{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Latihan hadapi pengganas langkah awal elak ancaman menular: Panglima Tentera

Posted: 12 Jun 2013 05:58 AM PDT

MEDAN: Eksesais gabungan bersama Malaysia-Indonesia (Malindo) kali ini yang memberi tumpuan kepada latihan menghadapi ancaman pengganas disifatkan sebagai langkah awal untuk dua negara berkenaan mencegah ancaman itu.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata eksesais yang dijalankan bersama Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu turut menekankan aspek latihan operasi ketenteraan dalam menghadapi ancaman itu yang disifatkan beliau sebagai ancaman merentasi sempadan.

"Eksesais ini lebih memberi tumpuan kepada melawan keganasan...pada eksesais lepas yang diadakan di Malaysia, kami ada jalankan latihan melawan ancaman pengganas, namun tidak dilaksana secara menyeluruh.

"Belajar daripada pengalaman lepas, kami telah merangka beberapa strategi untuk dimantapkan pada eksesais kali ini, dan hasil daripada eksesais yang telah kami jalankan, saya amat berpuas hati," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Latihan Gabungan bersama di darat, laut dan udara (Eksesais Malindo Latgabma Darsasa 8AB 2013). Turut Hadir Panglima TNI, Laksamana Agus Suhartono.


Zulkifeli berkata ancaman pengganas yang juga dikenali 'non traditional threat' itu menuntut komitmen kedua-dua pihak untuk bergabung serta saling bertukar maklumat bagi memastikan keselamatan rantau Asean terutama sempadan Malaysia-Indonesia bebas daripada ancaman pengganas. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12

Penganggur dituduh bunuh nenek

Posted: 12 Jun 2013 04:30 AM PDT

IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang nenek berusia 75 tahun pada hujung bulan lepas.

S Sivakumar, 28, dituduh membunuh A Sampuranam di sebuah rumah di Taman Silibin di sini pada 2.30 petang, 28 Mei lepas.

Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 19 Ogos depan sementara menunggu laporan bedah siasat dan DNA.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nobert Liew Chee Vui manakala Sivakumar tidak diwakili peguam. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat