{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


'Bukan duit rakyat'

Posted: 27 May 2013 03:23 PM PDT

Subahan bidas pengkritik, FAM guna wang tajaan TM ke Australia

Kuala Lumpur: Muak dengan kritikan pelbagai pihak yang mempersoalkan rancangan 'percutian' dua minggu skuad Harimau Malaya ke Canberra dan Sydney, Australia pada 3 hingga 15 Jun ini sebagai satu pembaziran, pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal tampil untuk mempertahankannya.

Menurut beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), siri latihan dan perlawanan persahabatan di Australia yang menggantikan dua aksi persahabatan antarabangsa kelas A bertemu Singapura itu tiada salahnya kerana ia langsung tidak membabitkan penggunaan wang rakyat.

"Semua kena faham, skuad kebangsaan mendapat tajaan daripada TM (Telekom Malaysia Berhad) dan pihak mereka pun sudah setuju dengan perancangan kita ini. Ini semua menggunakan duit penaja, bukan duit rakyat pun," kata Subahan pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Subahan turut menjelaskan bahawa pembatalan pertemuan dengan Singapura yang sepatutnya pada 4 dan 7 Jun ini dibuat atas persetujuan bersama antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bagi memberi peluang 26 pelatih kebangsaan mendapat 'lebih masa' untuk bersama ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal bagi latihan luar negara.

"Ini bukan salah Singapura atau salah sesiapa. Saya sendiri berhubung dengan Setiausaha Agung FAS, Winston Lee dan disebabkan ia tertakluk dalam perjanjian, kami mencapai persetujuan bersama untuk membatalkannya tahun ini kerana persiapan Kelayakan Piala Asia 2015.

"Kita hanya ada tiga atau empat hari persiapan jika perlawanan ini diteruskan kerana pemain hanya dapat dikumpul pada 29 Mei (esok). Jadi saya buat keputusan untuk beri peluang kepada jurulatih bawa pemain ke luar negara untuk mereka dapat nafas baru atau semangat selepas mengharungi jadual padat liga.

"Kita mahu pemain mendapat lebih masa untuk bersama jurulatih. Lagi pun kita dah banyak kali lawan Singapura dan ia hanya perlawanan timbal balik. Tapi harap tahun depan ia dapat kembali diteruskan," jelas Subahan.
Ditanya pula kenapa kelab-kelab divisyen dua Australia menjadi pilihan sedangkan skuad Harimau Malaya sepatutnya bertemu lawan seakan sama yang bakal ditentang Oktober depan, Bahrain, Subahan berkata: "Ini keputusan saya. Kenapa, itu susah saya nak jawab. Mungkin itu pandangan anda. Bagi pandangan saya, ini semua untuk kebaikan pasukan."

"Kalau kita nak lawan Arab, tak semestinya kita kena jumpa Arab saja. Bagi saya, jurulatih sudah dibayar gaji oleh FAM dan kalau apa jadi sekali pun, dia juga yang akan bertanggungjawab."

'BAM tak pernah buka pintu'

Posted: 27 May 2013 03:20 PM PDT

Mereka tak pernah beri reaksi balas surat permohonan saya: Sairul

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mengamalkan sikap terbuka dalam memberi peluang kepada pemain kelab untuk menjalani latihan dan menggunakan kemudahan yang ada dalam badan induk itu.

"Ketika saya masih bergelar pemain, banyak kali saya menghantar surat kepada BAM memohon untuk menjalani latihan dengan mereka kerana di sana saya boleh mendapat rakan sepelatih yang berkualiti untuk meningkatkan prestasi saya.

"Namun, BAM tidak pernah sekalipun menjawab surat permohonan saya itu. Kenapa susah sangat untuk mereka memberi peluang kepada pemain kelab menjalani latihan di BAM kerana pada akhirnya nanti, kami pemain kelab ini turut membawa nama Malaysia beraksi di mana-mana kejohanan.

"Apa yang saya lihat, BAM sebenarnya takut kerana mereka bimbang jika ada pemain kelab yang lebih bagus berbanding pemain di bawah naungan mereka dan itu hanya akan memalukan mereka. Jadi, saya harap apa sayang alami dulu tidak berlaku lagi," kata bekas pemain perseorangan KLRC, Sairul Amar Ayob.

Sikap terbuka

BH Sukan semalam melaporkan mengenai kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang mahu kepimpinan baru BAM nanti mengambil tindakan drastik bagi mengatasi segala masalah menghantui badan induk itu selain bersikap lebih terbuka dengan memberi peluang kepada pemain kelab yang berpotensi untuk melakar kejayaan.

Menurut Sairul, dia pelik dengan polisi yang diamalkan BAM ketika ini apabila masih menyimpan pemain yang dilihat sudah tidak ada masa depan sebaliknya dia digugurkan daripada skuad negara ketika berusia 22 tahun dan menghuni ranking ke-14 dunia pada 2003.
"Masa itu BAM tidak ada bagi alasan pun kenapa saya digugurkan. Mungkin pemain yang sudah tidak boleh pergi jauh itu mereka simpan untuk kepentingan mereka," kata Sairul yang mula bernaung dengan BAM pada 1997 hingga 2003.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat