{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search


Gambar Penyelia Ladang <b>Felda Sahabat Lahad Datu</b> Mati Dibunuh

Posted: 15 Jun 2013 10:29 AM PDT


Seorang penyelia ladang berusia 27 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman dan kecederaan di bahagian kepala di Felda Sahabat, dekat sini hari ini.

Mayat lelaki, yang bekerja di Felda Sahabat sejak 11 bulan lalu itu, dijumpai terbaring di atas jalan di kawasan itu kira-kira 5.15 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Khiuet Khiun berkata polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun kira-kira 1 tengah hari ini di kawasan Felda Sahabat 7 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai kesan darah pada bahagian tayar dan bawah kenderaan namun pihaknya belum menemui senjata yang digunakan dalam kejadian itu. - Bernama

Menurut sumber Majalah Review Malaysia, nama mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Nor Azfar Noh

Mangsa yang berusia 27 tahun itu dikatakan baru bekerja di Felda Sahabat lebih kurang dari setahun dan berasal dari Kota Tinggi, Johor.

PEMBUNUHAN NGERI di <b>Felda Sahabat</b> 10, <b>Lahad</b> <b>...</b> - celah gelegar

Posted: 15 Jun 2013 08:26 PM PDT


SHAH ALAM - "Saya menafikan sekeras-kerasnya pembunuhan lelaki ini ada kaitan dengan dendam yang dibuat oleh kaum Sulu."

Itulah kenyataan yang dibuat Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat mengenai kes kematian seorang lelaki di Felda Sahabat 10 di Lahad Datu, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berumur 27 tahun ditemui mati oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Fajering di atas jalan raya, kira-kira 1.5 kilometer daripada Balai Polis Cenderawasih.

Katanya, daripada laporan tersebut, sepasukan anggota forensik daripada Balai Polis Cenderawasih bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan forensik mendapati kepala mangsa pecah dan terdapat kesan lubang di bahagian perut sebelah kanan.

"Kami percaya bahawa mangsa ditikam di perut dengan senjata tajam," katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

Susulan kes tersebut, seorang lelaki yang berumur 39 tahun dipercayai suspek kes ini ditahan bagi membantu siasatan.

"Suspek dipercayai orang terakhir bersama mangsa kerana suspek dipercayai datang ke rumah suspek di Felda Sahabat 42 untuk mengajak suspek keluar ke kedai untuk minum.

"Selain itu, terdapat kesan darah di bawah kenderaan suspek dan pihak polis merampas kenderaan milik suspek," katanya.

Shamsudin berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Katanya, pihak polis masih lagi menyiasat motif kes ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat