Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Dua maut, dua parah ditembakOleh RIZAM ZAKARIYA
BATU KAWAN – Kegembiraan sekumpulan empat sahabat menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di daerah ini tidak bertahan lama apabila dua daripada mereka maut manakala dua lagi parah akibat ditembak oleh penjenayah yang dipercayai pembunuh upahan. Kejadian pada pukul 10.30 malam kelmarin itu berlaku ketika kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat mangsa itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun dekat sini. Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, sebuah motosikal dipercayai berhenti beberapa meter dari pikap tersebut sebelum pemboncengnya turun dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa. "Dua mangsa iaitu G. Suresh, 27, dari Bukit Beruang, Melaka dan S. Kannan, 37, dari Batu Berendam mati akibat cedera parah ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ). "Dua lagi mangsa yang dikenali sebagai Ravi, 38, dan Mariappan, 58, dilaporkan kritikal dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ akibat cedera di dada dan tangan kiri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sekolah Cina, Tamil wajib dikekal Posted: Sekolah Cina, Tamil wajib dikekalKUALA LUMPUR - Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berpendapat cadangan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bukan idea yang baik serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, sistem persekolahan seumpama itu sudah lama wujud sebelum kemerdekaan dan adalah amat sedih untuk melihat masih ada orang yang mempersoalkan mengenainya. "Kami membantah dengan keras syor tersebut kerana ini adalah salah satu hak di bawah Perkara 152 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan. "Berdasarkan undang-undang tersebut, tiada pihak yang boleh melarang atau menghalang daripada menggunakan sekolah tersebut untuk belajar dan mengajar," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Teksi bandar beroperasi di KLIA Posted: Teksi bandar beroperasi di KLIAOleh SUHANA MD. YUSOP SYED HAMID (kiri) melawat aras satu terminal yang akan menempatkan operasi teksi bandar di KLIA, Sepang semalam. SEPANG- Pemandu teksi bandar akan dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bermula esok. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, teksi bandar akan beroperasi di aras satu, manakala teksi limosin pula di aras tiga terminal utama KLIA. "Penumpang yang memilih menggunakan perkhidmatan teksi bandar perlu membeli kupon berharga RM2 di kaunter sebelum menaiki teksi dan caj perjalanan mengikut meter. "Melalui perkhidmatan ini juga, tempoh menunggu bagi penumpang dijangka dapat dikurangkan tidak melebihi 10 minit berbanding sebelum ini kira-kira 50 minit," katanya pada majlis pelancaran Pelaksanaan Sistem Dua Peringkat (Teksi Bandar/Limosin) di KLIA di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |