{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


RM1.3j bina, baiki rumah bekas anggota tentera di Kelantan, Terengganu

Posted: 10 Jun 2013 02:54 AM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan memperuntuk RM1.3 juta bagi membina 27 rumah serta membaik pulih 11 kediaman bekas anggota tentera di Kelantan dan Terengganu tahun ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia cawangan Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman, berkata semua rumah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 200 kediaman yang bakal dibina dan dibaik pulih di seluruh negara.

"Bagi Kelantan, kita bina 17 rumah baharu dan empat dibaik pulih manakala bagi Terengganu pula, sebanyak 10 dibina baharu dan tujuh dibaik pulih," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Rayuan Hari Pahlawan di Wisma Pahlawan di sini, hari ini.

- BERNAMA

Najib ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Latifah Omar

Posted: 10 Jun 2013 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Latifah Omar yang meninggal dunia, semalam.

"Takziah kepada keluarga Allahyarham seniwati Latifah Omar atas pemergian beliau. Negara kehilangan seorang lagi legenda terkemuka. Al-Fatihah," katanya dalam tweet terbaru beliau.

Latifah, 74, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit usus pada jam 6.19 petang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat di sini, hari ini.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat