{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Terus celaru

Posted: 24 May 2013 01:04 PM PDT

Wujud dua kem dalam BAM yang mahukan calon masing-masing dipilih sebagai presiden pada pemilihan Julai ini

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini berbelah bahagi untuk mencalonkan mana-mana individu bagi mengambil alih jawatan presiden badan induk itu selepas wujud dua kem berbeza yang hanya mementingkan diri masing-masing.

Ada yang melihat Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai calon paling layak untuk menerajui BAM tetapi majoriti ahli majlis tidak mahu memberi sokongan kepadanya kerana ketegasan kepimpinannya.

Mereka lebih sanggup memberi sokongan kepada seorang lagi Timbalan Presiden BAM iaitu Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah selaku presiden biarpun mereka sedar beliau tidak memiliki kriteria pemimpin yang diperlukan.

"Jika ini berterusan dan ahli majlis tidak bersatu, saya bimbang arena sukan badminton negara tidak ke mana disebabkan diterajui oleh individu yang tidak layak," kata sumber yang rapat dengan kepimpinan kanan BAM, semalam.

Sehubungan itu, beliau percaya desakan pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk melihat kepimpinan BAM berubah ketika pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), Julai depan, hanya berlaku pada wajah tetapi mutu dan pencapaian sukan itu akan terus merundum.

Ia mungkin lebih buruk daripada pencapaian Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh yang enggan mempertahankan kedudukannya itu selepas menerajui BAM selama 13 tahun.
BAM didesak untuk menukar kepimpinan sedia ada berikutan kegagalan memalukan Malaysia di tangan Taiwan dan Jerman dalam saingan kumpulan, sekali gus tersingkir daripada kempen Piala Sudirman.

Arena sukan badminton negara kini boleh disifatkan berada dalam keadaan 'kritikal' dan menghampiri zaman kegelapan berikutan ketiadaan pemain yang mampu meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar dunia termasuk pengganti kepada jaguh perseorangan, Lee Chong Wei.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengaitkan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir untuk menggantikan tempat Nadzmi selain seorang tokoh daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), namun difahamkan kedua-duanya enggan berbuat demikian.

"Mokhzani tidak berani menggalas tugas itu kerana menyifatkannya sebagai kerusi panas. Tokoh daripada MOM itu pula mendapat tentangan daripada ahli majlis MOM sendiri yang enggan melepaskan beliau untuk menerajui BAM," kata sumber itu.

'Bookie tak pernah ancam bunuh'

Posted: 24 May 2013 12:54 PM PDT

Kuala Lumpur: "Belum pernah saya dengar bookie ancam atau ugut bunuh pemain," kata bekas pemain Kedah yang pernah didakwa mengatur perlawanan, Zulkifli Hassan yang sehingga kini masih digantung tidak bertali walaupun tempoh hukumannya sudah lama berakhir.

Zulkifli berkata, bookie biasanya akan menghubungi ejen mereka di dalam pasukan dan kemudian terpulang kepada ejen itu - biasanya kapten atau pemain paling senior - untuk 'membeli' pemain mana yang mereka rasakan sesuai.

"Jika pemain tidak bersetuju, bookie tidak akan campur tangan, ia terpulang kepada kebijaksanaan dan pujuk rayu ejen itu sendiri ke atas rakan sepasukan. Belum pernah saya dengar sampai ancaman bunuh dan sebagainya," katanya ketika dihubungi, semalam.
Jika pemain tidak bersetuju, bookie tidak akan campur tangan, ia terpulang kepada kebijaksanaan dan pujuk rayu ejen itu sendiri ke atas rakan sepasukan. Belum pernah saya dengar sampai ancaman bunuh dan sebagainya," Zulkifli Hassan, bekas pemain Kedah

Zulkifli yang pernah dibuang daerah dan digantung empat tahun pada 1995 berkata, pengurusan pasukan memainkan peranan penting dalam menangani gejala rasuah di kalangan pemainnya.

Tiada peluang bela diri

"Jurulatih atau pengurus boleh menilai jika pemainnya menjual perlawanan. Tindakan keras boleh diambil dengan tidak menurunkan pemain itu atau menggugurkannya terus daripada pasukan," kata Zulkifli yang sehingga hari ini tidak mendapat peluang untuk membela diri di atas tuduhan rasuah.

Sementara itu, empat persatuan bola sepak tempatan mengesahkan mereka sudah mempunyai jawatankuasa integriti yang dituntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menangani gejala rasuah bola sepak.
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) masing-masing mengesahkan mempunyai jawatankuasa berkenaan.

Dalam laporan BH Sukan semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan hanya lima dari 14 persatuan bola sepak negeri (FA) mempunyai jawatankuasa integriti manakala selebihnya belum menubuhkannya.

Kelewatan FA menubuhkan jawatankuasa berkenaan antara punca pihak berkuasa sukar untuk menjalan siasatan di peringkat negeri sekiranya ada dakwaan tentang gejala rasuah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat