Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Advertorial: Brad Pitt tertarik! Posted: 17 Jun 2013 08:56 AM PDT "Apa yang akan anda lakukan jika anda bangun keesokan harinya dan semua benda tidak berfungsi lagi. Tiba-tiba anda terpaksa berlari sepantas-pantasnya untuk menyelamatkan keluarga anda. Apa yang akan anda lakukan?" tanya Brad Pitt selaku penerbit dan juga teraju utama filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini, 'World War Z'. "Itulah adalah pembukaan kepada babak-babak awal 'World War Z' dan begitulah rentak ceritanya dari awal hingga akhir." Jelas Pitt, pada awalnya dia tertarik dengan projek 'World War Z' kerana meminati aspek penceritaannya yang mengetengahkan aksi yang mendebarkan serta perlumbaan watak protagonis terhadap masa dalam misinya menyelamatkan dunia. "Cerita tentang kemusnahan dunia ni sebenarnya agak menakutkan tetapi itu yang penonton inginkan. Semua ini juga berpunca daripada keinginan saya menghasilkan sebuah filem yang akan disukai anak-anak lelaki saya sebelum mereka berumur 18 tahun."
"Dia tidak boleh terbang, dia tidak boleh membelasah orang-orang jahat. Dia hanya boleh bergantung pada akal, naluri dan pengalamannya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, saya boleh menjanjikan filem ini adalah filem paling 'intense' dan menyeronokkan yang anda akan tonton di pawagam." 'World War Z' akan menemui penonton di pawagam bermula 20 Jun ini. Ingin berjumpa dengan zombi World War Z? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/17 |
Posted: 17 Jun 2013 05:15 AM PDT Kejayaan menguasai sebanyak 77 peratus bersamaan lebih 10 juta penonton Melayu yang memilih TV3 dan TV9 sepanjang Ramadan serta Syawal tahun lalu membuatkan Media Prima Berhad (MBP) kini bersiap sedia mengatur strategi lebih utuh. Sebagai konglomerat media popular dan menjadi pilihan ramai, maka pelbagai program menarik diatur untuk tatapan penonton pada Ramadan serta Syawal ini bersandarkan tema 'Seindah Ramadan' dan 'Anugerah Syawal'. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, TV3 berjaya menjadi saluran nombor satu pilihan penonton Melayu manakala TV9 pula di tempat kedua, tahun lalu. "Tidak hanya pada Ramadan, kedua-dua stesen ini terus menjadi pilihan penonton ketika meraikan Syawal juga. Jadi, ia penanda aras kejayaan yang sangat baik untuk kami memantapkan usaha mengekalkan kecemerlangan ini. KUMPULAN Bunkface muncul membuat persembahan. AHMAD Izham yakin sembutan penonton kekal hebat. AHMAD Izham ( tengah) bersama Adi Putra (kiri) dan Nicholas Saputra.
Pun begitu, terdahulu Ahmad Izham muncul melakukan pembentangan sempena majlis pratonton 'Media Prima TV Networks Ramadan Raya Screenings 2013' di Hotel Alof, Jalan Stesen Sentral, Khamis lalu. Beliau juga berkata, bagi memberi ruang kepada penonton menyaksikan pelbagai program disediakan di mana saja berada tidak kira waktu, ia boleh diikuti secara digital menerusi portal video Tonton. "Kini, kami juga pastikan tontonan tidak hanya di televisyen semata-mata. Apatah lagi, catatan jumlah penonton Tonton di www.tonton.com.my pun menggalakkan iaitu sudah mencecah tiga juta orang. "Apapun, perkara utama adalah program menarik disediakan mengikut cita rasa penonton. Bertepatan dengan kualiti program bertaraf dunia, ia turut disokong pembabitan pelakon terkenal tanah air," katanya. Justeru, Ahmad Izham juga memaklumkan bahawa pelakon di negara ini hendaklah akur dengan populariti yang ada pada diri mereka untuk menjamin peluang muncul di televisyen khususnya stesen di bawah MPB. Tarikan 'rating' barisan pelakon popular Menyedari permintaan penonton lebih menjurus pada barisan pelakon yang popular dan sudah ada nama membuatkan TV3 dan TV9 cukup bersikap selektif. Keutamaan nyata diberikan kepada pelakon dikenali ramai. Walaupun sering menjadi keluhan, pemilihan berdasarkan populariti pelakon oleh stesen penyiaran terbabit adalah salah satu faktor penting sebagai resipi kejayaan untuk mendapat rating tinggi. Dalam soal ini, Ahmad Izham berkata, pemilihan pelakon popular sangat penting untuk memastikan setiap drama atau telefilem disiarkan stesen TV di bawah MPB berjaya mencatat jumlah tontonan yang tinggi. "Pelakon yang sesuai dan popular sememangnya memainkan peranan utama. Justeru, langkah diambil ini adalah tepat kerana mengikut kehendak penonton serta demi memberikan yang terbaik. "Atas sebab itu, campur tangan stesen televisyen untuk memilih sendiri pelakon diinginkan dalam sesebuah penerbitan itu perlu supaya drama atau telefilem dihasilkan tidak gagal "Pun begitu, saya tahu memang ramai yang mengeluh tentang hal ini apabila stesen televisyen yang menentukan pemilihan pelakon. Tetapi pada masa sama, kami juga tak lupa membantu pelakon yang kurang mendapat tawaran menerusi watak tertentu," katanya. Ahmad Izham menegaskan, walaupun sering memilih nama pelakon popular, tetapi pihaknya tidak pernah mengabaikan bakat baru sebagai cara perkenalan kepada penonton. "Walaupun kami memilih hanya yang popular, tetapi bakat pelakon itu juga mesti bagus kerana penonton sekarang sudah bijak menilai yang mana berkualiti dan sebaliknya," kata beliau. Justeru, menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri pada Julai dan Ogos depan, Media Prima meneruskan tradisi menyediakan pelbagai program menarik merangkumi pelbagai genre program seperti persembahan muzikal, dokumentari terbaik, filem, drama popular serta animasi. Sehubungan itu, sempena Ramadan ini TV3 dan TV9 akan menyiarkan program khas seperti Qari Junior 2, Jejak Rasul 19, Bersamamu... Penuhi Impian, Madrasah 2, Sarapan Ramadan, Sembang Sahur dan Tanyalah Ustaz Edisi Ramadan. Malah, bagi sambutan Aidilfitri pula, antara drama terbaik dan eksklusif disiarkan TV3 ialah Karlos Raya, Adnan Sempit Raya, Setia Hujung Nyawa Raya, Melodi Raya 2013, Dikir Stail, Kisah Mualah dan FC Barcelona Asia Tour 2013. Selain itu, ntv7 pula membawakan variasi rancangan bertemakan 'Rasa Raya Rasa Ceria' iaitu konsert Westlife: The Farewell Concert, Big Bang Big Show Concert 2011 serta edisi suntingan khas anugerah Bella Awards 2013. 8TV pula akan menyiarkan program Muslim In China 2013, The 8TV Quickie Raya Special-The Will, Kpop Music Fest In Sydney dan M Countdown: Hello Japan pada Aidilfitri nanti. Pada majlis pembentangan itu juga, MPB mengundang kemunculan penyanyi terkenal, Anuar Zain yang menghiburkan tetamu dengan lagu Lelaki Ini termasuk penampilan khas bintang ternama Indonesia, Nicholas Saputra dan Adi Putra. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |