{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Shahidan ledak lagi!

Posted: 11 Jun 2013 01:14 PM PDT

Shahidan dakwa FAM guna peraturan undang-undang tidak siuman

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan peraturan digunakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai undang-undang tidak siuman.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) itu berkata, ini kerana FAM bersikap pilih kasih kerana tidak mengambil tindakan terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan jurulatih, Datuk K Rajagobal yang mengkritik bertalu-talu badan induk bola sepak negara itu.
Orang tolong dia (FAM), terima kasih pun tidak, tapi nak hukum, ini undang-undang tidak siuman, kerana saya tolong, ucaplah terima kasih, walaupun undang-undang kata saya tak boleh tolong... kalau tak boleh tolong, pasal apa mahu kacau saya?" Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau digantung 30 bulan dan denda RM39,000 Februari lalu selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan, termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyalahi Artikel 88 FAM.

Yang terbaru, beliau akan dibicarakan kerana mempersoalkan kegagalan badan induk bola sepak negara itu membantu PFA yang kini menghadapi masalah kewangan untuk membayar gaji pengurusan dan pemain.

Kenapa kacau saya
"Orang tolong dia (FAM), terima kasih pun tidak, tapi nak hukum, ini undang-undang tidak siuman, kerana saya tolong, ucaplah terima kasih, walaupun undang-undang kata saya tak boleh tolong... kalau tak boleh tolong, pasal apa mahu kacau saya.

"Kenapa PFA kacau saya kalau saya tidak boleh campur tangan, Annuar Musa keluar kenyataan hari-hari dia tak kata apa, kemudian Rajagopal tak kena gantung, Tunku Mahkota Johor gantung sikit tapi bila kena pada saya, macam-macam.

"FAM ingat saya rakyat marhain yang boleh dibuat macam-macam," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada Ahli Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Ke-13, di Parlimen, semalam.

Beliau kesal kerana walaupun tahu PFA sudah tidak ada duit untuk membayar gaji pemain, FAM tidak menghulurkan bantuan.

"Orang yang bercakap ini tidak pernah mengkaji, hanya bercakap saja... sudahlah, pecatlah dan gantung saya seumur hidup....boleh 'blah' lah kata pada dia (FAM)," katanya yang turut mengajak rakyat supaya sama-sama mengkritik tindakan FAM yang disifatkannya sebagai pelik.

Shahidan mendakwa setiap minggu beliau terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih RM11,000 bagi membolehkan PFA membayar gaji pengurusan dan pemain.

"Sekarang beratus ribu ringgit diambil sejak saya digantung, FAM tak tolong PFA... macam mana saya tak bagi, mereka tak ada duit, saya pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa pegang janji.. mereka pemimpin apa, pemimpin penyamun ke?," katanya.

Apapun sebenarnya Shahidan tidak boleh memegang jawatan dalam mana-mana persatuan sukan di negara ini selepas dilantik sebagai Menteri di JPM dan sekiranya FAM menggantung seumur hidup bekas Menteri Besar Perlis itu, ia tidak membawa apa-apa makna pada dirinya.

Canberra FC kecewa akhbar Malaysia perlekeh pemain

Posted: 11 Jun 2013 01:08 PM PDT

Kuala Lumpur: Kelab Liga Perdana ACT, Canberra FC kecewa dengan laporan akhbar Malaysia yang memperlekeh kemampuan pemainnya ketika menewaskan skuad Harimau Malaya 3-2 pada aksi persahabatan di Stadium Deakin, Canberra, Australia, Khamis lalu.

Presiden Canberra FC, Marco Vrkic berkata, kelab itu berasa sangat terhina kerana dilabel oleh media Malaysia sebagai pemain terdiri daripada juru elektrik, mekanik dan tukang paip.

"Kami berasa cukup terhina dengan tindakan media Malaysia kerana kelab kami adalah kelab bola sepak yang cukup serius dan berjaya menghasilkan ramai pemain ternama.
Media Malaysia tidak menghormati kelab kami. Ia amat mengecewakan kerana kebanyakan pemain yang beraksi pada 6 Jun lalu adalah mereka yang menjalani ujian percubaan dengan beberapa kelab Liga-A." Marco Vrkic, Presiden Canberra FC

"Media Malaysia tidak menghormati kelab kami. Ia amat mengecewakan kerana kebanyakan pemain yang beraksi pada 6 Jun lalu adalah mereka yang menjalani ujian percubaan dengan beberapa kelab Liga-A.

Isu sembilan pemain

"Malah, ada yang sudah beraksi di Asia dan seorang baru pulang dari England untuk ujian percubaan kedua.

"Kami juga menjemput lima pemain terbaik di Canberra untuk memastikan pasukan lebih kuat untuk perlawanan itu," katanya menerusi surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kemudian diedarkan kepada media, semalam.
Bagaimanapun, beliau mengakui memang tidak semua pemain dalam skuad Canberra FC adalah pemain profesional.

Apapun, isu pemain sambilan ini sebenarnya bukan ditimbulkan media Malaysia, sebaliknya berdasarkan laporan akhbar tempatan di Canberra iaitu The Canberra Times dengan tajuk 'Pemain sambilan catat kemenangan ke atas pasukan kebangsaan'.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat