Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Jun 2013 10:54 AM PDT Shah Alam: Kira-kira 20 keluarga yang menetap di Pangsapuri Indahria, Batu Tiga, di sini, nekad untuk berpindah kerana bimbang tragedi 'Highland Towers' berulang selepas buntu memikirkan masalah mendapan di pangsapuri itu masih gagal diselesaikan sejak 2009 sehingga kini. Pangsapuri 15 tingkat yang didiami kira-kira 1,000 penduduk itu kini semakin kritikal kerana struktur bangunan yang condong akibat rekahan tanah teruk yang berpunca daripada laluan air bawah tanah.
Penduduk memohon pihak bertanggungjawab agar menyegerakan proses pembaikan rekahan itu.
JALAN ke Pangsapuri Indahria retak. TIANG cerucuk Pangsapuri Indahria yang tergantung akibat hakisan tanah. "Keadaan mendapan di kawasan ini semakin teruk dan saya khuatir tragedi seperti yang berlaku pada Highland Towers menimpa keluarga saya. Sebelum ia berlaku lebih baik saya mengambil jalan yang lebih baik iaitu berpindah ke kediaman yang lebih selamat," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Seorang lagi penduduk, Aimanudin Kamaruddin, 38, berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu 3, Rodziah Ismail memberikan kata putus yang berbeza dengan pemaju sehingga penduduk menjadi keliru.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |