{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Program Dana Raya diteruskan

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh NIK JASNI CHE JAAFAR
utusanterengganu@utusan.com.my

MAZLAN NGAH

KUALA TERENGGANU 17 Jun - Kerajaan negeri akan meneruskan program Dana Raya bagi membantu golongan rakyat yang berkelayakan menerimanya agar mereka dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih ceria.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, bantuan antara RM200 dan RM300 itu yang merupakan suatu tradisi tahunan tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya.

"Bagaimanapun untuk pembahagian tahun ini kita akan teliti dulu garis panduan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi bagi menentukan kelayakan seseorang," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menutup Seminar Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu, di Muzium Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa bantuan itu yang mencecah lebih RM50 juta pada tahun lalu akan dihentikan kerana bertindih dengan beberapa program bantuan yang lain.

Menyentuh tentang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mazlan berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk menyambung tempoh perkhidmatan anggota sehingga akhir tahun ini.

"Tempoh perkhidmatan JKKK telah tamat pada Mac lepas, bagaimanapun kita sambung sehingga sekarang dan dilanjutkan sehingga Disember depan," katanya.

Namun menurut Mazlan, organisasi itu boleh dirombak pada bila-bila masa mengikut keperluan setempat seperti terdapat anggota yang uzur dan tidak lagi berkemampuan menerajui dengan berkesan.

Industri bantu kurangkan pengangguran

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

MUSTAPA MOHAMED

KOTA BAHARU 17 Jun - Syarikat industri yang beroperasi di Pengkalan Chepa di sini banyak membantu mengurangkan masalah pengangguran di negeri ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada penduduk setempat melalui syarikat yang beroperasi di Pengkalan Chepa.

Masalah pengangguran yang berlaku di negeri ini berpunca daripada kekurangan syarikat atau kilang yang menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk, katanya kepada pemberita ketika berucap pada Majlis Makan Malam CEO Syarikat Industri Pengkalan Chepa di sini malam tadi.

Lebih 10 ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat yang beroperasi di Pengkalan Chepa hadir untuk berdialog bersama Mustapa bagi membincangkan masalah dalam mengurus tadbir sesebuah syarikat.

Mustapa berkata, ekoran kekurangan peluang pekerjaan di Kelantan, golongan muda dari negeri ini berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perkilangan.

"Kekangan utama kita adalah kita tidak mempunyai ruang seperti tanah yang cukup untuk membina kilang bagi menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun kementeriannya akan terus membantu meningkatkan pencapaian syarikat supaya ia lebih maju.

"Dengan bantuan tersebut, ia sekali gus akan turut membantu syarikat berkaitan seperti pembekal untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk," katanya. - BERNAMA

Tender terbuka lombong masih dalam kajian

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

KOTA BHARU 17 Jun - Kerajaan Pas Kelantan masih melakukan kajian lanjut termasuk aspek perundangan dan agama dalam soal pelaksanaan tender terbuka kepada syarikat yang mahu menjalankan aktiviti perlombongan di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini pihak yang mahu mendapat kawasan konsesi perlombongan di negeri ini harus membuat permohonan dengan mengisi borang 5A bagi kawasan sehingga 400 hektar dan borang 6A bagi kawasan melebihi 400 hektar dengan maklumat lengkap mengenai syarikat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli negeri berkata, syarikat yang memohon perlu memenuhi syarat tertentu seperti memiliki modal berbayar tidak kurang RM500,000, lesen cari gali dan penerokaan serta saham syarikat dimiliki 51 peratus oleh bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri bermula Mac lalu telah membekukan semua kelulusan dan permohonan melombong di seluruh negeri Kelantan sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan memutuskan pelaksanaan tender terbuka.

"Kerajaan membuat keputusan laksanakan tender terbuka bertujuan mengawal dan meningkatkan hasil yang akan diperoleh.

"Kita sedang perhalusi kaedah bagaimana tender terbuka hendak dilaksanakan, ada beberapa pandangan dari segi undang-undang dan agama kerana kita tender sesuatu yang tidak nampak, bila selesai kita akan isytiharkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Huzaimy Che Husin (Pas-Perupok) yang mahu penjelasan kerajaan mengenai proses permohonan dan syarat-syarat khusus yang diperlukan bagi memohon kawasan konsesi perlombongan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dalam masa sama, Mohd. Amar turut menolak dakwaan Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) bahawa kerajaan negeri hanya mahu meraih keuntungan politik semasa mengumumkan keputusan melaksanakan tender terbuka tersebut.

"Kerajaan sedang perhalusi cadangan tender terbuka sebelum pengumuman, ini bukan kenyataan politik tetapi diumum Menteri Besar selepas pilihan raya umum, bukan sebelum, fakta kena tepat," kata Mohd. Amar.

Mohd. Adhan dalam soalannya melahirkan kebimbangan bagaimana kerajaan mahu melaksanakan tender terbuka untuk membangunkan kawasan perlombongan kerana berbeza dengan projek pembinaan dan sebagainya.

"Kaedah dalam perlombongan ada dua tahap bermula dari permohonan cari gali untuk menentukan kawasan mempunyai mineral yang dikehendaki dan setelah diketahui keputusannya baharulah kita tahu berapa banyak kuantiti akan diambil dari kawasan tersebut.

"Bagi saya selagi tidak jelas bagaimana kaedahnya ini hanyalah kenyataan politik semasa pilihan raya lalu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat