Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
- Tidak salah menang hasil SMS - Zizan
- Nelydia nafi berbikini di Tioman
- Pecah minta penonton menilai sendiri
Tidak salah menang hasil SMS - Zizan Posted: Tidak salah menang hasil SMS - ZizanSEOLAH-OLAH menepati ramalan ramai, filem arahan Ghaz Abu Bakar, Hantu Kapcai menang besar dengan membolot lima anugerah daripada 13 kategori yang dipertandingkan pada Anugerah Blokbuster 2. Majlis anugerah itu berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor Bahru, Johor pada Sabtu lepas. Filem terbitan Showbiz Sdn. Bhd. itu mengungguli Anugerah Filem Terhebat, Anugerah Filem Aksi Terhebat dan Anugerah Filem Kelakar Terhebat serta turut menang kategori lakonan menerusi dua pelakon yang membintangi filem tersebut iaitu Zizan Razak dan Neelofa. Zizan dan Neelofa masing-masing menggondol Anugerah Hero Terhebat dan Anugerah Heroin Baru Terhebat. Kemenangan Zizan kali ini sekali gus berjaya mengekalkan rekod kemenangan untuk kategori yang sama dua tahun berturut-turut. Pada Anugerah Blokbuster yang kali pertama diadakan pada tahun lepas, Zizan meraih Anugerah Hero Terhebat menerusi filem, Hantu Bonceng. Katanya: "Nampaknya peminat masih tidak jemu-jemu menyokong kerjaya saya sehingga kemenangan kali kedua untuk kategori yang sama dua tahun berturut-turut berpihak kepada diri ini. "Meskipun kemenangan ini dibuat menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), saya tidak nampak sebarang masalah. Ini kerana peminat bukan pandang kepada populariti semata-mata, mereka lihat kepada bakat." Tambah Zizan: "Cerita Hantu Kapcai pula memang menyeronokkan. Penonton memang tidak salah memilih kerana intipati cerita ini memang banyak manfaatnya." Hantu Kapcai juga telah memberi suatu memori indah buat pengacara program Nona dan MeleTOP, Neelofa apabila dia telah memenangi trofi pertama dalam karier lakonannya. ZIZAN bangga kemenangannya berdasarkan undian penonton. "Kemenangan ini akan terpahat dalam sejarah sepanjang saya bergelar anak seni. Saya tidak meletakkan harapan langsung kerana semuanya layak menang. "Sebelum ini saya sering tewas, sampai dah tak rasa apa-apa. Tetapi bila dah menang ini, ia akan menguatkan lagi usaha saya untuk terus berada dalam bidang ini," ulas Neelofa yang bakal tampil menerusi filem Pilot Cafe. Selain Zizan dan Neelofa, Hantu Kapcai turut dibintangi Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Izzue Islam. Sementara selaku pengarah Hantu Kapcai, ujar Ghaz, sebelum Hantu Kapcai secara rasminya muncul sebagai filem yang meraih paling banyak anugerah pada Anugerah Blokbuster 2, dia terlebih dahulu merujuk kepada laporan menerusi laman web Astro Gempak. "Ketika merujuk kepada Astro Gempak, saya mendapati Hantu Kapcai mendahului filem-filem lain. Namun, saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana banyak lagi filem hebat yang layak menggondol trofi kemenangan dan saya hanya menyerahkan segalanya kepada keputusan penonton yang semakin hari semakin bijak menilai filem manakah yang dirasakan harus menang," ujarnya. Ghaz turut menyatakan antara faktor utama yang membawa kepada kejayaan Hantu Kapcai sudah tentu menerusi barisan para pelakonnya yang mantap dan sangat berbakat. "Saya harus menyatakan hampir 70 peratus kemenangan filem Hantu Kapcai datangnya daripada peminat Zizan yang sentiasa menyokong apa sahaja karya yang membabitkan Zizan. Saya akui perkara itu. Kita kena berpijak di bumi yang nyata. "Hebat macam mana pun sesebuah filem itu, ia harus berbalik semula kepada pelakonnya. Selain faktor pelakon, dengan jalan cerita yang menarik, barulah sesebuah filem itu akan berjaya," jelasnya yang ditemui selepas tamat Anugerah Blokbuster 2. Sehubungan dengan kemenangan besar Hantu Kapcai, ujar Ghaz lagi, ura-ura Hantu Kapcai 2 akan diterbitkan semakin nyata. "Insya-Allah, Norman Abdul Halim (selaku penerbit bersama Hantu Kapcai) juga ada menyatakan dia memang tunggu apabila filem ini sudah capai standard yang dimahukan barulah dia akan mulakan penggambaran sekuelnya. Penggambaran akan dimulakan pada tahun depan. "Kami akan mengekalkan pelakon yang sama, malah akan menambah pelakon lain untuk mengembangkan lagi filem ini," ujarnya. | ||
Nelydia nafi berbikini di Tioman Posted: Nelydia nafi berbikini di TiomanOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
KECOH apabila sekeping gambar pelakon muda, Nelydia Senrose yang kononnya memakai bikini telah dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini. Gambar yang mengundang spekulasi itu telah dirakamkan di Pulau Tioman sempena percutian bersama keluarganya dan tanpa disengajakan telah mencetuskan reaksi negatif peminat bintang drama Setia Hujung Nyawa itu. Mengulas spekulasi yang timbul kata pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, dia menafikan bahawa pemilik sebahagian sosok badan dalam gambar itu adalah dirinya. Sebaliknya, ujar figura yang dikenali dengan nama ringkas Nely itu, dia sendiri yang merakamkan gambar itu dan tujuan utamanya untuk menunjukkan pemandangan di sebalik badan wanita berbikini itu. Kosmo! bertemu dengan pelakon kelahiran negeri Kelantan itu sempena majlis penayangan rancangan menarik Ramadan dan raya Media Prima di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mendapatkan kenyataan lanjut. Ikuti temu bual berikut. Kosmo!: Timbul reaksi negatif baru-baru ini berkenaan sekeping gambar Nely berbikini di Pulau Tioman. Mungkin Nely ada penjelasan tersendiri? NELYDIA SENROSE: Demi Allah itu bukan saya. Subjek utama gambar itu adalah pemandangan di depan. Kebetulan ada seorang gadis warga negara asing berada di depan saya dan secara tidak sengaja dia pun termasuk sama dalam gambar saya. Orang ingatkan itu saya tapi sebenarnya bukan. Bagaimanakah Nely dimaklumkan mengenai hal itu? Pengarah Ahmad Idham menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan akan cerita yang timbul. Saya tidak terfikir untuk kaburkan imej gadis berbikini itu kerana merasakan tiada apa-apa isu pun yang akan timbul. Saya diberitahu gambar itu telah menjadi kecoh kurang sejam saya memuat naik. Mungkin Nely tahu tapi sengaja memuat naik gambar itu untuk mencetuskan kontroversi? Sudah tentulah tidak. Kenapa saya perlu memalukan keluarga saya untuk perkara sebegini? Kita tahu orang sekarang pandai menilai, buat apa kita hendak buat perkara yang bukan-bukan. Ini cuma sekeping gambar yang lain disampaikan lain yang diterima.
Apakah tujuan Nely ke Pulau Tioman ketika itu? Untuk bercuti dengan keluarga sempena musim cuti persekolahan. Cuba fikirkan ketika musim cuti sekolah, amatlah mustahil untuk saya memakai bikini. Pergi pun dengan rombongan guru-guru, jadi kalau saya buat kuranglah rasa hormat saya kepada mereka. Fikir logik pun tidak akan saya memakai sebegitu. Adakah Nely akan berbikini sekiranya berada di tempat lain selain Malaysia. Tidak sama sekali. Saya menjaga bahagian tubuh badan saya. Adakah Nely mengambil keputusan untuk mengeluarkan gambar itu daripada akaun Instagram? Tidak. Kenapa saya perlu berbuat sebegitu kerana itu bukan saya. Bagaimanakah reaksi keluarga dan teman lelaki anda (Qi Razali)? Mereka terkejut dan bertanyakan hal itu kepada saya sendiri untuk pengesahan. Mama pun tahu saya tidak akan memakai bikini untuk tatapan orang. Qi pun tahu itu bukan saya dan percayakan saya. Bagaimanakah perkembangan hubungan Nely dan Qi sekarang? Alhamdulillah kami masih berkawan baik. Dalam keadaan yang okey. Buat masa sekarang tidak berani merancang apa-apa, biar ia datang dengan sendirinya. Apakah perkembangan terkini Nely? Saya baru saja selesai menjalani penggambaran filem arahan Ahmad Idham, Cinderella dan sibuk di lokasi drama bersiri Syurga Tanpa Bidadari, yang akan ditayangkan di TV3 mulai 14 Ogos nanti. Saya juga akan memulakan penggambaran telefilem khas sempena hari raya Aidilfitri, Setia Hujung Nyawa Raya, pada Julai ini. | ||
Pecah minta penonton menilai sendiri Posted: Pecah minta penonton menilai sendiriOleh NURUL NAFISAH MAZLAN NIZAM (dua dari kiri) bersama barisan karyawan filem, Pecah. FILEM yang diadaptasi melalui novel kini umpama menjadi satu trend di dalam industri perfileman Malaysia. Apabila ia diadaptasikan ke layar perak, pasti ada dalam kalangan penonton yang akan membuat perbandingan sama ada cerita di dalam novel tersebut akan sama atau tidak apabila difilemkan. Selain itu, penonton juga akan meletakkan satu standard dengan membandingkan sama ada cerita yang dipaparkan dalam novel lebih bagus ataupun cerita ditampilkan di layar perak. Walaupun tidak banyak kisah daripada adaptasi novel mendapat reaksi yang begitu memberangsangkan daripada penggemar filem, tetapi filem seperti Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan dan Istanbul Aku Datang masih mendapat kutipan yang memberangsangkan. Terkini, sebuah lagi kisah adaptasi novel berjudul Pecah terbitan Buku Fixi telah menjengah ke pawagam pada 13 Jun lalu. Novel Pecah hasil karya penulis Nizam Bakeri sarat dengan elemen yang memerlukan penontonnya berfikir secara kreatif. Plot ceritanya agak perlahan sehingga boleh membuatkan penonton mengeluh tentang apakah insiden seterusnya yang akan berlaku. Namun, semua itu dapat diselamatkan dengan lakonan Sofi Jikan sebagai Alan. Apa yang boleh dibanggakan, lakonan Alan kelihatan begitu hidup sehingga dapat menenggelamkan watak utama yang dimainkan oleh Tony Eusoff sebagai Herman. Menurut Sofi, walaupun filem ini berskala kecil tetapi ia tidak mematahkan semangat kesemua krew produksi untuk menghasilkan buah tangan terbaik. "Saya bersyukur sebab kami semua mampu buat filem seperti ini yang pada mulanya saya sendiri agak skeptikal namun setelah mencuba dan membaca skrip, saya mula tertarik dengan jalan ceritanya. "Saya rela bersusah payah untuk industri filem ini. Kami semua tahu industri filem kini sedang tenat kerana selain masalah ekonomi kita juga bersaing dengan banyak filem hebat dari luar negara. "Namun tengoklah kita masih kekal. Setiap minggu ada sahaja produk baharu filem Malaysia ditayangkan," jelasnya ketika ditemui pada pratonton filem Pecah di Cathay Cineplex, Damansara, baru-baru ini.
Berpuas hati Tidak ada apa yang lebih menggembirakan jika hasil karya anda diangkat kepada tahap yang lebih tinggi. Itulah pengalaman paling berharga yang dirasai oleh penulis novel Pecah, Nizam Bakeri. Menurut Nizam, dia sangat berpuas hati dengan produk yang dihasilkan oleh pengarah Asrulhisyam Ahmad kerana ada banyak babak yang dipaparkan di dalam filem tersebut tidak terdapat di dalam novel Pecah. "Beruntungnya penonton jika ke pawagam kerana terdapat banyak babak yang difilemkan tidak terdapat di dalam novel. Ini kerana pengarah menggunakan manuskrip asal yang masih belum diedit. "Misalnya pada babak akhir yang perompak mencampakkan kembali duit yang dicuri kepada polis, itu tidak ada dalam buku," ujarnya. Filem Pecah ini mengisarkan misi yang ingin membongkar mengenai kisah silam gadis bernama Lydia. Ia bermula apabila pada zaman silam, Bakar (Zain Hamid) yang sedang berada di bawah pengaruh alkohol telah merogol anaknya sendiri, Sarah kerana dia menyangka Sarah adalah isterinya, Nora. Insiden itu telah menyebabkan Sarah mengandung dan melahirkan Lydia. Bermula saat itu Lydia telah berusaha menjejaki Nora yang telah mati tetapi ditanam oleh Bakar. Saksikan filem ini yang akan membongkar satu-persatu kejadian yang tidak dapat dijangkakan. Antara pelakon yang terbabit di dalam filem ini adalah Izreen Asminda, Fizz Fairuz, Ako Mustapha, Miera Liyana dan Watie Sadili. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |