Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 24 May 2013 11:35 AM PDT Ipoh: Bertopengkan kaedah perubatan Islam, seorang bomoh menggunakan 'kepakarannya' untuk memperdaya seorang peguam wanita hingga kerugian lebih RM120,000 ketika menjalani rawatan penyakit misteri dan gangguan aneh dialami mangsa. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Suzana, 33, bertemu bomoh berkenaan selepas tidak tahan dengan penyakit aneh selain dikatakan kerap diganggu makhluk halus.
"Saya mulanya tidak percaya dengan benda ghaib ini, namun selepas kehidupan dan kerjaya saya terganggu, saya menemui bomoh berusia 50-an itu yang cukup dikenali ramai di bandar raya ini.
Awal bulan lalu, mangsa berkata, bomoh itu menawarkan pula sejenis batu cincin bernilai RM30,000.
Peguam itu berkata, dia seolah-olah jadi bodoh dan percaya semua kata-kata bomoh itu sebelum menyerahkan wang diminta tanpa banyak soal. Selain membeli azimat dan batu cincin daripada bomoh terbabit, dia membuat bayaran rawatan lebih RM10,000 kepada bomoh itu menjadikan nilai keseluruhan wang dibelanjakan lebih RM120,000. Bagaimanapun, Suzana mula menyedari diperdaya apabila ibu menegur tindakannya yang percaya kepada azimat dan batu cincin berkenaan.
|
Posted: 24 May 2013 11:35 AM PDT Subang Jaya: Terpedaya dengan dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), seorang wanita serta anaknya kerugian hampir RM30,000 selepas dirompak di rumah mereka di USJ 2, di sini, kelmarin. Dua penjenayah berusia lewat 20-an itu memakai pakaian seragam TNB bagi memperdaya mangsa dan mereka yang dipercayai bergerak aktif sejak lebih enam bulan lalu sudah menyamun lebih 10 mangsa.
Menurutnya, dua suspek terbabit datang ke rumah mangsa menaiki motosikal Suzuki sebelum mendakwa mahu memeriksa meter elektrik di rumah itu. "Seorang suspek meminta kebenaran mangsa untuk masuk dalam rumahnya konon untuk memeriksa penghawa dingin manakala rakannya segera menutup pintu rumah sebelum mengeluarkan parang. "Suspek mengikat kaki dan tangan dua beranak itu sebelum mengambil barang kemas milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM30,000," katanya ketika dihubungi, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |