{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Harga keindahan alam

Posted: 26 May 2013 11:45 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Sumber air bersih merupakan antara sumbangan besar ekologi kepada manusia.

SANGGUPKAH anda membayar sejumlah harga bagi menghirup udara segar atau menghayati keindahan sesebuah kawasan hutan rekreasi?

Jika di negara-negara maju, rakyatnya dikenakan bayaran yang tinggi semata-mata untuk menikmati keindahan hutan yang hanya 'sekangkang kera'.

Malah, ada sesetengah negara, hutan yang dimiliki bukanlah hutan semulajadi, sebaliknya ditanam semula bagi memastikan khazanah tersebut terus dapat dinikmati oleh rakyatnya. Tetapi perlu dibayar jika mahu menikmatinya.

Tidak percaya? Jika anda berpeluang melancong ke negara seperti Jepun mahupun Amerika Syarikat atau mana-mana negara moden, jangan terkejut dengan kadar bayaran yang tinggi dikenakan biarpun hanya untuk tujuan bersantai atau bersiar-siar dalam kawasan hutan.

Perkara tersebut merupakan amalan negara-negara maju bagi mendidik rakyatnya menghargai hutan kerana hutan yang mereka miliki semakin berkurangan akibat dihimpit pembangunan.

Di Malaysia, kita amat bertuah kerana dikurniakan hutan hujan tropika yang tidak ternilai harganya malah masih luas.

Namun, sejauh manakah kita sebagai rakyat negara ini menghargainya? Bagaimanakah cara terbaik untuk kita menunjukkan penghargaan terhadap hutan yang masih ada?

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod, Malaysia amat komited dalam memelihara serta memulihara hutan.

Sebab itu katanya, pelbagai strategi dan polisi diperkenalkan untuk memulihara khazanah yang tidak ternilai tersebut.

"Salah satu strateginya adalah menggunakan kaedah ekonomi bagi memastikan penggunaan sumber semulajadi secara mampan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian seminar Bayaran bagi Perkhidmatan Ekosistem (PES), Bagi Hutan Hujan Tropika yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Jelasnya, keadaan masa kini yang kian mencabar menjadikan program pemuliharaan hutan merupakan tanggungjawab yang amat berat bagi pihak kerajaan.

Ini kerana hasil hutan iaitu balak merupakan sumber yang memberikan pulangan ekonomi kepada negara selama ini.

Persoalannya, adakah setimpal bayaran yang dikenakan berbanding perkhidmatan sebenar yang diberikan oleh sesebuah kawasan hutan kepada komuniti dan negara secara umumnya?

Putrajaya MTB Jamborace 2013

Posted: 18 May 2013 02:00 AM PDT

PESERTA bersedia dengan basikal masing-masing di garisan perlepasan bagi berentap dalam Putrajaya MTB Jamborace.

KEJAYAAN mengumpulkan lebih 1,000 peserta dalam acara tahun lalu memberi petanda bahawa Putrajaya MTB Jamborace (PMJ) yang telah diadakan sejak 2011 mendapat sambutan yang menggalakkan.

Berbeza dengan penganjuran pada tahun-tahun yang sebelumnya, PMJ yang diadakan pada 20 April lalu lebih tertumpu kepada perlumbaan melibatkan pengayuh-pengayuh tegar basikal gunung.

Acara tahun ini telah mengehadkan penyertaan kepada lebih 400 peserta termasuk penyertaan daripada peserta antarabangsa yang berentap menerusi lima kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki (1&2), Junior (18 tahun dan ke bawah), Terbuka Wanita, Veteran (40 tahun dan ke atas) dan Elit.

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) melalui acara ini mahu mempromosikan eksplorasi taman-taman landskap di Putrajaya dalam acara yang berkonsepkan jamboree dan race.

Pengarahnya, Yuhaini Yusoff berkata, acara tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia tetapi turut mempopularkan pelancongan berbasikal di negara ini.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak taman-taman di Putrajaya yang boleh dijadikan taman riadah untuk aktiviti berbasikal.

Acara ini juga merupakan salah satu pendedahan kepada umum untuk menggunakan taman-taman yang ada di Putrajaya dengan sebaik mungkin," katanya.

Laluan trek berbasikal sejauh 6.3km untuk satu pusingan menjadi medan taruhan dalam cabaran berbasikal yang 50 peratusnya adalah laluan denai manakala sebahagian lagi adalah jalan tar yang kebanyakannya merupakan laluan berbukit.

Acara yang dikendalikan oleh Red Adventure Sdn. Bhd. selaku pengurus acara dan mendapat kerjasama daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ini juga diharap dapat menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur, Azmi Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan & Kawalan Landskap,Jabatan Landskap dan Taman, PPJ, Norhaliza Bt Hanifah.

Apa yang lebih menarik, peserta PMJ 2013 kali ini merupakan antara perintis yang mula-mula merasai pengalaman baru di laluan trek berbasikal di sekitar kawasan

Taman Rimba Alam yang terletak

di Presint 15, Putrajaya.

Laluan trek jamborace untuk acara ini baru sahaja direka dan dibuka untuk kegunaan orang awam yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini.

Penganjuran acara ini juga sebagai acara permulaan dalam salah satu usaha mempromosikan Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini memandangkan tahun hadapan adalah tahun melawat Malaysia. - LAILISUHANA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat