Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Mekanik didakwa cuba bunuh anggota polis Posted: 12 Jun 2013 02:38 AM PDT SHAH ALAM: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dengan memandu kereta dengan laju dan tidak berhenti di sekatan jalan raya, Februari lalu. Muhammad Fakhrul Radzi Mohd Murad, 32, didakwa cuba membunuh Koperal Umar Ojek di sekatan jalan raya di tepi Jalan Persiaran Bistari, Seksyen 7, di sini, pada jam 9 malam, 26 Februari lalu.
Majistret Nurul Syahida Zainal membenarkan Muhammad Fakhrul Radzi dibebaskan dengan jaminan RM3,500 serta seorang penjamin dan menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman Norden Zamery. - BERNAMA |
Hanya mahkamah boleh putuskan pilihan raya diadakan semula atau tidak: Aziz Yusof Posted: 12 Jun 2013 02:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya mahkamah boleh memutuskan sama ada perlu diadakan pilihan raya semula bagi kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13 lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. "Proses ini tidak hanya tamat di mahkamah tinggi kerana mereka juga boleh membuat rayuan di mahkamah persekutuan dan keputusan itu adalah muktamad," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah radio Nasional FM di Angkasapuri di sini hari ini.
Katanya, apabila mahkamah berkenaan memutuskan ada keputusan kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang tidak sah atau batal, dan pilihan raya perlu diadakan semula, maka SPR akan melaksanakannya. "Buat masa ini, SPR tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan supaya pilihan raya diadakan semula kerana desakan sesetengah pihak," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, SPR belum dapat mengenal pasti jumlah petisyen yang difailkan oleh calon parti-parti politik berhubung proses dan keputusan pilihan raya umum lepas. "Sehingga lewat petang semalam tidak ada satu pun yang disampaikan kepada SPR walaupun dalam laporan media menyatakan bilangan tertentu," katanya.
Mengulas mengenai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memboikot sidang Parlimen yang akan bermula 24 Jun ini, beliau berkata parti itu perlu berhenti daripada mengingkari peraturan yang ditetapkan Parlimen. "Jika tidak angkat sumpah tidak boleh masuk bersidang, kalau tak mahu (angkat sumpah) apa jadi sampai 6 bulan?" katanya. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |