Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Motosikal 'melekat', tiga terbunuh Posted: 15 Jun 2013 01:19 AM PDT PADANG BESAR: Hasrat bawa anak ke tempat kerja jadi petanda pelik seorang wanita bersama anaknya selepas ibu dan anaknya serta seorang remaja lelaki itu maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua motosikal di kilometer 16, Jalan Guar Nangka di sini, malam semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa , Chen Cha Cha, 35, anak lelakinya Chuah Zheng Zhang, 7, maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan motosikal ditunggang Mohd Affendi Halim, 19, yang juga maut di tempat kejadian. Difahamkan, kedua-dua motosikal berkenaan 'melekat' dalam keadaan remuk selepas bertembung secara berdepan selepas kedua-dua motosikal ditunggang dengan laju.
"Akibat itu, kedua-dua motosikal yang dipandi laju itu bertembung dari arah hadapan sehingga menyebabkan ia melekat dalam keadaan remuk di tengah-tengah jalan berdekatan Kampung Chelom, di sini," katanya, Menurut Che Man, kedua-dua topi keledar yang dipakai kedua-dua mangsa, Cha Cha dan Mohd Affendi hancur manakala kanak-kanak berusia tujuh tahun berkenaan langsung tidak memakai topi keledar. Katanya, polis masih menyiasat kejadian yang meragut nyawa tiga individu berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15 |
Posted: 14 Jun 2013 10:50 PM PDT SUNGAI PETANI: Pelajar Maahad Tahfiz Al-Barokah di Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat sini, ditemui rentung apabila terperangkap dalam bangunan asrama sekolah berkenaan dalam kebakaran, kira-kira 1.50 pagi semalam. Mayat mangsa, Aiman Nur Hakim Yahaya, 13, di tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan oleh pasukan bomba dan penyelamat dipercayai terjatuh selepas lantai tingkat atas diperbuat daripada papan turut rentung. Kejadian berlaku ketika 16 pelajar sedang tidur dalam rumah berkenaan, termasuk mangsa dan tiga rakannya di tingkat atas. Rakan mangsa, Ahmad Salehuddin Abd Rahim,16, berkata dia sudah cuba mengejutkan mangsa yang berada di tingkat atas, tetapi Aiman tidak bangun sebelum mereka terpaksa keluar dari asrama terbabit selepas api semakin marak.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.55 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani serta Tikam Batu bersama 16 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Menurutnya, api berjaya dipadamkan kira-kira 30 minit kemudian dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung di tingkat bawah rumah terbabit. Katanya, pemeriksaan awal mendapati kebakaran berkemungkinan bermula dari tingkat atas rumah itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |