{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Hanya mahkamah putuskan pilihan raya semula - SPR

Posted: 12 Jun 2013 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun - Hanya mahkamah boleh memutuskan sama ada perlu diadakan pilihan raya semula bagi kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13 lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Proses ini tidak hanya tamat di mahkamah tinggi kerana mereka juga boleh membuat rayuan di mahkamah persekutuan dan keputusan itu adalah muktamad," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah radio Nasional FM di Angkasapuri di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, proses di mahkamah itu akan membuktikan sama ada SPR melanggar peraturan pilihan raya atau pembangkang sekadar membuat tuduhan untuk menjatuhkan kredibiliti badan berkenaan.

Katanya, apabila mahkamah berkenaan memutuskan ada keputusan kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang tidak sah atau batal, dan pilihan raya perlu diadakan semula, maka SPR akan melaksanakannya.

"Buat masa ini, SPR tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan supaya pilihan raya diadakan semula kerana desakan sesetengah pihak," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata SPR belum dapat mengenal pasti jumlah petisyen yang difailkan oleh calon parti-parti politik berhubung proses dan keputusan pilihan raya umum lepas.

"Sehingga lewat petang semalam tidak ada satu pun yang disampaikan kepada SPR walaupun dalam laporan media menyatakan bilangan tertentu," katanya.

Menurutnya, mahkamah mempunyai 15 hari untuk menyemak petisyen tersebut.

Mengulas mengenai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memboikot sidang Parlimen yang akan bermula 24 Jun ini, beliau berkata, parti itu perlu berhenti daripada mengingkari peraturan yang ditetapkan Parlimen.

"Jika tidak angkat sumpah tidak boleh masuk bersidang, kalau tak mahu (angkat sumpah) apa jadi sampai 6 bulan?" katanya. - BERNAMA

Maritim Malaysia lancar kempen kesedaran di laut

Posted: 12 Jun 2013 02:50 AM PDT

ALOR SETAR 12 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini melancarkan "Kempen Kesedaran Keselamatan di Laut" bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti maritim supaya lebih berhati-hati semasa berada di perairan negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, dalam menggalas tanggungjawab memastikan keselamatan di perairan negara, pendekatan yang komprehensif digalakkan termasuk meningkatkan tindakan pencegahan dan keupayaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

"Objektif utama kempen ialah untuk memupuk kesedaran yang tinggi dalam kalangan komuniti maritim, setiap operator dan pelanggan yang berada di laut.

"Mereka perlu sedar bahawa mereka patut amalkan sikap berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah keselamatan yang dikuatkuasakan," katanya dalam kenyataan.

Ahmad Puzi berkata, pada 2006 hingga Mei 2013, statistik mencari dan menyelamat agensi maritim merekodkan 78.9 peratus mangsa berjaya diselamatkan, 14.8 peratus mangsa mati dan 6.3 peratus mangsa hilang.

"Jumlah keseluruhan mangsa kemalangan di laut ialah seramai 3,571 orang, manakala dari sudut nilai harta benda pula, rekod agensi mencatatkan sebanyak 98.8 peratus atau RM0.532 bilion berjaya diselamatkan," katanya.

Beliau berharap lebih banyak badan korporat atau syarikat swasta tampil menyumbangkan sesuatu dalam menjayakan kempen ini seperti yang dilakukan Boustead Penang Shipyard Sdn Bhd yang menyumbang 100 jaket keselamatan. - BERNAMA

Tahap celik kewangan rakyat Malaysia ditingkat

Posted: 12 Jun 2013 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka memanfaatkan pasaran modal dan mencapai matlamat pelaburan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, beberapa program pendidikan telah dijalankan termasuk "Kempen Pelaburan Bijak Kebangsaan" anjuran Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang diadakan dari Oktober 2012 hingga Mac 2013, yang memberi manfaat kepada hampir enam juta pelabur baharu dan bakal pelabur.

"Ini semua merupakan inisiatif untuk meningkatkan tahap celik kewangan dan pelaburan rakyat, agar mereka juga boleh meraih manfaat daripada pasaran modal yang sedang berkembang," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke ibu pejabat SC di sini hari ini.

Celik kewangan amat penting bagi orang ramai untuk mengelakkan mereka daripada berurus niaga dengan pelaburan atau skim kewangan yang menarik tetapi menyalahi undang-undang.

Beliau menegaskan, 19,000 pelabur telah menjadi mangsa penipuan pelaburan, SwissCash.

Sementara itu, Ahmad berkata, pasaran modal Malaysia terus memainkan peranan penting dalam membiayai ekonomi domestik dengan mencatat rekod jumlah dana sebanyak RM146 bilion yang dikumpulkan tahun lepas.

"Sejumlah besar dana telah disalurkan untuk membiayai peluasan kegiatan ekonomi domestik.

"Ini termasuklah projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi, yang telah memberi faedah kepada orang ramai," katanya.

Sebelum itu, Ahad berkata, komitmen SC terhadap perlindungan pelabur tetap utuh dengan usahanya yang berterusan bukan sahaja dengan mengadakan siri jelajah pendidikan pelabur, malah juga menambah baik rangka kerja tadbir urus korporat di negara ini.

Beliau menyuarakan keyakinan bahawa SC, yang merayakan ulang tahun ke-20 penubuhannya, boleh melonjakkan pasaran modal negara ke tahap yang lebih tinggi selepas mengadakan asas yang kukuh melalui dua Pelan Induk Pasaran Modal.

"Malaysia secara konsisten menduduki tempat keempat bagi perlindungan pelabur dalam 'Laporan Menjalankan Perniagaan'," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat