{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Kematian kakitangan UMT akibat virus kencing tikus - Pengarah Kesihatan

Posted: 14 Jun 2013 03:13 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lalu setelah menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis).

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman, berkata sehubungan itu jabatan telah menjalankan ujian terhadap anggota keluarga lelaki itu dan mereka yang berhubungan dengannya.

"Ujian dibuat ke atas 63 orang termasuk mereka yang telah bersama menyertai aktiviti di Pulau Bidong dan hasilnya mendapati mereka tidak dijangkiti penyakit itu dan berada dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan pengesahan itu, jabatan mengambil langkah menutup sementara Pusat Penyelidikan UMT di Pulau Bidong untuk pembersihan dan semua aktiviti hendaklah diberhentikan sehingga keputusan sampel persekitaraan yang diambil diketahui.

Dr Anwa berkata jabatan turut menasihatkan nelayan yang singgah di Pulau Bidong agar tidak menggunakan kemudahan yang ada di pulau itu.

Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan awal virus itu di Pulau Bidong termasuk melakukan penilaian risiko persekitaran yang meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus.
"Di samping itu, penilaian juga dibuat atas kemudahan sanitasi yang disediakan seperti tandas dan bilik mandi serta pengurusan air di permukaan dan sisa air limbah.

"Sebanyak 16 sampel persekitaran iaitu 11 sampel sumber air dan lima sampel tanah telah diambil dan keputusan persampelan dijangka diperoleh selepas dua minggu lagi," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang pekerjaan mereka terdedah kepada air atau tanah yang tercemar agar memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan, menutup luka-luka kulit dengan balutan kalis air, mencuci dengan air bersih selepas pendedahan dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala.

Orang ramai juga dinasihat menjaga rumah dan premis mereka agar bebas daripada tikus dan pembawa-pembawa kuman yang lain, manakala bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, vaksin leptospirosis boleh diberikan, katanya. - BERNAMA

Malaysia cadang jalin kerjasama baru bidang keselamatan siber dengan Indonesia

Posted: 14 Jun 2013 03:10 AM PDT

JAKARTA: Malaysia mencadangkan kerjasama baharu dengan Indonesia di bidang keselamatan siber dengan Indonesia dalam usaha kedua-dua negara memerangi jenayah siber.

Cadangan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membabitkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Indonesia.

"Jenayah siber kini adalah satu cabaran baru di bidang keselamatan dan ia berkait rapat dengan jenayah perdagangan seperti pengubahan wang haram, pecah amanah dan pengelakan cukai," katanya di sini.

Ahmad Zahid berada di sini dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia selepas dilantik Menteri Dalam Negeri Malaysia yang baru.

Beliau turut bertemu Ketua Polis Indonesia, Jeneral Timur Pradopo pada Khamis dan dalam pertemuan itu, mereka membincangkan usaha meningkatkan lagi hubungan kerjasama antara PDRM dan Polis Indonesia bagi berdepan cabaran jenayah alaf baru.

"Saya ingin memaklumkan bahawa PDRM dan Polis Indonesia mempunyai hubungan kerjasama yang baik dan erat, terutama di peringkat operasional.

"Bagaimanapun, hubungan kerjasama ini perlu ditingkatkan lagi dalam menghadapi cabaran jenayah alaf baru," katanya di sini hari ini.
Hari ini, Ahmad Zahid bertemu Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro dan Menteri Dalam Negeri Indonesia Gamawan Fauzi.

Dalam kerjasama menangani masalah jenayah, beliau meminta Polis Indonesia berkongsi pangkalan data Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Perkongsian maklumat ini akan memudahkan semakan biodata calon-calon TKI yang datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan," katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia dan Indonesia akan turut mempertingkat kerjasama dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah.

"Malaysia yang menghadapi masalah sebagai pusat transit penyeludupan dadah dari Iran, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan berkongsi maklumat dengan Polis Indonesia bagi membanteras penyeludupan dadah di rantau ini," katanya.

Beliau juga berkata kerjasama kedua-dua negara sangat signifikan dalam menangani jenayah bentuk baru seperti jenayah rentas sempadan yang semakin sofistikated serta memerlukan pencegahan dan pengesanan awal yang berkesan. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat