{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelajar IPTA di Pantai Timur hina lagu Negaraku

Posted: 10 Jun 2013 01:57 AM PDT

KERATAN laman sosial Facebook milik "Mohd Farizal" yang didedahkan oleh blog Angin Perubahan hari ini yang menunjukkan penghinaan terhadap lagu Negaraku.

KUALA LUMPUR 10 Jun - Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah negeri di Pantai Timur didakwa telah menghina lagu Negaraku di laman sosial.

Perkara itu didedahkan oleh blog Angin Perubahan dalam entri terbarunya hari ini.

Ekoran penghinaan terbuka itu pemilik akaun Facebook tersebut, "Mohd Farizal" telah dikecam oleh beberapa pengikut-pengikut laman sosialnya.

Lelaki terbabit telah bertindak mengubah suai senikata lagu Negaraku dengan perkataan-perkataan yang menjijikkan terhadap tanah air dan raja-raja Melayu.

Antaranya "Negaraku, tanah tumpahnya maniku. Rakyat hidup miskin dan makan taik... Tuhan, matikanlah raja kita, masuk kubur... Tuhan, masukkan raja kita ke negara jahannam..."

Sebelum ini, beberapa individu telah menggunakan laman-laman sosial terutama Facebook untuk menghina Rasulullah SAW, agama Islam, institusi raja-raja Melayu dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka boleh menjejaskan keharmonian negara. - UTUSAN ONLINE

Gadis 13 tahun hilangkan diri dirayu pulang

Posted: 10 Jun 2013 01:43 AM PDT

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

MELAKA 10 Jun - Tiada apa yang yang lebih menggembirakan ibu bapa Siti Nur Nilam Sari Zamri, 13, ketika ini selain mengharapkan anak gadis mereka yang hilang sejak lima hari lalu pulang dalam keadaan selamat ke pangkuan keluarga.

Zamri Ajid, 39, dan isterinya, Siti Rahayu Amat, 35, berkata, anak gadis mereka dipercayai menghilangkan diri selepas mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Riduan.

Siti Rahayu berkata, ketika melarikan diri, Siti Nur Nilam Sari yang berkulit hitam manis mempunyai ketinggian 168 sentimeter dan berat 48 kilogram, dipercayai memakai baju T putih, baju sejuk warna kelabu, berseluar jean dan membawa beg tangan warna hitam berisi barang kosmetik.

Menurutnya, malam sebelum kejadian iaitu pada 4 Jun lalu dia dan keluarga sempat makan malam bersama sebelum menghantar anak sulungnya itu ke rumah neneknya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai pada pukul 11 malam.

"Bagaimanapun keesokan harinya iaitu kira-kira pukul 1 petang saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa anak saya tiada di rumah neneknya.

"Saya kemudian bergegas ke rumah emak saya dan mendapati anak saya tiada dalam biliknya dan saya percaya dia telah melarikan diri.

"Ini kerana saya diberitahu oleh ayah saya ketika dia bangun untuk sembahyang subuh pada pukul 6.30 pagi, pintu di bahagian dapur dilihat sedikit terbuka namun ketika itu ayah saya tidak mengesyaki apa-apa," katanya.

Siti Rahayu dan suaminya membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga pada pukul 8.30 malam 5 Jun lalu berhubung kehilangan anaknya itu.

Kata kerani di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ying Chye, Bukit Rambai itu, Siti Nur Nilam Sari dipercayai masih di Melaka kerana yakin anaknya itu tidak dapat bergerak jauh kerana kad pengenalan anaknya masih ada dalam simpanannya.

Katanya, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Cina Melaka itu langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, memberontak atau menunjukkan tanda mempunyai kekasih sebelum kejadian.

"Anak saya seorang pendiam dan saya hanya tahu dia mempunyai kekasih dan telefon bimbit daripada sepupu saya dan menurut sepupu saya, anak saya memberitahunya telefon bimbit itu diberikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Riduan.

"Saya berusaha mencari anak saya termasuk menemui rakan baiknya di sekolah dan dimaklumkan bahawa dia pernah mengadu sekiranya lari dari rumah akan mengikut lelaki bernama Riduan, 23, yang berasal dari Sungai Rambai.

"Saya juga cuba ke Sungai Rambai untuk menemui sepupu rakan sekolah anak saya itu dan dia memperkenalkan saya kepada seorang gadis berusia 14 tahun yang merupakan bekas kekasih Riduan namun, saya terkejut apabila dimaklumkan Riduan hanya nama samaran," katanya.

Siti Rahayu berkata, dia turut mengedarkan poster kehilangan anaknya itu di negeri ini sebagai ikhtiar dan memohon sesiapa yang mempunyai maklumat tentang anaknya agar segera memaklumkan kepada balai polis berdekatan atau menghubungi talian 017-6650823 atau 017-2541997. - UTUSAN ONLINE

Tambahan 4,000 anggota polis baharu

Posted: 10 Jun 2013 01:40 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

KUALA TERENGGANU 10 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses pengambilan 4,000 anggota baharu pelbagai pangkat seperti yang terkandung dalam akujanji kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pengarah Pengurusannya, Datuk Mortadza Nazarene berkata, pengambilan itu bagaimanapun akan turut bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada dalam pasukan berkenaan.

Beliau berkata, pengambilan tersebut dijalankan secara berperingkat-peringkat dan mereka yang terkandas khususnya ketika sesi temuduga awal akan disenaraikan sebagai calon simpanan.

"Kita ada tiga pengambilan iaitu konstabel daripada kalangan lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), lulusan diploma untuk kadet sarjan dan pemegang ijazah untuk jawatan inspektor. Pengambilan ini dibuat secara berperingkat-peringkat," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Negara 2013 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini malam tadi. Yang hadir sama Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa dan Timbalannya, Datuk Hamzah Md. Jamil. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat