{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Lori besi buruk dibawa lari

Posted: 22 May 2013 01:16 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Empat lelaki melarikan sebuah lori yang membawa muatan besi buruk dan surat khabar lama di Felda Cherul, Kemaman pada Isnin lalu.

Pemandunya turut disuntik dengan morfin sehingga dia menjadi khayal sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Dia kemudiannya diselamatkan pemandu lori lain serta dihantar ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa ke hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata lori itu pada mulanya ditahan kira-kira 10.30 pagi.


Telefon bimbit dan duit pemandu berkenaan turut dilarikan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


"Kita telah mengenal pasti suspek yang salah seorangnya pernah berurusan jual-beli dengan mangsa," katanya.

Manoharan berkata keempat-empat suspek yang berusia antara 30 hingga 40 tahun dipercayai turut menagih dadah. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22

Samun: Polis tahan dua warga tempatan, empat lelaki Indonesia

Posted: 22 May 2013 01:15 AM PDT

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan sepasang suami isteri rakyat tempatan dan empat lelaki Indonesia di Seri Andalas, Klang dekat sini semalam selepas disyaki menyamun sebuah rumah di Seksyen 15 di sini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 38 tahun itu ditahan pada 9.30 pagi selepas polis menyiasat kejadian pecah rumah yang dilapor pada 4.20 pagi sama.

Hasil penahanan itu, polis menemui tiga bilah parang, pemutar skru, pemotong dawai, dua komputer riba, 18 telefon bimbit, 22 jam tangan, barangan kemas dan wang tunai RM43,000, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebahagian daripada barangan rompakan itu adalah daripada sebuah rumah yang disamun di Mantin Negeri Sembilan beberapa hari lepas.

Polis akan memanggil mangsa itu bagi mengenal pasti barangannya, katanya.

Dalam kes berasingan, Thaiveegan berkata polis juga menahan dua lelaki tempatan berusia 20 dan 33 tahun di Dataran Pandan Prima, Ampang dekat sini setelah dipercayai cuba mengedar dadah.

Hasil pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek, polis menemui satu guni dan satu kotak yang mengandungi 15 ketulan daun-daun kering disyaki ganja seberat 15 kilogram yang dianggar bernilai RM150,000, katanya.

Kedua-dua lelaki itu juga positif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan enam kes dadah dan satu kes menyimpan barangan curi.

Mereka ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat