{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Prosiding RCI esok

Posted: 18 May 2013 09:43 AM PDT

Kuala Lumpur: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) akan disambung semula selama lapan hari bermula esok.

Prosiding pertama akan diadakan pada 20 hingga 23 Mei, diikuti 25 Mei dan dari 27 hingga 29 Mei di Mahkamah Persekutuan, Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah, bermula jam 9.30 pagi.


Perkara itu dimaklumkan Setiausaha RCI yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim melalui satu kenyataan akhbar, semalam. Penubuhan RCI pada 21 September tahun lalu membuktikan komitmen kerajaan yang memandang serius isu pendatang tanpa izin di Sabah yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat negeri itu.

Penyerahan watikah pelantikan kepada pengerusi dan anggota jawatankuasa RCI itu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Suruhanjaya itu dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon dan bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman Luping.


Selain itu, ia turut dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk KY Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.

Melalui penubuhan suruhanjaya ini, kerajaan berharap penduduk Sabah akan mengambil manfaat bersama-sama kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di negeri itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/19

Turunkan bahan kempen PRU hari ini

Posted: 18 May 2013 09:27 AM PDT

Kuala Terengganu: Calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diminta memastikan semua bahan kempen mereka, termasuk replika dan bendera, diturunkan selewat-lewatnya hari ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Fakhrul Razi Ab Wahab berkata, pemantauan dijalankan pihaknya mendapati banyak bahan kempen di negeri ini diturunkan, kecuali daerah Kuala Terengganu dan Besut.

"Kami memohon semua calon memastikan bahan kempen diturunkan segera dan tarikh akhir untuk berbuat demikian adalah esok (hari ini).

"SPR akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah untuk memastikan bahan kempen diturunkan kerana mengikut peraturan, ia perlu dilakukan dalam tempoh dua minggu selepas hari pembuangan undi," katanya ketika dihubungi, semalam.


Fakhrul berkata, PBT akan membuat pemantauan akhir minggu depan sebelum memberi laporan hasil penilaian mereka kepada SPR.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/19

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat