Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 17 Jun 2013 10:08 AM PDT Kuala Lumpur: Jangan ganggu Paul Revington dan pihak pengurusan perlu berhenti daripada bermain politik. Itu desakan seorang pemain kebangsaan yang berharap pengendali skuad hoki negara itu tidak diganggu lagi selepas beliau bersetuju untuk menarik balik keputusan meletak jawatan.
"Sebagai pemain kami memahami apa yang dimahukan oleh Revington dan memang benar beliau tidak suka mana-mana pihak mengganggunya ketika bersama skuad negara kerana ia mungkin hanya akan menjejaskan tumpuannya.
PEMAIN hoki negara tetap berlatih walaupun tanpa kehadiran Revington. "Saya tak nafikan ada individu dalam MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) menjalankan tugas untuk kepentingan tertentu," katanya.
"Tanyalah kepada semua yang arif dengan dunia hoki tempatan, mereka pasti kenal siapa sebenarnya Sarjit.
|
Khairy tak mahu bazir wang rakyat Posted: 17 Jun 2013 10:05 AM PDT Putrajaya: Masih belum ada sebarang keputusan dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pembinaan velod rom tertutup bertaraf antarabangsa. Beliau menegaskan, biarpun ada sentimen kenegerian berhubung pembinaan velodrom itu di Negeri Sembilan, Khairy berkata banyak aspek perlu diambil kira kerana ia wang rakyat. Katanya, apa yang dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad adalah tidak tepat justeru beliau sudah meminta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong untuk menegur Naim.
"Saya tidak hadir pada perbincangan minggu lalu dan ia hanya di peringkat awal perbincangan berhubung pembinaan velodrom itu sama ada di Nilai atau mengikut cadangan daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) di Cheras.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |