Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Posted: 18 Jun 2013 02:22 PM PDT Kedatangan bintang Korea Selatan, Kim Jong Kook dalam persembahan khas di Pusat Konvensyen HGH, Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini jelas memberi kepuasan kepada lebih 1,500 peminat tegar penyanyi terbabit. Mendapat jolokan Sparta atau Tiger serta mencetuskan fenomena menerusi rancangan 'gameshow' Running Man yang kini popular di Malaysia dan negara Asia lain, kehadirannya nyata dialu-alukan. Jadi, tidak hairanlah seawal jam 6 petang perkarangan pusat konvensyen berkenaan sudah dibanjiri peminat yang tidak sabar bertentang muka dengan idola mereka itu walaupun persembahan hanya akan bermula pada jam 8 malam. Tampil bersahaja dengan berseluar pendek, aksi lelaki berusia 37 tahun itu pastinya tidak akan dilupakan kerana bukan saja peminat dapat menyaksikan sendiri nyanyian hebatnya, malah lebih bertuah, ada di antara mereka dapat berpelukan dengannya. JONG Kook memang 'sporting' malam itu. GADIS bertuah yang dipilih Jong Kook. SEMPAT membuat 'Gwiyomi' khas untuk peminat.
"Sewaktu bersetuju terbabit dalam program Running Man, saya tidak pernah terfikir pun rancangan itu akan mencetuskan kejayaan luar biasa dan lebih membanggakan, nampaknya program berkenaan mendapat sambutan hebat di luar negara. "Saya pun memang sudah lama mahu datang ke Malaysia dan melihat sambutan pada malam ini, benar-benar buat saya terharu," katanya. Awalnya tampak malu-malu, dia bagaimanapun tidak menghampakan peminat bertuah yang dipilih bermain dengannya di atas pentas dan dia bersungguh-sungguh menghiburkan mereka. Tidak hairanlah, semuanya berlumba-lumba mahu dipilih untuk bersamanya melakukan tiga permainan iaitu Flamingo & Tag Game, KJK Dream Girl serta Ice Breaking terutama sekali peminat wanita. Paling menarik, sewaktu Jong Kook diminta memberi gambaran bagaimana ciri-ciri wanita idamannya, masing-masing tidak mahu terlepas untuk cuba memenuhi kriteria wanita dicari jejaka sasa itu. "Saya idamkan wanita yang berkulit sawo matang, berwajah bulat, mata besar, berambut panjang dan memakai kasut sukan," katanya sebelum memilih lima peminat bertuah untuk dipanggil ke atas pentas. Nyanyian hebat meskipun tidak pandai menari Persembahan pada malam itu yang turut menampilkan penyanyi tampan tempatan Henley Hii menyanyikan Crazy dan Time is Love manakala Virus Wu dengan lagu We Are All We Are dan Sayang sebagai pembuka tirai, Jong Kook ternyata menghiburkan. Memiliki suara bernada tinggi, tepat jam 8.30 malam, Jong Kook tampil mengambil alih pentas dengan mendendangkan Today More Than Yesterday sebelum sesi temu ramah diadakan. Tamat segmen permainan, dia kembali menggegarkan pentas dengan lagu Men Are All Like That, Don't Be Too Good To Me dan Star, Wind, Sun and Love diiringi penarinya. Menjadi antara lagu paling popularnya, sewaktu mendendangkan lagu Loveable dan Twist King, hampir semua peminat berdiri tanda sokongan serta bernyanyi sambil menari bersama Jong Kook. Mengakui bukan seorang penari yang bagus, dia bagaimanapun tidak berdiam diri dan menyanyi semata-mata apabila sedaya upaya cuba mengikut kareografi penarinya. Apapun, kemerduan vokalnya nyata paling terserlah tatkala mengalunkan lagu balada berjudul One Man sebagai lagu penutup tirai malam itu. Biarpun kelihatan agak penat sebaik tamat sesi permainan sebelumnya, namun Jong Kook masih boleh menghayati setiap bait lagu penuh emosi terbabit. Dianjurkan New Pro Star, PMP Entertainment serta Running into the Sun, selain showcase pada malam itu, Jong Kook juga tidak ketinggalan bertemu peminat untuk sesi autograf yang berlangsung di pusat beli belah Paradigm Mall, Kelana Jaya keesokan harinya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |