuh Posted: 15 May 2013 08:06 AM PDT Pelantikan teramai iktiraf kemenangan besar BN negeri pada PRU-13 Kuching: Satu sejarah bagi Barisan Nasional (BN) Sarawak apabila buat pertama kalinya jumlah teramai, tujuh Menteri penuh dan empat Timbalan Menteri dilantik dari negeri ini dalam Kabinet baru Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan semalam. Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Sarawak mendapat dua Menteri penuh dan sembilan Timbalan Menteri.
PBB yang diterajui Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menerima peruntukan terbesar apabila 50 peratus Ahli Parlimennya dilantik ke Kabinet dengan empat sebagai Menteri dan tiga Timbalan Menteri. Tukar portfolio Selain Naib Presiden PBB, Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang dikekalkan dan ditukar portfolio daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dua Timbalan Menteri sebelum ini, Datuk Fadillah Yusof dan Datuk Rohani Abdul Karim, dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh. Fadillah yang juga Ketua Pemuda PBB, sebelum ini adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dilantik sebagai Menteri Kerja Raya, manakala Rohani yang juga Naib Ketua Wanita PBB, daripada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tiga Timbalan Menteri dari PBB pula ialah Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sebelumnya Timbalan Speaker Dewan Rakyat kini Timbalan Menteri Dalam Negeri; Datuk Dr James Dawos Mamit dari Timbalan Menteri Pelancongan kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta muka baru, Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula, calon tunggalnya yang menang, Datuk Richard Riot Jaem, dinaikkan pangkat daripada Timbalan Menteri Luar kepada Menteri Sumber Manusia. SUPP kalah di enam daripada tujuh kerusi ditandinginya dalam PRU-13 dan satu-satunya parti komponen BN Sarawak yang mencatat kekalahan. Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang menang di semua enam kerusi ditandinginya mendapat satu Menteri penuh dan satu Timbalan Menteri, apabila Datuk Joseph Entulu Belaun dinaikkan pangkat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum PRU-13 beliau adalah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seorang lagi wakil PRS, Datuk Joseph Salang Gandum bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Tiada wakil SPDP Tiada sebarang wakil daripada parti komponen BN Sarawak, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dilantik dalam Kabinet berikutan Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom, yang menang di Saratok adalah juga Menteri Pembangunan Sosial Negeri. Dua lagi Ahli Parlimen parti itu adalah muka baru pada PRU-13, manakala Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) sebelum PRU-13 adalah Pengerusi Kelab Penyokong BN. Seorang lagi Menteri penuh dari Sarawak, Datuk Seri Idris Jala, tidak mewakili mana-mana parti, dilantik sebagai Senator untuk terus kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. INFO
(Nota: Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai Senator dan tidak mewakili mana-mana parti) |
Posted: 15 May 2013 08:03 AM PDT Kuala Lumpur: Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, semalam, menyaksikan tiada penyertaan daripada MCA dan GERAKAN. Ia berikutan keputusan kedua-dua parti itu tidak mahu menerima jawatan dalam Kerajaan Pusat selepas prestasi buruk mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Hormati resolusi MCA "Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menghormati resolusi MCA, yang diluluskan pada 2011 dan 2012 iaitu tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika kami tidak mencapai prestasi lebih baik berbanding pilihan raya pada 2008," katanya dalam laman sosial Facebook, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Soi Lek juga berkata, ada banyak muka baru kali ini, yang akan membawa dan memberi pelbagai input kepada Kabinet. "Tahniah kepada semua yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Perkara paling mencabar adalah untuk mendekati semua kaum bagi mencapai perpaduan dalam usaha menangani politik pecah-belah oleh pakatan pembangkang," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong, berkata walaupun MCA tidak tersenarai dalam Kabinet, beliau yakin menteri dan timbalan menteri lain berupaya meneruskan agenda transformasi negara ini. Bagi Naib Presiden GERAKAN, Datuk Tan Lian Hoe yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula menyifatkan Kabinet yang terdiri daripada muka baru dan lama sebagai barisan mantap untuk menerajui kerajaan. "Saya yakin mereka akan menjadikan masyarakat negara ini lebih maju dan berjaya walaupun MCA dan GERAKAN tidak berada dalam Kabinet kali ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |