Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 11 Jun 2013 01:08 PM PDT Kuala Lumpur: Sepuluh penyamun berputih mata apabila cubaan mereka melarikan mesin juruwang dari sebuah restoran di Taman Connought, Cheras, di sini, sia-sia berikutan mesin berkenaan sudah dikosongkan pemiliknya. Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam semalam, 10 penyamun bersenjatakan parang dan topi keledar itu hanya menyamun RM950 milik dua pekerja restoran dan melarikan mesin juruwang.
"Ketika kejadian, saya menggoreng sayur manakala dua pekerja dan seorang pelanggan minum di luar kedai. Dengan tiba-tiba saya mendengar bunyi bising di luar kedai dan bertindak bersembunyi di bawah dapur.
MESIN juruwang dilarikan penyamun di sebuah restoran, semalam. "Mereka membawa lari mesin itu tanpa menyedari ia sudah kosong dan turut meminta dua pekerja saya mengeluarkan wang. Apabila seorang daripada mereka memberikan wang ratusan ringgit, dia dipuji manakala seorang lagi dipukul di kepala kerana hanya mempunyai RM20.
Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Pondok Polis Taman Connought untuk tindakan lanjut. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |