Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 17 Jun 2013 01:29 PM PDT Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya mendengar pandangan ahli gabungan yang berpengalaman sekiranya tidak mahu mendengar cakapnya yang dianggap sebagai 'menteri hingusan'. Sindiran pedas Khairy itu sudah pasti memberi petanda jelas beliau turut menuntut FAM tampil memberi penjelasan ke mana wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), dibelanjakan.
Tahu apa berlaku dalam FAM Beliau berkata, semuanya kini terpulang kepada FAM untuk memberi butiran ke mana wang tajaan itu dibelanjakan kepada Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim. "Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM sebelum ini dan tahu apa yang berlaku dalam badan induk itu tetapi saya tidak mahu ulas panjang mengenai hal ini. "Bagi saya, FAM perlu mendengar apa yang disuarakan oleh ahli gabungan dan peminat bola sepak tempatan," katanya. |
Posted: 17 Jun 2013 01:25 PM PDT Kuala Lumpur: Sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran kepada Tan Sri Annuar Musa supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti yang ada kaitan dengan sukan bola sepak kelolaan badan induk itu kerana masih menjalani hukuman penggantungan selama dua setengah tahun. Amaran yang turut meminta beliau tidak membuat sebarang kenyataan media itu diterima menerusi sepucuk surat dikeluarkan oleh sekretariat terbabit bertarikh 14 Jun lalu sehari selepas beliau merasmikan majlis pelancaran telefon pintar edisi The Red Warriors di Kota Bharu. "Ia tiada kaitan dengan jawatan Timbalan Presiden FAM atau Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, semalam. Atas dasar peribadi Annuar berkata, FAM hanya berkuasa menghalangnya terbabit dalam apa sahaja aktiviti bola sepak yang dikelolakan badan induk itu sekiranya beliau menggunakan kedudukan dan jawatan yang digantung itu. "Bagaimanapun, jika saya berbuat demikian atas dasar peribadi dan kapasiti Ahli Parlimen Ketereh, FAM tidak boleh menghalang saya," katanya. "Tak pernah terlintas dalam fikiran saya - memberi pandangan terhadap penjualan tiket menjadi satu kesalahan sehingga FAM mengeluarkan surat amaran. Saya tidak dapat bayangkan apa jenis dan corak pemikiran mereka yang terbabit," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |